Kemurungan adalah satu perkara yang sangat berbahaya. Ia lebih berbahaya daripada penyakit yang menjangkiti manusia kerana ia amat sukar untuk dikesan. Kemurungan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara termasuklah kematian orang tersayang, hilang punca untuk hidup dan hutang.
Seseorang itu mungkin kelihatan sihat dan ceria pada pagi hari, dan mampu membunuh diri pada malam hari. Ini kerana apa yang disimpan di dalam dirinya tidak diketahui orang lain dan apabila ia meletup, tiada siapa dapat menyelamatkan keadaan tersebut.
iluminasi.com ingin berkongsi 5 gambar individu yang kelihatan gembira dan tersenyum, sebelum mereka mengambil nyawa sendiri.
Nota : Jika anda mengenali ahli keluarga atau rakan yang bergelut dengan masalah ini, beri perhatian dan segera membantu mereka, kerana kita tak tahu bila hari terakhir mereka. Talian (Befrienders) via 03-79568144 or 03-79568145 sedia membantu mereka.
1. Kelihatan gembira sebelum bunuh diri
Menurut wanita yang mengambil gambar ini, gambar ini adalah 2 minggu sebelum teman lelakinya menggantungkan diri sendiri. Beliau kelihatan sangat gembira dan masih tersenyum lebar. Wanita ini sehingga kini tidak memahami penyebab kepada tindakan teman lelakinya.
2. Remaja senyum sebelum cari cara gantung diri
Seorang ibu telah berkongsi gambar yang menunjukkan anaknya sedang tersenyum seperti tiada masalah bersama anjing mereka. Jelas terpapar keceriaan pada wajahnya. Menurut ibu malang ini, gambar ini diambil sebelum anaknya itu masuk ke bilik dan mencari cara untuk menggantungkan diri dengan betul di internet.
Dua hari kemudian, remaja ini dijumpai mati tergantung.
3. Muatnaik gambar sebelum bunuh diri
Seorang gadis dari Mexico telah memuatnaik gambarnya, sejurus sebelum menggantungkan dirinya sehingga mati. Gadis berusia 22 tahu itu juga memuatnaik status "Hari ini segalanya akan berakhir dan semuanya salah saya. Saya sayangkan awak, dan maafkan saya cintaku. SELAMAT TINGGAL.".
Beliau kelihatan tersenyum, dan masih sempat ber-selfie, sebelum mengambil nyawa sendiri.
4. Chester Bennington
Dunia hiburan dikejutkan dengan berita bunuh diri penyanyi Linkin Park, Chester Bennington pada 20 July 2017. Gambar ini dikongi oleh isterinya, Talinda Bennington selepas kematianya Chester. Pada kapsyen tertulis gambar tersebut diambil beberapa hari sebelum Chester membunuh diri. "Rasa bunuh diri ada dalam fikirannya ketika ini, namun kita tak akan pernah tahu,".
Beliau juga kelihatan sangat gembira dan ketawa ketika bermain satu permainan bersama ahli keluarganya, di dalam sebuah video yang dirakam dirumahnya, 36 jam sebelum tragedi bunuh diri tersebut berlaku. Chester ditemui mati di kediamannya di California akibat menggantungkan diri sendiri.
5. Kurt Cobain
Gambar in diambil pada 24 Mac 1994, 10 hari sebelum vokalis Nirvana, Kurt Cobain menembak dirinya dengan senapang patah. Beliau kelihatan cool, sedikit tersenyum dan langsung seperti tidak bermasalah, apatah lagi untuk membunuh diri.
Namun apa yang terbuku dihatinya ketika ini tiada siapa yang tahu. Vokalis band yang paling popular di dunia pada tahun 1993 ini telah mengambil nyawanya sendiri pada 5 April 1994 di rumahnya di Seattle, Washington. Ketika itu beliau hanya berusia 27 tahun.
Rujukan:
1. Feel Numb
3. Bored Panda