Kita mungkin biasa mendengar istilah "feminisme" di media sosial. Secara umumnya, ia adalah satu ideologi atau perjuangan oleh golongan wanita mengenai hak mereka dalam pelbagai perkara. Namun, terdapat juga wanita yang memperjuangan idealogi "womanisme".
Di media, perjuangan mengenai nasib dan hak kaum wanita seringkali didengari sejak sekian lama. Golongan yang memperjuangkan hak dan nasib kaum wanita ini sering digelar golongan "feminisme". Namun, tidak semua melihat perjuangan golongan feminis ini sesuatu yang positif disebabkan terdapat segelintir daripada mereka terlalu radikal.
BESARKAN TEKS A- A+
Sebelum ini, pihak Iluminasi juga pernah berkongsi 5 idea gila yang pernah diperjuangkan oleh golongan radikal feminisme. Persoalannya, apakah perbezaan antara "feminisme" dan "womanisme" ?
Sekali dengar, mungkin ramai antara kita menganggap kedua-duanya merupakan perjuangan yang sama kerana rata-ratanya didokong oleh golongan wanita. Realitinya, kedua-dua idealogi ini memperjuangkan perkara yang berbeza mengenai golongan wanita.
Kali ini, pihak Iluminasi ingin mengupas mengenai asal-usul kedua-dua perkataan ini. Selepas membaca artikel ini, mungkin ramai akan sedar sebelum ini mereka menggunakannya dalam konteks yang salah.
Apakah itu feminisme?
Feminisme pertama kali muncul pada awal abad ke-20, di mana wanita mula menyedari bahawa mereka sepatutnya diberi hak yang sama dalam bidang politik dalam bentuk hak bersuara dan hak membuang undi.
Pada peringkat awal Perang Dunia Kedua, satu perkembangan besar muncul apabila wanita mula diletakkan di tempat kerja bagi menyara keluarga memandangkan lelaki terpaksa bertarung di medan peperangan. Maka, kaum wanita "terpaksa" bekerja di kilang-kilang menggantikan suami mereka dan mereka terpaksa melakukan kerja-kerja yang sebelum itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki.
Apabila perang sudah sampai ke penghujungnya, golongan wanita ini mulai selesa melakukan pekerjaan-pekerjaan di kilang dan beranggapan mereka tidak boleh diberhentikan semata-mata kerana mahu memberi peluang pekerjaan kepada golongan lelaki yang baru pulang dari medan perang.
Golongan wanita yang sudah bekerja di kilang-kilang ini mendapati pekerjaan tersebut memberikan mereka kebebasan terutamanya dalam hal kewangan kerana mereka tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami mereka. Mereka berpendapat, pekerjaan tersebut adalah hak mereka untuk terus hidup/
Maka, muncullah banyak demonstrasi dan protes yang menegaskan kesaksamaan gender dalam bentuk pekerjaan / hak buruh, hak harta, hak-hak pembiakan, dan perubahan sistem patriarki tradisional sepanjang dekad yang berikutnya. Banyak perubahan besar telah terhasil daripada protes ini dan kini kita dapat melihat bahawa wanita kulit putih di negara barat diberikan peluang yang lebih bayak dalam masyarakat berbanding sebelum ini.
Walaupun begitu, perjuangan golongan feminisme ini dikatakan dipelopori oleh golongan wanita kulit putih kelas pertengan dan oleh itu mereka hanya mamperjuangkan nasib mereka semata-semata dan bukanlah nasib golongan wanita secara keseluruhannya termasuk golongan wanita daripada demografi dan warna kulit yang berbeza.
Maka, keadaan ini telah membawa kepada pengwujudan terma "womanisme" yang memperjuangkan hak wanita dalam konteks atau skop yang berbeza.
Apakah itu Womanisme?
Alice Walker, seorang aktivis dan penyair dikatakan sebagai individu pertama yang mengugnakan terma "womanism" (womanisma dalam bahasa Melayu) dalam buku penulisannya “In Search of Our Mothers’ Gardens: Womanist Prose” yang diterbitkan pada tahun 1983.
Kerana kurang berpuas hati dengan kekurangan kepelbagaian dengan pergerakan feminisme, Walker mendefinisikan istilah "womanisme" yang baru yang dikemukakannya ditujukan untuk mencapai dan mengekalkan 'pemulihan' jantina kedua-dua lelaki dan perempuan dalam semua masyarakat.
Konsep pemulihan (reconciliation) jantina disini bermaksud bahawa ketidakadilan tidak hanya memberi kesan kepada wanita kulit putih sahaja, tetapi juga lelaki dan wanita daripada mana-mana warna dan kelas sosial.
Walaupun selepas penubuhan Akta Hak Sivil di Amerika Syarikat yang bertujuan mengurangka diskriminasi terhadap kumpulan tertentu dalam pelbagai bidang pada tahun 1964, masyarakat berkulit hitam masih mengalami ketidakadilan sosial dan ekonomi, terutamanya wanita.
Perkara ini membawa idea "womanisme" yang bukan sahaja melawan penindasan wanita kulit hitam tetapi juga menangani sebarang diskriminasi kaum dan sosial.
Jadi, apakah bezanya "feminisme" dan "womanisme"?
Secara ringkasnya, idea perjuangan feminisme terhad kepada wanita putih kelas pertengahan dan atasan dan mengabaikan keperluan wanita kulit hitam, sedangkan womanisme menumpukan pada penindasan tridimensi yang dihadapi oleh wanita kulit hitam (seks, perkauman dan kasta).
Feminisme sering menganggap lelaki sebagai pesaing mereka manakala kaum womanisme menunjukkan solidariti dengan lelaki (walaupun berlainan kulit) dalam perjuangan menentang penindasan dan perkauman.
Walau bagaimanapun, walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua gerakan ini, feminisme dan womanisme mempunyai beberapa ciri yang sama. Malah dalam kedua-dua kes, wanita menghadapi beberapa jenis penindasan dan kekurangan hak, dan dalam kedua-dua kes mereka berjuang untuk kebebasan mereka dan untuk pengiktirafan peranan mereka dalam masyarakat.
Hari ini, perbezaan antara feminisme dan womanisme semakin berkurangan kerana golongan "kelas pertengahan berkulit putih" mulai sedar tentang kesukaran yang turut dihadapi oleh wanita kulit hitam. Malah, hak wanita telah menjadi isu utama dalam agenda komuniti antarabangsa.
Sekiranya anda masih keliru antara kedua-dua idealogi ini, maka kata-kata daripada Alice Walker ini agak menarik untuk direnungi:
Womanist is to feminist as purple is to lavender
Kredit: