Sebagai manusia normal, kekuatan adalah sesuatu yang perlu dilatih. Ia akan bertambah apabila seseorang itu kerap melakukan aktiviti seperti angkat berat dan sebagainya.

Namun, terdapat sesetengah manusia istimewa yang sememangnya dikurniakan dengan kekuatan sejak lahir.

Ia biasanya menjadi lebih menakjubkan apabila kekuatan tersebut melalui proses latihan intensif, yang memungkinkan mereka menjadi antara manusia paling kuat di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kanak-kanak paling kuat di dunia yang dikurniakan kekuatan sejak lahir.

5. Arat Hosseini 

arat hosseini

Arat Hosseini dari Babol, Iran mula berlatih melakukan gerakan gimnastik yang sangat sukar ketika berusia 9 bulan.

Ayahnya, Mohamad, mendakwa bahawa anaknya berlatih tidak lebih dari 20 minit sehari dan berkata:

"Suatu hari ketika saya pulang dari kerja dan meletakkan jari saya di tangan Arat, dia bangun perlahan-lahan dan mencengkam jari saya dengan ketat dan menarik kakinya terapung di atas tanah. Pada masa itu saya melihat kekuatan Arat dan berasa sangat terkejut."

arat hosseini 2

Ketika berusia 2 tahun, Arat Hosseini mampu menyokong seluruh berat badannya dengan tangannya semasa melakukan split di atas sebuah televisyen!

Terdapat juga gambar-gambar di laman kanak-kanak dahsyat ini memanjat tembok bata menegak tanpa bantuan!  

4. Yang Jinlong

yang jinlong

Berasal dari Chuzhou, China, Yang Jinglong merupakan antara kanak-kanak paling kuat di dunia.

Di usia 7 tahun, Yang sudah boleh mengangkat ayahnya seberat 90 kilogram ke udara dan mengangkat beg simen seberat 100 kilogram di bahunya.

yang jinlong 2 978

Ketika itu beratnya sudah mencapai 50 kilogram serta mampu untuk menarik van milik keluarganya hanya dengan menggunakan tali yang diikat pada badannya,

Van yang ditarik tersebut adalah seberat 1,678 kilogram, ditambah dengan bapanya yang berada di dalam van.

3. Giuliano Stroe

giuliano stroe

Anak kelahiran Romania, Giuliano Stroe, mempunyai 6-pack yang dicemburui oleh ramai model lelaki.

Ketika berusia 5 tahun, dia sudah memegang rekod dunia untuk berjalan menggunakan tangan sejauh 10 meter paling pantas dengan bola bebanan terikat di antara kakinya.

Setahun kemudian, dia memecahkan rekod dunia untuk tekan tubi dengan kaki terapung di udara. 

Giuliano juga memegang rekod dunia untuk aksi "bendera manusia" paling lama di dunia yang pernah dilakukan.

Kanak-kanak ini mampu mengekalkan posisi mendatar secara terapung dengan disokong oleh tangannya untuk tempoh 1 minit 32 saat.

Tak cukup dengan itu, Giuliano juga mampu menyempurnakan tekan tubi handstand tanpa bantuan sebanyak 40 kali dan melakukan handstand dengan sebelah tangan selama 20 saat.

Dia dilatih oleh bapanya, Iulian yang merupakan bekar peninju, 2 jam setiap pagi dan diberikan makanan yang berprotein tinggi.

2. Varvara Akulova

varvara akulova

Ukraine Varvara Akulova telah ditakdirkan untuk sesuatu yang hebat ketika masih kecil.

Anak perempuan kepada ahli sarkas Yuriy dan Larysa Akulova, Varvara sudah mampu melakukan handstands ketika baru berusia 1 tahun!

Pada usia 3 tahun, Varvara sudah melakukan rutin akrobatik bersama ibu bapanya dan pada usia 4 tahun, dia mula melakukan angkat berat.

varvara akulova 2

Menjelang usia 6 tahun, Varvara boleh membawa bapanya di belakangnya sambil memegang 2 kettle-bells di tangannya!

Sering disebut sebagai "Gadis Paling Kuat di Dunia", Varvara Akulova memegang 2 rekod dunia.

Pada tahun 2006, dia berjaya mengangkat 300 kilogram bebanan, yang mana lebih daripada 4 kali ganda berat badannya.

1. Liam Hoekstra

liam hoekstra

Ketika Liam Hoekstra baru berusia 5 bulan, ibu bapa angkatnya menyedari bahawa dia tidak seperti bayi lain.

Dia sudah mampu untuk mengangkat dirinya dari atas lantai dengan tangannya selari dengan lantai, satu aksi yang dikenali sebagai "iron cross" dalam sukan gimnastik.

Apabila ditanya mengenai kekuatan luar biasa anaknya, ibunya berkata dalam satu temu bual "Saya akan memegang tangannya dan Liam akan mengangkat dirinya ke dalam posisi "iron cross". Ketika itu kami berfikiran, ini sesuatu yang luar biasa".

Tetapi bukan sekadar kekuatan Liam yang jelas kelihatan, teteapi juga selera makannya yang luar biasa. Liam makan dengan jumlah yang sangat banyak untuk meningkatkan pertumbuhan ototnya yang tidak normal.

Mengambil berat tentang Liam, ibu bapa angkatnya memutuskan untuk membawanya berjumpa doktor pakar.

Selepas menjalankan beberapa ujian, doktor pakar memberitahu mereka bahawa badan Liam menghasilkan myostatin, protein yang menghalang pertumbuhan otot, dalam jumlah yang sedikit.

Ketika berusia 8 bulan, Liam boleh melakukan chin up dan di usia 18 bulan, dia mula mengangkat perabot yang terdapat di ruang tamu rumahnya.

Apabila usia Liam mengjangkau 3 tahun, doktor melakukan ujian kekuatan ke atasnya dan mendapati bahawa dia mempunyai 40% lebih otot daripada rakan sebaya dan sudah sekuat kanak-kanak berusia 7 tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)