Kebiasaannya, apabila seseorang itu meninggal dunia, mayatnya akan dikebumikan di kawasan kubur yang berhampiran. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah bandar terpencil di Norway bernama Longyearbyen dimana tiada sesiapapun yang dibenarkan mati disitu.

Sekiranya seseorang itu sudah nazak atau jatuh sakit, dia akan dihantar ke bandar lain yang berdekatan untuk mati dan dikebumikan disitu. Sebaliknya jika seseorang mati disitu, tiada sesiapa yang akan mengebumikan mayatnya disitu. Sebaliknya, mayatnya akan dipindahkan dahulu ke bandar lain yang berdekatan untuk dikebumikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapakah perkara ini terjadi? Adakah ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan karut-marut nenek moyang di kawasan ini?

Sejarah kewujudan bandar Longyearbyen

perlombongan longyearbyen

Walaupun terletak di Norway, bandar terpencil ini sebenarnya dibangunkan oleh seorng rakyat Amerika Syarikat bernama John Longyear. Beliau melalui syarikatnya, Arctic Coal Company telah melakukan aktiviti perlombongan arang dikawasan ini dengan membawa masuk 500 orang pekerja pada tahun 1906.

Kemasukan jumlah pekerja yang ramai ini telah mewujudkan sebuah kawasan penempatan yang diberi nama Bandar Longyear. Pada masa kini, bandar ini lebih dikenali sebagai Longyearbyen, iaitu terjemahan bagi Bandar Longyear dalam bahawa Norway.

Kini, bandar ini serba lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, mesin pengeluaran duit (ATM), pejabat pos, lapangan terbang dan sebagainya sudah wujud disini. Menariknya, terdapat beberapa peraturan pelik yang dikuatkuasakan di bandar ini.

Sebagai contoh, setiap penduduk digalakkan sentiasa membawa senapang apabila keluar daripada bangunan kerana terdapat banyak beruang yang berkeliaran. Selain itu, kucing tidak dibenar untuk dibela sebagai haiwan peliharaan kerana dikuatiri akan mengganggu populasi burung Artik yang tinggal disini.

Sejak kira-kira 100 tahun dahulu juga, terdapat satu undang-undang yang menghalang mayat untuk ditanam disini.

Penutupan kawasan perkuburan

kawasan perkuburan longyearbyen

Segalanya bermula apabila pihak berkuasa tempatan telah membuat polisi baru sejak 100 tahun dahulu untuk menutup kawasan perkuburan yang ada disini. Sejak kawasan perkuburan itu ditutup pada tahun 1918, tiada lagi mayat yang akan dikebumikan disitu dan bandar ini.

Untuk mengetahui mengapa tindakan ini diambil, adalah penting untuk mengetahui sejarah dan kedudukan geografi kawasan terpencil ini. Longyearbyen merupakan sebuah bandar paling utara di Norway dan mempunyai suhu yang sangat sejuk, iaitu sekitar -45 darrjah celsius.

Akibat daripada suhu yang terlampau sejuk ini, mayat yang ditanam akan kekal terpelihara dan tidak mereput. Paling mengejutkan, saintis yang melakukan kajian disini mendapati bahawa virus selsema Sepanyol yang membunuh jutaan manusia pada tahun 1918 masih lagi hidup dan kekal terpelihara pada mayat-mayat yang tertanam disini!

Serangan selsema Sepanyol

wabak selsema sepanyol

Wabak selsema Sepanyol dikatakan telah pupus tidak lama selepas Perang Dunia Pertama. Wabak ini dikatakan telah membunuh 80 juta manusia pada ketika itu. Wabak ini pupus sebelum kewujudan teknologi perubatan yang moden.

Oleh itu, para saintis tidak dapat mengkaji lebih lanjut mengenainya. Akibatnya, para doktor juga tidak mempunyai rawatan khusus sekiranya wabak ini kembali menyerang pada masa akan datang.

Penemuan sampel virus wabak ini pada mayat-mayat di Longyearbean memberi harapan kepada para saintis dan doktor untuk mengkaji lebih lanjut mengenai virus ini serta mencari penawar terbaik sekiranya wabak ini menyerang semula pada masa akan datang.

Penutupan kawasan perkuburan sebagai langkah keselamatan

perumahan longyearbyen

Sebelum penemuan virus pada mayat yang ditanam di bandar Longyearbyen, semua pihak menyangka bahawa wabak selsema ini sudah pupus sepenuhnya. Penemuan ini telah mencetuskan panik terutamanya kepada penduduk tempatan yang khuatir ianya boleh merebak semula.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingin, tiada lagi mayat yang akan ditanam di kawasan perkuburan di bandar ini.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. News Australia
  3. The Chromologist



Hakcipta iluminasi.com (2017)