Nutella merupakan satu jenama jem berperisa coklat hazelnut yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang penuh dengan coklat dan kacang hazelnut sememangnya begitu sedap. Walau bagaimanapun, kerana harganya yang lebih mahal daripada jenama lain menyebabkan tidak ramai yang mampu menikmatinya.

Nutella bukan sahaja popular di Malaysia, masalah di seluruh dunia. Mari kenali sedikit sebanyak sejarah serta beberapa fakta menarik mengenai Nutella yang kami percaya ramai pembaca iluminasi tidak pernah tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Idea penciptaan Nutella

kek nutella

Idea penghasilan lepa Nutella bermula dari zaman Perang Dunia Kedua lagi. Pada ketika itu, harga coklat terlalu mahal akibat Perang Dunia Kedua. Oleh itu, Pietro Ferrero iaitu seorang pemilik kedai roti berusaha mencari alternatif coklat dengan mencampurkannya dengan kacang hazelnut yang mudah didapati ketika itu.

Akhirnya pada tahun 1956, beliau telah menghasilkan satu resipi campuran coklat dan hazelnut yang dijual dalam bentuk pepejal. Ianya akan dipotong nipis sebelum dihidangkan bersama-sama dengan roti. Ianya dikenali dengan nama "Pasta Gianduja".

2. Asal usul nama Nutella

supepcrema

Pada peringkat awal, Ferrero dapati biasanya kanak-kanak hanya akan memakan ketulan atau lapisan coklat ini sahaja dan tidak memakan roti yang dihidangkan bersamanya. Lalu beliau mendapat idea untuk menghasilkan Nutella dalam bentuk lepa yang lembut dan boleh disapu pada roti.

Pada tahun 1951, beliau telah berjaya menghasilkan lepa coklat hazelnut dan ianya diberi nama SuperCrema. Selama beberapa tahun, Michele Ferrero iaitu anak Pietro Ferrero telah menjalankan ujikaji untuk mencipta resepi Nutella seperti yang anda dapat nikmati kini. Pada tahun 1964, nama Nutella digunakan secara rasminya. Nama ini wujud hasil kombinasi perkataan 'nut' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kacang dan 'ella', perkataan dalam bahasa Latin yang bermaksud manis.

3. Menggunakan 25% daripada sumber kacang hazelnut di seluruh dunia

kacang hazelnut

Ya, kerana populariti Nutella dan permintaan yang tinggi untuk produk Nutella, syarikat pengeluarnya dikatakan menggunakan kira-kira 25% atau suku daripada sumber kacang hazelnut yang terdapat di seluruh dunia. Penggunaan kacang hazelnut yang banyak ini menyebabkan pemilik Nutella, iaitu Rochella terpaksa membuat pelaburan bagi memastikan bekalan kacang Hazelnut sentiasa cukup.

Pada tahun 2014, syarikat Ferrero telah membeli Oltan, sebuah syarikat daripada Turki yang merupakan antara syarikat terbesar yang menghasil, memproses dan mengeksport kacang Hazelnut keseluruh dunia. Pembelian ini semestinya memberi kelebihan kepada Ferrero kerana selain Nutella, terdapat beberapa lagi produk keluaran Ferrero yang menggunakan kacang Hazelnut antaranya coklat Ferrero Roche.

4. Perniagaan milik keluarga

syarikat ferrero

Semenjak diperkenalkan pada tahun 1946, jenama Nutella ini semakin melonjak naik di seluruh dunia. Menariknya, syarikat Ferrero, iaitu pemilik jenama Nutella ini merupakan perniagaan milik keluarga Ferrero. Diasaskan oleh Pietro Ferrero, iainya kemudian telah diambil alih oleh anaknya Pietro Ferrero Jr. dan diikuti cucunya Michele Ferrero.

Setelah kematian Michele Ferrero pakibat serangan jantung, tampuk pimpinan syarikat ini diambil alih pula oleh anaknya Giovanni Ferrero, iaitu adik kepada Pietro Ferrero Jr. Syarikat ini juga amat berahsia malah tidak pernah membenarkan pihak media untuk melihat proses pembuatan coklat Nutella. Walau bagaimanapun, buat pertama kalinya, pada tahun 2017, syarikat Ferrero telah melantik CEO bukan daripada kalangan ahli keluarganya sendiri. Walau bagaimanapun, Giovanni Ferrero masih kekal menjadi pengerusi syarikat itu sehingga kini.

5. Merupakan hidangan yang kurang berkhasiat

isi kandungan nutella

Memang Nutella sangat sedap untuk dinikmati. Malah, terdapat juga kanak-kanak yang seakan-akan ketagih memakan Nutella begitu sahaja tanpa roti. Namun, awas kerana Nutella bukanlah hidangan yang baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya begitu padat, itu tidak bermakna Nutella penuh dengan coklat dan kacang hazelnut.

Kajian mendapati ianya mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Malah, kandungan minyak kelapa dalam Nutella juga amat mengejutkan. Oleh itu, sekiranya anda gemarkan Nutella, pastikanya anda mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. Bagi kanak-kanak pula, elakkan memberi mereka Nutella kerana kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka ketagih dan menyebabkan mereka bersifat hyperaktif.

Kredit:

  1. Nutella
  2. Gizmodo
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)