tempat paling sejuk di dunia

Hidup dalam negara yang panas seperti negara kita mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri, walaupun cuaca di negara kita sebenarnya tidaklah sepanas banyak tempat lain di dunia.

Tinggal dalam negara yang beriklim sejuk pula membawa beberapa cabaran baru yang kita selama ini, belum pernah tempuhi. Melihat masyarakat di luar sana yang terpaksa meredah salji yang menyukarkan perjalanan, pasti mereka sudah lali dengan rintangan yang ada namun hakikatnya banyak juga isu yang timbul apabila cuaca menjadi terlalu dingin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sempena negara kita tengah mengalami cuaca yang dingin, sehinggakan ramai yang berangan-angan nak mula pakai baju sejuk, apa kata kita lihat 5 bandar di dunia yang mempunyai cuaca paling sejuk antara semua bandar di dunia.

1. Harbin di China

festival di harbin

Terletak di bahagian timur laut China, Harbin adalah ibu negeri kepada Heilongjiang yang mempunyai populasi seramai 10 juta orang penduduk. Iklim di Harbin sentiasa sejuk dengan bulan Januari mencatatkan suhu paling rendah sehingga mampu mencapai -24 darjah celcius pada waktu malam.

Setiap bulan, kebiasaannya ada 6 hari salji akan turun di daerah tersebut. Walaupun suhunya mencapai tahap beku, bahang suria tetap masih boleh dirasai menyeimbangkan cuaca di Harbin.Apabila tiba musim sejuk sebenar dalam bulan Januari, penduduk di situ akan mengadakan pesta musim sejuk, membina bermacam jenis ukiran menggunakan salji dan ais sebagai tarikan pelancong untuk berkunjung ke sana.

2. Winnipeg di Kanada

bandar penuh salji

Ibu negeri kepada Manitoba, Winnipeg merupakan rumah kepada lebih 715 ribu penduduk dan merupakan antara bandar paling sejuk di bahagian Amerika Utara.

Akibat kesejukan melampau yang mampu mencecah -45 darjah celcius, banyak isu akibat kesejukan itu melanda penduduk Winnipeg. Operasi hidup mereka tergendala, banyak paip-paip air terpaksa dibaiki akibat retak dan bateri kereta mudah rosak kerana cuaca yang terlampau sejuk.

3. Dudinka di Rusia

kenderaan terperangkap dalam banjir ais

Terletak berdekatakan dengan kutub utara, Dudinka yang terletak dalam negeri Krasnoyarsk Krai, merupakan antara bandar yang paling atas sekali kedudukannya dalam peta dunia. Berpopulasi hanya sekitar 20 ribu penduduk, Dudinka adalah sebuah bandar pelabuhan dengan aktiviti perdagangan banyak berlaku di situ.

Mempunyai purata suhu -28 darjah celcius dalam bulan Januari dan paling 'panas' pun -12 darjah, hidup di Dudinka memang agak sukar. Pada tahun 2015, berlaku insiden di mana paip air bocor dan memenuhi jalan, kemudian membeku ekoran suhu mencapai -40 darjah celcius ketika itu.

Banyak kenderaan serta harta benda penduduk terperangkap disaluti ais sehingga mengakibatkan kerugian besar pada mereka.

4. Yellowknife di Kanada

tuang air ketika cuaca sejuk

Ditubuhkan pada tahun 1934, bandar Yellowknife merupakan sebuah bandar perlombongan yang hanya mempunyai penduduk seramai 20 ribu orang. Mempunyai purata suhu -26 darjah pada musim sejuk, suhu paling rendah dicatatkan di Yellowknife adalah -52 darjah celcius.

Mempunyai waktu siang yang panjang, aktiviti ekonomi Yellowknife sebelum ini adalah perlombongan emas sebelum lombong itu ditutup. Yellowknife kemudian bangkit menjadi salah satu sumber utama dunia bagi berlian, ekoran penemuan dan pembukaan banyak lombong berlian di kawasan tersebut.

5. Yakutsk di Rusia

baling air panas terus beku

Yakutsk adalah sebuah bandar kecil yang boleh dikatakan senasib dengan adik beradiknya, Dudinka. Mempunyai populasi hanya sekitar 282 ribu orang yang mengatakan suhu -40 darjah celcius sebagai sejuk tetapi tidak cukup sejuk, kehidupan di Yakutsk cukup mencabar. Enjin kereta yang sudah berjaya dihidupkan selalunya terpaksa dibiarkan berjalan kerana takut tidak berjaya dihidupkan semula.

minus 62 rusia

Bagi mereka yang sudah merasai cuaca di sana ketika suhu paling dingin - seseorang itu hanya mampu bertahan selama 15 minit sebelum badan mula menjadi sakit dan otot sudah lagi tidak mampu bergerak. Ketika ini, suhu di sana mencapai -62 darjah celcius sehinggakan pengukur suhu rasmi dibandar mereka pun, pecah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)