Manusia tidak lari daripada melakukan perkara yang pelik dan kurang bijak. Banyak perkara yang wujud pada hari ini menjadi kegilaan dan tabiat walaupun ia merupakan sesuatu yang buruk.
Ia membuatkan kita kelihatan tidak bertamadun walaupun hidup di zaman serba canggih. Namun, banyak perkara yang ada pada hari ini bukanlah hasil daripada pemikiran kita sendiri, tetapi telah lama wujud dari dahulu.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 4 perkara bodoh yang telah wujud sejak lama dahulu.
1. Simbol jari tengah telah wujud 2,500 tahun lalu
Menunjukkan jari tengah kepada seseorang bagi tujuan menghina pertama kali dilaporkan pada Yunani purba, di mana ia muncul dalam pementasan yang ditulis oleh Aristophanes pada 419 BC.
Sekitar zaman itu, ahli falsafah Diogenes the Cynic menggunakan jari tengahnya untuk meluahken penghinaan kepada ahli politik Athena - satu saat yang telah diabadikan dalam sekurang-kurangnya satu patung.
Dalam konteks ini, jari tengah dikatakan mewakili zakar, manakala jari yang selebihnya mewakili buah zakar yang cacat. Lebih khusus lagi, di Rom kuno, simbol jari ini menjadi sangat sinonom dengan penembusan dubur lelaki, secara harfiahnya, "F**k Y*u".
Malah, orang Rom memberikan nama khas kepada jadi tengah, iaitu "digitus impudicus" yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris moden sebagai "jari yang tidak senonoh" atau "jari yang tak suci".
Simbol jari tengah ini akhirnya sampai ke dalam budaya Amerika melalui imigran Itali.
Pertama kali ia dilaporkan digunakan di Amerika Syarikat dan gambar pertama yang menunjukkan seseorang menunjukkan jari tengah adalah pada tahun 1886, apabila pemain besbol lagenda Charles "Old Hoss" Radbourn mengeluarkan jari tengah ketika mengambil gambar bersama pasukan lawan.
Jadi, secara teknikalnya, apabila anda mengangkat tangan sambil menunjukkan jari tengah, anda sebenarnya memetik karya falsafah dari zaman Rom kuno.
2. Manusia berjalan sambil menggunakan gajet pada Zaman Victoria
Telefon pintar telah membuatkan segalanya berada di hujung jari sahaja tetapi harga yang perlu kita bayar adalah menjadikan kita sebagai generasi yang paling lalai.
Ini adalah cara bagaimana manusia berakhir, bukan dengan letupan tetapi dengan berjalan di atas jalan raya sambil melihat gambar kucing dan tersengih-sengih.
Tapi, ia bukanlah masalah baru di dunia ini. Golongan bandar ketika zaman Victoria juga berjalan dengan tidak memberikan perhatian kepada kawasan sekeliling sambil memandang peranti mudah alih yang paling hangat ketika itu, kaleidoskop.
Dicipta oleh Sir David Brewster pada tahun 1816, kaleioskop dengan begitu pantas menjadi peranti yang wajib dimiliki oleh semua lapisan umur dan kerjaya, menjadikan rakyat Victoria di England "gila" seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hasilnya, menjadi perkara biasa untuk melihat orang ramai berjalan melanggar dinding dan tercedera akibat melanggar penunggang basikal.
Ya, ramai orang di England pada tahun 1800an mengalami nasib yang sama seperti kita disebabkan oleh terlalu taksub dan asyik dengan peranti yang digunakan.
3. Aktiviti menyunting gambar wujud lebih 150 tahun dahulu
Menyunting dan memanipulasikan gambar menggunakan Photoshop atau aplikasi telefon pintar sangat berleluasa pada hari ini. Ramai yang melakukannya untuk membuatkan wajah mereka lebih licin, badan lebih kurus dan macam-macam lagi.
Namun, ia juga bukanlah baru. Memanipulasi gambar sebenarnya mendahului masa digital. William Henry Fox Tablbot mengatakan ia pertama kali berlaku pada tahun 1841 menggunakan calotype, proses yang menghasilkan beberapa negatif filem.
Pada tahun 1846, rakan William, Calvert Jones mencipta sejarah apabila menjadi orang pertama yang mengubah imej dengan menyunting keluar seseorang yang dikatakan mencacatkan komposisi foto kumpulan tersebut. gambar tersebut.
Selepas beberapa dekad, gambar potrait mula mendapat perhatian namun ia juga membuatkan orang ramai dapat melihat kecacatan pada wajah yang mana tak pernah berlaku sebelum ini.
Mereka tidak menyukainya membuatkan manipulasi foto pada wajah menjadi perkara biasa. Penyunting akan mengubah imej secara fizikal dengan melukis atau mengikis keluar daripada negatif filem.
4. Penyebaran gambar bogel selebriti sangat hangat pada abad ke-18
Selebriti adalah seseorang yang sememangnya terkenal disebabkan pekerjaannya seperti pelakon atau penyanyi, atau disebabkan mengenali seseorang yang terkenal.
Sebagai contoh, orang-orang seperti Paris Hilton atau keluarga Kardashian telah menjadi selebriti pada pertengahan abad ke-18 di Britain hanya disebabkan mereka mempunyai skandal dengan orang yang tepat.
Walaupun terkenal, orang pada ketika tu mungkin memanggil mereka ini dengan panggilan pelacur kelas atasan. Antara nama yang paling terkenal ketika itu adalah Kitty Fisher.
Hubungan sulit Kitty dengan orang kaya ketika itu mendapat liputan hangat oleh media, dan cerita-cerita mengenai kehidupan peribadinya membuatkan media lebih berminat.
Namun, perkara yang benar-benar membuatkan Kitty Fisher terkenal adalah apabila dia terjatuh daripada terjatuh daripada kudanya dan menampakkan seluar dalamnya kepada orang yang lalu lalang.
Ia mungkin sesuatu yang kecil pada hari ini, namun ketika itu ia bersamaan dengan "video seks" di zaman moden.
Perkara ini telah tersebar dengan pantas dengan terhasilnya buku yang menceritakan kejadian itu manakala ukiran lucah menggambarkan kejadian berada di mana-mana.
Namun, bukan Kitty Fisher yang telah dieksploitasikan oleh media, tetapi media yang dieksploitasikan olehnya.
Kitty menulis surat awam mengadu tentang obsesi media terhadapnya, yang mana ahli sejarah percaya ia hanyalah publisiti murahan yang direka untuk mendapatkan perhatian orang awam terhadap imejnya.
Potret pertama Kitty diarahkan olehnya sendiri dan mula dipaparkan di tingkap kedai-kedai percetakan, manakala risalah mengenai insiden seluar dalamnya membanjiri pasar-pasar di London.