Setiap negara di dunia dapat dibezakan dengan kepelbagaian budaya, cara hidup dan adat resam. Malah, sesuatu budaya, cara hidup dan adat resam itu mungkin menjadi begitu sinonim dengan sesebuah negara sehinggakan ianya akan terlintas di fikiran apabila kita menyebut sahaja nama negara tersebut.

Ambil sahaja negara kita, Malaysia. Apabila orang luar bertanyakan tentang keunikan dan identiti Malaysia, pastinya kita akan teringat makanan seperti nasi lemak dan juga kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup aman dan harmoni.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam bahasa Inggeris, kita pastinya akan menemui perkataan seperti "French Fries", "French Kiss" dan beberapa perkataan yang disertai perkataan "French" di awalnya. Hal ini menimbulkan salah faham dimana ramai yang menyangka apabila sesuatu perkara atau makanan itu disertai perkataan "French", maka ianya berasal daripada Perancis.

Realitinya, French Fries dan French Kiss keduanya bukanlah berasal dari Perancis.Mari lihat beberapa contoh mengenai perkara ini. Kami pastinya kebanyakan pembaca Iluminasi pasti terkejut akan contoh-contoh yang kami berikan di bawah ini.

1. French Toast

french toast

Pernah makan French Toast? Makanan ini kebiasaannya dijual sebagai hidangan sarapan dan kafe dan kedai-kedai berkonsepkan Barat. Namanya mungkin canggih, tapi sebenarnya hidangan ini sama sahaja dengan sarapan pagi "roti telur" yang disediakan oleh ibu kita dirumah yakni dengan mencelup roti dalam telur dan menggorengnya.

Walaupun diberi nama French Toast, hidangan ini langsung tiada kaitan dengan negara Perancis. Malah, hidangan ini dikatakan sudah wujud lama sebelum negara Perancis wujud di atas peta dunia. Bagaimanakah hidangan ini mendapat namanya?

Mengikut sejarah, nama ini dinasabkan kepada seorang individu bernama Joseph French dari New York yang menghidangkannya kepada para pelanggannnya pada tahun 1724. Hidangan ini ternyata digemari ramai pelanggannya. Oleh itu, perkataan "French" pada nama hidangan ini adalah bersempena nama seseorang individu, bukkannya negara asal-usul makanan ini dibuat.

2. French Fries

french fries

French Fries boleh dikatakan hidangan sampingan wajib yang dijual di restoran makanan segera. Namun, ianya bukan berasal dari Perancis sebaliknya berasal dari Belgium. Orang Belgium mula memakan French Fries sejak tahun 1600-an lagi dan boleh dikatakan sangat popular disana.

Orang Amerika Syarikat mula mengenali hidangan ini ketika Perang Dunia Pertama ketika askar-askar Amerika Syarikat ditempatkan di Belgium pada ketika itu. Namun, mereka tidak menggelarkan makanan ini sebagai Belgium Fries sebaliknya menggelarnya "French Fries" memandangkan French merupakan bahasa rasmi Belgium pada ketika itu.

Kisah mengenai French Fries pernah kami siarkan suatu ketika dahulu. Sila baca artikel Ini Sebab Mengapa Kita Panggil Kentang Goreng Sebagai "French Fries".

3. French Kiss

french kiss

Perkataan French Kiss hanya secara rasminya didaftarkan pada bulan Mei 2013 yang merujuk kepada salah satu teknik ciuman. Namun ianya bukanlah berasal dari Perancis. Perihal mengenai ciuman dikatakan sudah wujud dalam kitab hubungan seksual Kama Sutra, lama sebelum negara Perancis wujud lagi.

Empayar Roman merupakan antara kerajaan awal yang menggalakkan ciuman secara terbuka sebagai tanda kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Budaya ini terus diwarisi oleh orang Perancis. Pada ketika itu, rakyat Amerika Syarikat menganggap perilaku ciuman ini sebagai sesuatu yang peribadi dan hanya dilakukan dalam bilik tidur.

Ketika Perang Dunia Dunia Pertama, askar Amerika Syarikat yang pulang dari Perancis biasanya akan menceritakan pengalaman mereka mendapat "French Kiss", iaitu ciuman daripada wanita Perancis ketika ditempatkan disana. Lama-kelamaan, istilah "French Kiss" ini terus melekat dan digunakan secara meluas sehingga ke hari ini.

4. Croissant

croissant

Croissant merupakan antara makanan pastri yang popular dan ramai menyangka ianya berasal dari Perancis. Malangnya, makanan ini sebenarnya bukanlah berasal dari Perancis. Pada tahun 1800-an, croissant hanya boleh dibeli di kedai-kedai bakeri milik orang Austria di kawasan bandar seperti Paris.

Croissant sebenarnya berasal dari Austria dan ianya dikenali sebagai kipfel. Mengikut sejarah, hidangan ini mulanya dihasilkan sejak tahun 1227. Ianya dihadiahkan sebagai hidangan Hadiah Hari Krismas kepada Duke Leopold oleh pembuat roti dari Austria.

5. French press

french press

Bagi penggemar sejati kopi, anda pasti tahu apa itu "French Press". Ianya adalah sejenis peralatan untuk membru biji kopi. Alat ini memudahkan anda mengasingkan biji kopi daripada air kopi sebelum ianya dihidangkan. Kerana orang Perancis terkenal dengan budaya minum kopi, ramai yang menyangka French Press turut berasal dari Perancis.

Walau bagaimanapun, alat yang dikenali sebagai French Press ini sebenarnya dicipta oleh seorang pereka bentuk daripada Itali yang bernama Attilio Calimani. Malah, rekaannya ini turut dipatenkan. Seorang teknikalnya, alat ini mungkin patut digelar "Italian Press" dan bukannya French Press.

Kredit:

  1. French Fries
  2. New York Times
  3. Smithsonian Mag
  4. Quora
  5. Seeker



Hakcipta iluminasi.com (2017)