camel festival

Seperti yang kita ketahui, unta ialah haiwan yang tinggal di padang pasir. Mempunyai dua jenis baka yang berbeza, unta banyak membiak di benua Asia dan Afrika Utara. Purata jangka hayat seekor unta adalah antara 30 hingga 50 tahun. Haiwan ini juga boleh berlari selaju 65km sejam dalam jarak dekat.

unta disingkirkan daripada pertandingan unta cantik kerana botox 2

Haiwan yang mampu bertahan tanpa minum untuk jangka masa panjang ini juga menjadi haiwan belaan masyarakat tempatan di negara-negara Timur Tengah. Masyarakat di sana sangat mahir dan begitu kenal dengan haiwan berbonggol ini. Bahkan, mereka juga biasa mengadakan pertandingan unta cantik yang mendapat sambutan hangat di UAE. Namun begitu, baru-baru ini berlaku sedikit kekecohan semasa pertandingan yang diadakan pada tahun ini.

camel beauty contest

Dibatalkan penyertaan

Menurut laporan The National, akhbar tempatan Abu Dhabi, sebanyak 12 ekor unta telah dibatalkan penyertaan dari pertandingan unta paling cantik kerana didapati menipu. Petugas pertandingan yang dianjurkan oleh Raja Abdulaziz itu telah menyingkirkan sedozen unta kerana didapati menyalahi undang-undang menggunakan suntikan Botox pada unta mereka. 

Lebih kurang 30 ribu ekor unta menyertainya dan disaksikan oleh lebih 300,000 penonton yang hadir. Karnival Unta yang telah masuk tahun kedua itu diadakan bermula 1 Januari dan berakhir pada 1 Februari pada tahun ini. Hadiah yang ditawarkan berjumlah USD $57 juta, dengan USD$31.8 juta hadiah berasingan untuk pemenang utama kategori unta yang paling mengagumkan.

camel 3 820

Pembedahan plastik

Mungkin wang tunai yang lumayan itu telah mendorong sebahagian peserta membuat perkara yang tidak sepatutnya. Ali Al Mazrouei, seorang pakar pembiak unta memberitahu yang mereka menggunakan suntikan Botox pada bibir, hidung dan juga rahang unta untuk membuatnya kelihatan menarik dan berbeza daripada unta lain.

unta disingkirkan daripada pertandingan unta cantik kerana botox pemenang 612

Sama seperti manusia, unta yang mempunyai bibir besar, rahang yang tegap dan kepala yang besar dianggap cantik oleh para peminat unta ini. Pelbagai cara dan kadangkala tipu muslihat digunakan oleh tuan unta yang masuk bertanding.

Menurut laporan the National, beberapa hari sebelum pertandingan bermula, seorang doktor haiwan telah ditangkap ketika sedang memberikan suntikan botox dan membuat pembedahan plastik untuk mengecilkan telinga unta pelanggannya.

camel2 64

Menilai kecantikan

Tambah akhbar tempatan itu lagi, pembedahan plastik dan suntikan Botox juga digunakan untuk menambahkan tinggi dan mengubah bentuk pada bonggol unta yang dianggap salah satu faktor penting dalam pemarkahan. Menurut Ketua Juri iaitu Fawzan al-Madi, ketinggian unta dan ukur panjang lehernya adalah penting dalam pemberian markah.

unta disingkirkan daripada pertandingan unta cantik kerana botox

Fawzan dan juri-juri yang lain akan berada di tepi litar sementara unta dibawa berjalan perlahan-lahan melintasi mereka. Kebiasaannya, sebanyak 30 ekor unta akan dibawa sekali gus untuk dinilai dalam setiap pusingan.

Laman web karnival pertandingan kecantikan unta itu ada memaparkan piawaian, penilaian dan kaedah pemarkahan diberi. Ia juga menerangkan beberapa cara yang dianggap menipu dan boleh membatalkan penyertaan jika melanggarnya.

unta disingkirkan daripada pertandingan unta cantik kerana botox 3

Harap tidak ada pemilik haiwan peliharaan di Malaysia yang sanggup menyuntik Botox kepada kucing atau anjing kesayangan mereka semata-mata mahukan bibir yang mungil. Terimalah haiwan itu seadanya, tak baik seksa binatang.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)