Oleh pada 08 Mar 2018 kategori

Suhu paling panas yang pernah dicatatkan di muka bumi adalah pada 13 Julai 1913 di Death Valley, California iaitu mencecah 56.7 darjah selsius. Dan jika ditanyakan apakah benda yang terpanas di dunia dan alam semesta ini? Rata-rata akan menjawab matahari. 

death valley amerika syarikat

Suhu yang dipancarkan oleh matahari pada permukaannya adalah setinggi 5,505 darjah selsius, manakala teras matahari mengeluarkan suhu setinggi 15 juta darjah selsius. Tak usah ditanyakan tahap kepanasan suhu ini, namun ia bukanlah yang paling panas di alam semesta.

Ia dianggap sebagai "sejuk" jika dibandingkan dengan bintang-bintang lain, terutamanya supernova.

Benda paling panas di alam semesta

supernova antara yang terpanas di alam semesta

Supernova merupakan kejadian sementara yang menandakan peringkat perubahan hidup bagi sesebuah bintang. Kitar hidup bintang tamat dengan serta merta dengan letupan yang sangat besar, iaitu yang terbesar di angkasa lepas.

Ketika ini berlaku, suhunya boleh mencecah 100 billion darjah selsius. Suhu ini adalah 6,000 kali ganda suhu teras matahari. Dan sekali lagi, supernova bukanlah benda yang paling panas di alam semesta ini.

makmal cern di switzerland

Malah, pasti anda tak pernah jangka bahawa benda yang paling panas di seluruh alam semesta ini dihasilkan oleh manusia sendiri, di atas muka bumi, lebih tepat, di Switzerland iaitu di CERN, organisasi penyelidikan Eropah yang mengendalikan makmal fizik zarah terbesar di dunia.

Ahli fizik di CERN melanggarkan ion-ion plumbum di antara satu sama lain untuk membentuk plasma "quark-gluon", atau "subatomic soup" bagi menghasilkan semula keadaan yang mungkin berlaku beberapa saat selepas Big Bang.

perlanggaran antara ion ion plumbum

Dan apabila ia berlaku, suhu yang diikuti dengan letupan yang sangat dahsyat, mencecah 5.5 trilion darjah selsius.

Suhu ini adalah 360,000 kali ganda teras matahari. Suhu ini telah mengatasi rekod sebelum ini iaitu 4 trilion darjah selsius. Mampukah ia menjadi lebih panas? Secara teorinya, ya.

Benda paling sejuk di alam semesta

kutub selatan bulan 376

Terdapat had rendah suhu, di mana suhu yang menyebabkan pergerakan tak mampu berlaku, iaitu dikenali sebagai Absolute Zero dengan magnitud -273.15 darjah selsius.

Tempat yang paling sejuk atau tersejuk dalam sistem solar sebenarnya tak jauh daripada kita. Suhu berhampiran kutub selatan di bulan mempunyai suhu serendah -240 darjah selsius. Suhu ini mengalahkan suhu di Pluto. 

boomerang nebula adalah yang paling sejuk di alam semesta ketika ini 878

Namun, tempat yang paling sejuk di alam semesta ketika ini adalah Boomerang nebula, yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya daripada bumi. Suhunya adalah serendah -272.15 darjah selsius.

Dan sekali lagi, ia bukanlah suhu yang paling rendah pernah direkodkan dalam sejarah.

peti sejuk yang menghasilkan suhu paling rendah dalam sejarah 373

Suhu yang paling rendah pernah direkodkan berlaku di Bumi, iaitu di sebuah makmal bawah tanah di Itali. Penyelidik-penyelidik kolaborasi Cryogenic Underground Observatory for Rare Events (CUORE) telah menghasilkan sebuah peti sejuk yang menghasilkan suhu serendah -274.144 darjah selsius.

Suhu ini dikekalkan selama 2 minggu untuk melakukan penyelidikan terhadap tingkah laku neutrino.

Tapi kita perlu lebih risau jika mati dalam keadaan tak beriman, kerana suhu di neraka tiada bandingannya. 

Wallahualam.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)