Tahulah anda, banyak perkataan harian Bahasa Inggeris yang kita gunakan hari ini berasal daripada bahasa Norse Lama? Ia mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang yang menganggap kaum Viking ini sebagai sekumpulan manusia gasar dan tidak bertamadun.

Namun, Viking sebenarnya adalah lebih bertamadun daripada apa yang sering dipotretkan. Walaupun perkataan Viking itu sendiri membawa maksud 'serangan lanun', namun pada masa yang sama kaum ini menjelajah, berdagang, belajar dan menetap secara aman di beberapa bahagian negara Eropah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selama lebih daripada satu abad, Viking telah menguasai Timur England sebelum dihalau kembali ke Timur Laut negara itu oleh Raja Alfred the Great. Mereka kekal berkuasa di Timur Laur sehingga lewat tahun 900-an, di mana sedikit sebanyak telah mempengaruhi Bahasa Inggeris itu sendiri.

drama bersiri viking

Dianggarkan bahawa hampir 5,000 perkataan asas dalam Bahasa Inggeris (hampir 20 peratus) telah dipinjam daripada bahasa Norse Lama yang dituturkan di seluruh Scandinavia (Denmark, Norway dan Sweden). Berikut adalah beberapa perkataan asas yang diambil beratus-ratus tahun sebelum ia diambil menjadi Bahasa Inggeris.

1. Wrong

Jika anda mengganggap bahawa 'wrong' adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Inggeris, anda salah. Perkataan ini berasal daripada bahasa Norse Lama yang digunakan kaum Viking iaitu "rangr" yang bermaksud 'salah'.

Selepas itu, orang Denmark mengubah perkataan itu menjadi "vrang" dan Bahasa Inggeris mengambilnya dan mengubahnya menjadi "Wrong".

2. Cake

cake

Kek adalah makanan manis yang dibakar dan diperbuat daripada doh. Ia mengandungi tepung, gula, telur dan juga agen penaik. Kebanyakan antara kita gemar memakannya terutamanya ketika menyambut hari ulang tahun.

Walau bagaimanapun, majoriti daripada kita tidak tahu bahawa perkataan "Cake" sebenarnya berasal daripada perkataan Norse Lama iaitu "Kaka". Ia digunakan oleh kaum Viking bagi merujuk kepada kek kecil.

3. Egg

Soalan yang sering ditanyakan ialah, mana yang wujud terlebih dahulu? Ayam atau telur? Walaupun soalan ini kedengaran agak remeh, namun ia sebenarnya berkaitan dengan perkataan asal "Egg" atau telur itu sendiri.

Ramai pengkaji percaya bahawa perkataan "Egg" sebenarnya berasal daripada perkataan Denmark iaitu "æg" untuk telur. Sebahagian lagi pengkaji pula mencadangkan bahawa perkataan ini berasal dari Yunani kuno iaitu "Egius" yang bermaksud permulaan hidup.

4. Ugly

viking janggut panjang

Apabila seseorang Viking ingin menggambarkan seseorang itu tidak menarik, mereka akan menggunakan perkataan "Uggligr". Ia berasal daripada perkataan "Ugga" yang bermaksud "Takut".

Mungkin sekiranya seseorang pahlawan Viking itu tidak mempunyai kemahiran berperang yang cukup untuk menakutkan pihak musuh, wajah yang buruk dan menakutkan mungkin akan lebih membantu.

5. Husband

Menurut piawaian masyarakat moden, 'husband' atau suami yang baik adalah seseorang yang selalu mengutamakan keluarganya terlebih dahulu dalam segala hal. Suami juga tidak mementingkan diri sendiri sehingga dia mengetahui orang yang disayanginya berada dalam keadaan selamat.

Hal ini tidak dapat dipastikan dalam masyarakat Viking apabila mereka menggelar suami dalam bahasa Norse Lama sebagai "húsbóndi" yang membawa maksud "Tuan Rumah" atau "Tuan Tanah".

6. Knife

pisau viking

Tajam dan berbahaya, pisau mempunyai pelbagai kegunaan dalam membantu anda untuk tugasan memotong. Anda mungkin akan menggunakan pisau untuk membuat persiapan memasak, memotong daging, sayur-sayuran dan pelbagai perkara lagi.

Namun, tahukah anda perkataan 'knife' ini sebenarnya berasal daripada bahasa Norse Lama iaitu "Knifr", yang membawa maksud tajam. Pahlawan Viking mungkin menggunakan 'knifr' mereka untuk melakukan beberapa perkara tambahan seperti berperang dan mengerat musuh.

7. Happy

Apakah itu kebahagiaan dan bagaimanakah kita boleh membuatkan diri menjadi lebih bahagia? Sebenarnya, kebahagiaan bukan sahaja sukar untuk diukur tetapi juga sulit untuk ditentukan secara khusus.

Perkataan 'Happy' atau kebahagiaan ini sebenarnya berasal daripada perkataan Norse Lama iaitu "Happ" yang digunakan oleh Ragnar Lodbrok dan anak kapalnya apabila mereka bercerita mengenai nasib yang baik.

8. Window

rumah viking

Bagi sesebuah rumah yang tidak mempunyai jendela, ia mungkin kelihatan pelik dan tidak sempurna kerana penghuninya tidak dapat melihat pemandangan di luar rumah itu. Bahkan, rumah itu mungkin lebih panas berbanding rumah lain kerana tidak mempunyai saliran pengudaraan yang baik.

Ia agak mengejutkan bahawa orang-orang Viking mungkin yang pertama menyedari hakikat itu. Ini kerana mereka telah menggelar jendela atau 'window' dengan nama "Vindauga". Dalam bahasa Norse Lama, "Vindr" bermaksud angin dan "auga" pula membawa maksud mata.

9. Thursday

Khamis mungkin bukanlah hari yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang seperti hari Jumaat atau Sabtu, namun ia masih merupakan hari yang baik bagi ramai orang. Walau bagaimanapun, tahukah anda, hari Khamis dalam bahasa Inggeris iaitu Thursday sebenarnya diambil bersempena superhero terkenal iaitu Thor?

Perkataan itu berasal daripada bahasa Norse Lama "Porsdagr" yang bermakna "Hari Thor" yang dinamakan sempena Tuhan Kilat Norse, Thor.

10. Gift

viking 2

Adat bertukar-tukar hadiah atau buah tangan bukanlah sesuatu perkara yang hanya diamalkan oleh sesetengah masyarakat di negara-negara tertentu sahaja. Pelbagai kajian saintifik mendapati pemberian dan penerimaan hadiah sememangnya mengalir dalam darah dan DNA manusia.

Jadi, tidak hairanlah jika orang Vikings yang dikenali dengan sifat kasar pun terkenal dengan adat saling bertukar hadiah sehingga mula menggunakan perkataan "gipt" yang bermakna "gift" atau hadiah dalam bahasa Malaysia.

Rujukan:

1. Babbel

2. The Vintage News

3. The Local




Hakcipta iluminasi.com (2017)