Oleh pada 23 Mar 2018 kategori

bagaimana gambar kapal terbang di udara diambil photoshoot

Setiap kali terpandang ke luar tingkap ketika berada dalam kapal terbang sambil menikmati pemandangan awan dan langit yang indah, pernah tak anda ternampak kapal terbang lain berada di sebelah?

Mungkin pernah, tetapi tersangat jarang. Pasti ia membuatkan anda terfikir bagaimana gambar sesebuah kapal terbang itu diambil?

cara gambar kapal terbang diambil 2

Dan ya, seperti yang anda fikirkan, gambar kapal terbang yang sedang berada di udara diambil dari kapal terbang yang lain, ataupun helikopter.

Biasanya kapal terbang yang dinaiki oleh jurugambar mempunyai pintu belakang dan kerusi yang dibuang.

Pintu pesawat yang dibuang membolehkan jurugambar mendapat pandangan langit sekeliling yang luas dan tidak terhad.

Jurugambar tersebut akan memakai tali pinggang keledar dan duduk di atas lantai atau kerusi.

cara gambar kapal terbang diambil 2

Kemudiannya pesawat yang akan diambil gambarnya terbang bersama dengan formasi yang ditentukan. Jurugambar biasanya memilih masa yang paling sesuai dengan pencahayaan yang terbaik bagi menghasilkan gambar yang menarik.

Untuk pesawat yang lebih besar atau pantas, penggunaan pesawat pengambil lain akan digunakan termasuklah jet dan pengebom Perang Dunia Kedua di mana jurugambar akan duduk di posisi ekor penembak pesawat.

cara gambar kapal terbang diambil 4

Juruterbang yang bertugas biasanya berpengalaman dalam penerbangan formasi. Sebelum berlepas, taklimat akan diberikan membincangkan isu-isu berkaitan termasuklah formasi penerbangan, prosedur kecemasan dan hilang dari pandangan.

Setelah berada di udara, pesawat pengambil gambar akan terbang mengikut laluan yang ditetapkan dan pesawat yang diambil gambar hendaklah kekal pada formasi yang betul. 

Jurugambar boleh berkomunikasi melalui isyarat atau bercakap dengan juruterbang pesawat yang diambil gambar. Ia bertujuan memberitahu jika pesawat tersebut harus mengubah posisinya.

Jurugambar juga munkin akan mengarahkan pesawat yang diambil gambar untuk terbang dalam bulatan, dan tidak hanya terbang ke hadapan untuk mendapatkan latar belakang yang lebih cantik atau dramatik.

ini cara bagaimana gambar pesawat di udara diambil 5j799

ini cara bagaimana gambar pesawat di udara diambil

ini cara bagaimana gambar pesawat di udara diambil 5j717

ini cara bagaimana gambar pesawat di udara diambil 5j770

ini cara bagaimana gambar pesawat di udara diambil 5j716

Rujukan:

1. Aviation

2. Quora

3. Foxnews


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)