najib razak dan panda hadiah dari china

Setiap kali perjumpaan diplomatik antara pemimpin dua buah negara, ia biasanya akan turut disertakan dengan upacara pemberian hadiah diplomatik. Pemberian dan pertukaran hadiah diplomatik ini boleh membawa pelbagai maksud, antaranya simbolik keamanan dan kerjasama antara kedua buah negara, penghargaan atas bantuan dan sebagainya.

Setiap tahun, pemimpin sesebuah negara biasanya menerima ratusan hadiah daripada pemimpin luar negara. Walau bagaimanapun, tidak semua boleh hadiah ini disimpan. Sesetengahnya hadiah akan dipamerkan di muzium sementara jika hadiah yang diterima adalah binatang, biasanya ia akan ditempatkan di zoo.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa hadiah diplomatik pelik yang pernah dihadiahkan kepada pemimpin luar negara.

1. Biawak Komodo 

buaya komodo

Biawak Komodo adalah antara binatang yang hanya terdapat di beberapa kepulauan di Indonesia. Ianya adalah binatang rasmi negara Indonesia dan pemberian biawak  Komodo oleh Indonesia merupakan tanda pengiktirafan tinggi terhadap sesebuah negara. Pada 1986, Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Ronald Reagan telah dihadiahkan oleh Presiden Soeharto dengan sepasang biawak Komodo ketika lawatan beliau ke Bali.

Binatang tersebut kemudiannya telah dihadiahkan kepada sebuah zoo di Washington. 4 tahun kemudian, Soeharto turut menghadiahkan biawak Komodo kepada Presiden George H. W. Bush. Malangnya, kedua-dua biawak Komodo yang dihadiahkan kepada Bush merupakan jantan. Disebabkan itu, maka pihak Zoo terpaksa meminjam biawak Komodo yang dihadiahkan kepada Ronald Reagan bagi membolehkan biawak Komodo milik Bush membiak.

2. Insurans perlindungan daripada buaya

obama

Australia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai binatang yang merbahaya, antaranya buaya. Pada tahun 2011, ketika lawatan Presiden Obama ke Australi, seorang menteri Australia, Paul Henderson telah menghadiahkan beliau dengan insurans perlindungan daripada buaya bernilai RM212,000.

3. Zirafah

zirafah

Pemerintah Mesir Muhammad Ali pernah menghadiahkan Perancis seekor zirafah pada tahun 1826. Binatang itu diberi nama Zarafa. Zarafa merupakan satu daripada 3 zirafah yang dihadiahkan oleh Muhammad Ali kepada pemerintah Eropah. Zarafa menjadi terkenal dan beribu-ribu orang datang menyaksikannya memandangkan zirafah merupakan binatang yang sukar ditemui di Eropah pada ketika itu.

4. Anjing

putin dan anjing

Binatang merupakan antara hadiah diplomatik yang biasa diberikan kepada pemimpin sesebuah negara. Presiden Rusia, Vladimir Putih pernah dihadiahkan seekor anjing oleh rakan sekerjanya dari Bulgaria, Boyko Borisov. Beliau juga pernah dihadiahkan seekor anjing diberi nama Akita daripada kerajaan Jepun

5. Ubi kentang

hadiah ubi kentang

Secara umumnya, Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang dingin dengan kerajaan Rusia. Maka, Amerika Syarikat seringkali menghadiahkan hadiah yang pelik-pelik kepada Rusia dan begitulah sebaliknya. Antara hadiah pelik yang pernah diberi oleh Amerika Syarikat kepada Rusia adalah 2 ubi kentang. Tidak dapat dipastikan apakah simbolik kepada pemberian hadiah ini.

5. Meja Ping-pong

obama main ping pong

Pada tahun 2012, Perdana Menteri British telah menghadiahkan Presiden Obama dengan sebuah meja ping pong berjenama Dunlop yang ditempah khas. Bukan itu sahaja, malah mereka keduanya turut berkesempatan mengadakan perlawanan ping-pong.

6. Panda

panda

Panda merupakan simbol bagi negara China. Ianya juga begitu unik dan hanya dapat ditemui di negara China. Pemberian panda sebagai hadiah diplomatik ke negara lain bukanlah sesuatu yang baru malah dikatakan telah dibuat sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi. Antara tahun 1958 - 1982 sahaja, China sudah menghadiahkan 23 ekor panda kepada 9 buah negara. Pada yang diterima biasanya akan diletakan di zoo untuk tontonan pengunjung zoo.

7. Video penyiksaan binatang

Hadiah video penyiksaan binatang ini telah diberikan oleh Saddam Hussein kepada Donald Rumsfeld sewaktu lawatan beliau ke Timur Tengah pada tahun 1983. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki memotong kepala ular dan juga menikam seekor anjing sehingga mati.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. The Richest
  3. WikiPedia
  4. BBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)