Oleh pada 11 Mar 2017 kategori

Plagiarism atau pun budaya copy paste ini adalah perkara kebiasaan dikalangan masyarakat kita. Di negara barat, isu hakcipta ini dipandang serius dan sangat dititik beratkan sehingga boleh menyebabkan hukuman seperti saman bahkan penjara bagi pesalah plagiarisme. Masyarakat kita perlu disedarkan tentang hal ini.

Berikut adalah antara faktor-faktor yang memudahkan untuk anda membuat laporan kepada pihak tertentu apabila ada diantara karya anda tidak kiralah gambar, video atau penulisan teks dicuri oleh individu atau laman tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

  1. Ada bukti bahawa anda adalah pemuatnaik terawal
  2. Ada watermark pada video atau gambar
  3. Teks yang di-plagiat tidak diubahsuai langsung atau memiliki 70% perkataan sama.
  4. Anda menggunakan nama sebenar didalam posting blog atau laman sosial anda.
  5. Akaun anda tidak pernah kena penalti ataupun amaran berkaitan plagiat.

lapor kecurian hakcipta harta intelek

Sekiranya anda memenuhi faktor tersebut, memang teramat mudahlah untuk anda membuat laporan. Namun anda tidak perlu khuatir sekiranya anda terlupa meletakkan watermark dan sebagainya. Laman sosial seperti Facebook biasanya tidak menitik beratkan sangat tentang watermark ini. Menurut bacaan dan pandangan orang ramai, Facebook akan menilai siapa yang memuatnaik terlebih dahulu dan mereka dapat pastikan melalui timeline user tersebut. Ada juga yang mengatakan Facebook akan merekodkan data berdasarkan exif tersembunyi dalam gambar dan merekodkan data 'unique' kepada poster pertama itu. Maka dari awal mereka sudah tahu sekiranya ada poster kedua untuk data yang sama.

hitler plagiat

Page besar di Facebook curi karya anda?

Page gergasi di media sosial ini pun menjadi punca masalah membuatkan penulis-penulis di Malaysia, blog-blog kecil, kartunis dan lain-lain tidak boleh pergi jauh kerana sering diplagiat oleh page-page besar ini. Paling membimbangkan sekali ialah kebanyakan user atau follower page tersebut tidak sedar bahawa mereka melanggar etika dengan mencuri hasil karya orang lain. Ada juga pengguna Facebook yang mengatakan "diorang dah tolong promote free tu, at least bersyukurlah". Ya betul tu bersyukur. Bersyukur abah kau!

  1. Antara sebab kita patut boikot dan hentam page-page besar yang suka curi karya orang ni adalah kerana :
  2. Mereka tak mendidik kesedaran masyarakat tentang hakcipta.
  3. Mereka beroleh pendapatan melebihi RM30ribu sebulan hasil mencuri.
  4. Pengkarya, blogger, kartunis, youtubers, lain tidak boleh pergi jauh kerana plagiarisme.
  5. Ini adalah satu bentuk cyber-bully yang tak ramai sedar.

plagiarisme dalam masyarakat kita

Jadi, Apakah langkah yang boleh diambil sekiranya teks artikel, gambar atau video saya dicuri oleh puak haram jadah ini? Antara langkah awal ialah membuat laporan kepada pihak tertentu bergantung di mana media atau karya anda terpapar. Sekiranya di Facebook, anda boleh membuat laporan di Facebook. Sekiranya di enjin carian Google, anda boleh membuat laporan pada Google. Berikut adalah link untuk anda membuat laporan berkaitan hakcipta anda. Untuk laporan di Google, pastikan anda menggunakan nama sebenar atau anda perlu menyertakan surat lawyer.

Sekiranya karya saya masih lagi diplagiat oleh individu/organisasi yang sama, apakah jalan terakhir untuk saya? Jalan terakhir adalah membuat laporan kepada pihak pengiklanan yang digunakan oleh tukang plagiat tersebut. Cara ini agak kejam sebenarnya, tapi apakan daya kalau nasi sudah menjadi bubur. Mana-mana syarikat pengiklanan pun melarang keras duplikasi konten atau plagiarisme ini. Termasuklah Google Adsense. Anda boleh membuat laporan bagi menyahaktif akaun si plagiat supaya mereka tidak lagi menerima pendapatan dari syarikat pengiklanan.

Dah tahu cara nak report? 

kids computer




Hakcipta iluminasi.com (2017)