batman di turki

Memilih nama tempat bukan merupakan sesuatu yang mudah. Nama yang dipilih selalunya mesti membawa tradisi serta identiti lokasi tersebut, supaya lebih mudah orang ramai mengenalinya.

Walau bagaimanapun, ada kalanya pilihan yang dilakukan generasi terdahulu dalam menamakan sesuatu lokasi menimbulkan 1001 tanda tanya kenapa nama itu yang dipilih?

Berikut adalah 8 nama kawasan yang aneh, pelik dan ganjil yang pasti akan membuatkan kita ketawa.

1. Accident, Maryland, Amerika Syarikat

pekan accident

Di Maryland, Amerika Syarikat wujud sebuah pekan bernama Accident yang wujud sejak tahun 1786. Tidak dapat dipastikan sebab sebenar namanya begitu, namun kisah turun temurun mengatakan berlakunya salah sangka di antara dua orang pegawai tanah yang memeriksa kawasan tersebut, sehingga kedua-duanya datang menilai di lokasi sama. Oleh sebab itulah kawasan ini dinamakan 'Accident.' (rujukan)

2. Batman, Anatolia, Turki

batman turki

Pada asalnya pekan Batman dinamakan Iluh, sebelum penemuan sebuah telaga minyak menjadikan kawasan itu salah sebuah lokasi pengeluar minyak terbesar di Turki. Ketika itu, sudah wujud sebatang sungai bernama Sungai Batman, jadi bandar Iluh ditukarkan namanya kepada pekan Batman.

Nama 'Batman' pula diambil daripada gunung berdekatan yang bernama Gunung Bati Raman lalu disingkatkan. Selepas filem The Dark Knight meletup di pawagam, datuk bandar Batman menyaman penerbit filem itu kerana menggunakan hak cipta mereka. (rujukan)

3. China, Kagoshima, Jepun

china town jepun

Sebuah pekan di Jepun dalam daerah Kagoshima bernama China, mempunyai populasi seramai 6,000 orang. Dikatakan mempunyai salah satu pantai tercantik di Jepun, China merupakan sebuah wilayah kecil yang bergantung dengan eksport pertanian bagi menjana ekonomi.

4. Disappointment Island

disappointment island

Pernah dengar tentang pulau ini? Terletak dalam gugusan pulau French Polynesia, Disappointment Island dikatakan tidak mengecewakan pengunjungnya, walaupun namanya sedemikian rupa. Dibentuk daripada gabungan dua pulau yang berkeluasan hanya 4km persegi, untuk hadir ke situ agak sukar kerana penerbangannya jarang ada. Tetapi bagi yang dah berjaya ke sana - dapat lari daripada kemajuan dunia merupakan pengalaman yang perlu setiap individu rasa. (rujukan)

5. Intercourse, Pennsylvania, Amerika Syarikat

nama tempat intercourse

Pekan kecil ini yang hanya mempunyai 1,300 orang penduduk telah dibuka pada tahun 1754 dengan nama Cross Keys. Nama 'Intercourse' digunakan sejak tahun 1814 ekoran pertemuan dua jalan utama yang bersambung di tengah-tengah pekan tersebut. Kami sendiri tidak faham apa tujuan nama pekan itu diubah. (rujukan)

6. Satan's Kingdom (pelbagai)

pekan satan

Terdapat tiga tempat yang dinamakan dengan nama Satan's Kingdom. Kesemuanya terletak di Amerika Syarikat dalam negeri Vermont, Connecticut dan Massachussetts. Dua pekan yang terletak di Vermont dan Massachussett merupakan pekan yang ditadbir sendiri oleh penduduk tempatan.

Sementara Satan's Kingdom di Connecticut, merupakan sebuah kawasan rekreasi awam. Nama Satan's Kingdom diambil daripada jurang terbentuk di sebuah sungai yang mengalir di situ. Kami pasti ada banyak lagi nama lain yang lebih senonoh untuk digunakan.

7. Warp Drive, Virginia, Amerika Syarikat

warp drive

Menjadi lokasi sebuah syarikat aeroangkasa, Warp Drive pada awalnya hanyalah dinamakan dengan nama Steeplechase Drive. Bagaimanapun, syarikat aeroangkasa itu melakukan permohonan menukarkan nama lokasi tersebut pada tahun 2011 dan permohonan itu diterima majlis perbandaran mereka.

Nama Warp Drive dipilih berikutan ilham dan inspirasi syarikat tersebut yang meminati filem Star Trek, yang dirasakan lebih mencerminkan identiti sebenar pekan tersebut. Jadi syarikat aeroangkasa itu yang bernama Northrop Grumman boleh meletakkan alamat mereka sebagai Warp Drive. (rujukan)

8. Zzyzx, California, Amerika Syarikat

zzyzx pekan

Zzyzx merupakan sebuah pekan kecil dan mempunyai pentadbiran sendiri, pada asalnya dinamakan Soda Springs. Sejarah penamaan pekan ini agak unik. Seorang lelaki yang mengaku dirinya pendakwah Kristian dan pakar perubatan bernama Curtis Springer, membuka beberapa buah spa kesihatan di situ.

Bagi menamakan spa tiruan yang dihasilkan, Curtis Springer membuka kamus dan mencari perkataan terakhir yang ada di dalamnya. Perkataan 'Zzyzx' tertera dan dia menamakan perniagaannya dengan nama tersebut. Lekatlah nama tersebut sebagai nama rasmi pekan itu. Kini, pekan Zzyzx ditinggalkan begitu saja selepas Springer dihalau keluar kerana menipu pelanggannya serta melakukan aktiviti perniagaan berbentuk muslihat. (rujukan)


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)