Feminisma adalah sejenis kepercayaan bahawa setiap lelaki dan wanita perlulah mempunyai hak sama rata dan peluang. Golongan feminisma memperjuangkan matlamat ini melalui gerakan politik, idealogi dan gerakan sosial bagi memastikan wanita mempunyai taraf yang sama dengan lelaki.

Peranan golongan ini memang tidak dinafikan. Antara perjuangan mereka adalah memperjuangkan hak wanita untuk membuang undi, bekerja, menerima gaji setaraf lelaki, membeli hartanah, menerima pendidikan, hak sama rata dalam perkahwinan dan cuti bersalin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, dalam sejarah, terdapat juga pejuang feminisma yang lebih radikal memperjuangkan sesuatu yang mungkin dianggap gila atau pelik oleh sesetengah pihak. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 idea gila yang pernah diperjuangkan oleh gerakan feminisma ini.

1. Penjenamaan semula nama-nama puting beliung

puting beliung

"Hurricane" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud puting beliung. Seorang aktivitis gerakan feminisma, Roxcy Bolton tidak gemarkan penggunaan perkataan "hurricane" itu sendiri. Menurutnya, perkataan tersebut kedengaran seolah-olah seperti "her-icane" dan begitu feminin, seolah-olah mengaitkan malapetaka yang berlaku dengan wanita.

Oleh itu, beliau telah mencadangkan perkataan tersebut ditukar kepada "him-icane". Pihak The National Weather Service walau bagaimanapun menolak permintaan mengarutnya itu. Beliau bagaimanapun berjaya dalam memperjuangkan supaya nama-nama puting beliung diselang-selikan dengan nama lelaki bermula tahun 1979.

Sekiranya anda tidak tahu, kebiasaannya nama-nama puting beliuang diberikan dengan nama wanita. Selepas permintaan Roxcy, akhirnya nama lelaki turut digunakan sebagai nama puting beliung.

2. Penentangan terhadap penjualan kondom

kondom nasi lemak panas

Kondom telah wujud pada penghujung abad ke 19 sebagai alat pencegahan kemahilan yang mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi. Namun, tahukah anda bahawa pada peringkat awal penjualan kondom, ianya telah ditentang keras oleh golongan feminisma ini.

Akibat daripada gerakan feminisma ini, 30 negeri di Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang yang mengharamkan penghasilan kondom. Ketika mana segelintir pihak menentang penjualan kondom kerana didakwa boleh disalahgunakan orang lelaki untuk melakukan seks bebas.

Golongan feminisma ini sebaliknya menentang penjualan kondom kerana mereka tidak mahu hanya orang lelaki yang berkuasa mencegah kehamilan, sebaliknya wanitalah yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam proses perangan kehamilan.

3. Penghapusan golongan lelaki

society for cutting up men

Ketika tahun 60-an, nama Valerie Solanas begitu popular setelah beliau menerbitkan SCUM Manifesto, satu gerakan radikal yang mendakwa orang lelakilah yang bertanggungjawab terhadap segala kerosakan yang wujud di atas muka bumi. SCUM merupakan singkatan kepada Society For Cutting Up Men.

Menurut beliau lagi, untuk memperbetulkan masalah ini semua lelaki haruslah dihapuskan dan satu masyarakat yang terdiri daripada hanya golongan wanita mestilah diwujudkan. Dalam manifesto ini, beliau menggesa semua wanita menjatuhkan kerajaan yang dimonopoli lelaki, menghapuskan sistem kewangan dan menghapuskan golongan lelaki untuk mencapai hidup yang lebih sejahtera di atas muka bumi.

4. Menganggap hubungan seksual sebagai penghinaan terhadap wanita

andrea dworkin

Hubungan seksual merupakan satu keperluan dan fitrah semulajadi bagi lelaki dan wanita yang sudah berkahwin. Namun, salah seorang aktivis feminisma yang radikal,  Andrea Dworkin  berpendapat bahawa hubungan seksual merupakan penghinaan seorang lelaki terhadap seorang wanita.

Selain itu, beliau juga tidak menggalakkan wanita melahirkan anak lelaki. Menurutnya, setiap orang anak lelaki merupakan pengkhianat kepada ibunya dan apabila besar kelak bakal menjadi perogol atau mengeksploitasi golongan wanita.

5. Penentangan terhadap "halaju cahaya" dan menganggap fizik terlalu seksis

halaju cahaya

Seorang aktivis dari Perancis, Luce Irigaray bukan sahaja mempunyai idea yang sukar difahami tetapi juga sukar diterima akal. Menurutnya, formula E=mc2 untuk mengira jumlah tenaga (E merujuk kepada Energy) sebagai seksis dan berat sebelah. Hal ini kerana dalam formula ini, pemalar "c" yang merujuk kepada halaju cahaya seolah-olah memberikan keutamaan kepada halaju cahaya dan mengabaikan halaju lain yang tidak kurang pentingnya.

Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa subjek fizik itu terlalu seksis. Beliau berpendapat bahawa terdapat konspirasi daripada ahli fizik lelaki yang menjadikan subjek mekanik bendalir (fluid mechanic) kurang diberi perhatian berbanding subjek mekanik pepejal (solid mechanics).

Beliau mendakwa bahawa ahli fizik lelaki dengan sengaja tidak mendalami dan mengkaji topik mekanik bendalir memandangkan badan lelaki tidak mempunyai "cecair" pada badan mereka. Cecair disini merujuk kepada darah haid dikeluarkan oleh wanita setiap bulan.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Forbes
  3. University of Miami
  4. Bust Magazine



Hakcipta iluminasi.com (2017)