Selain jumlah kematian yang tinggi, peperangan juga boleh menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi, alam sekitar dan politik sesebuah negara. Mengikut sejarah juga, peperangan juga boleh membawa kepada pembentukan negara baru, malah boleh juga melenyapkan sesebuah negara,

Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi beberapa buah negara yang pernah wujud pada masa dahulu namun kini sudah hilang daripada peta bumi. Ada antara negara yang pernah wujud satu ketika dahulu yang digabungkan dengan negara lain dan ada yang dipecahkan kepada beberapa buah negara kecil.

1. Czechoslovakia

BESARKAN TEKS     A-  A+

Negara Czechoslovakia secara rasminya dibubarkan pada tahun 1993. Czechoslovakia merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian tengah benua Eropah dan diwujudkan pada 28 Oktober 1918. Negara ini majoriti rakyatnya terdiri daripada dua golongan terbesar etnik Slavic iaitu Czechs dan Slovaks.

Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin telah menyebabkan perpecahan besar politik dan ekonomi negara ini. Revolusi Velvet yang berlaku telah memaksa negara Czechoslovakia berpecah secara aman kepada 2 buah negara yang kini dikenali sebagai Slovakia dan Relpublik Czech. 

2. Yugoslavia

sejarah yugoslavia

Yugoslavia adalah sebuah negara besar yang terletak di bahagian timur selatan Eropah. Negara ini meliputi beberapa kawasan seperti Croats, Slovenes dan Serbs yang wujud ketika zaman Empayar Austro-Hungarian. Secara rasminya, negara ini wujud pada tahun 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Kewujudannya pada ketika itu juga diikitiraf oleh banyak negara luar.

Pada tahun 1929, Yugoslavia menukar namanya kepada Kingdom of Yugoslavia. Ianya pernah diserang oleh puak Parti Perikatan dan menghadapi serangan oleh puak pemisah pada tahun 1941 dan 1943. Kewujudan kerajaan berfahaman komunis telah menyebabkan namanya sekali lagi ditukar kepada Federal People's Republic pada 1946.

Pada tahun 1963, negara ini sekali lagi ditukar namanya kepada Socialist Federal Republic of Yugoslavia (SFRY) dengan beberapa pertambahan kawasan baru seperti Zadar, Istria dan Rijeka yang diperolehi daripada Itali. Beberapa krisis politik dan ekonomi, ditambah dengan peningkatan semangat perjuangan nasionalisma telah menyebabkan berlakunya Perang Yugoslav yang membawa kepada perpecahan negara ini kepada 5 buah negara kecil iaitu Croatia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Kosovo

3. Kesatuan Soviet Union (USSR)

ussr

Kesatuan Sovient Union atau USSR (Union of Soviet Socialist Republics) merupakan sebuah negara atau empayar besar yang diasaskan pada tahun 1922. USSR meliputi 15 buah negara Eurasia dan ibu negaranya terletak di Moscow. Ketika kewujudannya, negara ini merupakan negara terbesar di dunia daripada segi keluasan dan merupakan sebuah negara berfahaman komunis.

Ketika zaman kegemilangannya, USSR merupakan sebuah kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan kedua buah negara ini terlibat dalam banyak konflik dan peperangan antara satu sama lain. Satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1991 secara rasminya mendeklarasikan pembubaran Soviet Union dan pembentukan 15 buah negara iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldova, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan

4. Jerman Barat dan Jerman Timur

berlin wall

Sebelum wujudnya Jerman yang ada pada masa kini, Jerman dahulunya pernah terbahagi kepada 2, Jerman Barat dan Jerman Timur. Setelah kekalahan Soviet Union pada Perang Dunia Kedua, negara Jerman telah terbahagi kepada 2 iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat. Pada masa itu, Jerman Timur dikuasai oleh pihak komunis Soviet Union sementara Jerman Barat pula dikuasai oleh golongan Parti Perikatan.

Pihak Soviet Union telah membina sebuah tembok besar di Berlin yang memisahkan kedua-dua negara ini. Setelah Soviet Union menghadapi zaman kehancuran pada tahun 1990, tembok yang memisahkan kedua-dua buah negara ini akhirnya dirobohkan dan kedua-dua buah negara di disatukan kembali.

5. Tibet

tuntutan kemerdekaan tibet

Tibet mempunyai sejarah yang sangat panjang tetapi pada tahun 1912, ianya telah diiktiraf sebagai sebuah negara. Dibawah pemerintahan Dalai Lama, ianya merupakan sebuah negara yang tenang, tidak seperti negara bersebelahannya iaitu China.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1951 Tibet telah diserang dan dijajah oleh China yang pada ketika itu dipimpin oleh parti berfahaman komunis. Peristiwa ini telah membawa kepada beberapa siri penentangan oleh rakyat Tibet sehinggalah pada tahun 1959. Sehingga kini, sebahagian besar rakyat Tibet masih memperjuangkan kemerdekaan Tibet daripada penguasaan China.

Kredit:

  1. World of Atlas
  2. Business Insider
  3. Quora
  4. WikiPedia - Dissolution of Soviet Union
  5. WikiPedia - History of Germany



Hakcipta iluminasi.com (2017)