wojtek bear hero perang

Kita seringkali mendengar kisah-kisah haiwan peliharaan yang menyelamatkan tuannya daripada sebarang ancaman atau kemalangan contohnya anjing yang membunuh ular yang memasuki rumah ketika tuannya sedang tidur pada waktu malam. Banyak lagi kisah haiwan peliharaan yang sanggup menggadaikan nyawa demi tuannya.

Dalam sejarah, binantang juga banyak memainkan peranan penting terutamanya semasa era peperangan. Sebagai contoh, penggunaan anjing sebagai pasukan pengebom berani mati dan peranan burung merpati sebagai penghantar mesej ketika zaman perang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, iluminasi ingin berkongsi 4 binatang yang pernah memainkan peranan penting semasa zaman peperangan dan layak diangkat sebagai hero.

1. Sarjan Stubby

binatang hero semasa peperangan

Sarjan Stubby merupakan seekkor anjing daripada Amerika Syarikat yang telah memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1917, ianya telah diseludup ke Perancis oleh pemiliknya, Prebet J. Robert Conroy. Stubby telah tercedera dalam satu serangan gas tetapi berjaya pulih sepenuhnya.

Dengan pengalaman yang dimilikinya, Stubby mempunyai kemahiran mengesan gas beracun. Semasa peperangan, Stubby berperanan untuk memberi amaran kepada askar yang sedang tidur mengenai ancaman gas beracun sebelum ianya diaktifkan. Peranannya ini telah menyelamatkan banyak nyawa daripada serangan gas beracun.

Stubby juga berperanan mengesan askar yang tercedera di medan perang dan mendapatkan bantuan pasukan medik. Antara pencapaian utamanya adalah mengesan seorang pengintip Jerman yang cuba membuat lakaran parit yang menjadi laluan utama askar Amerika Syarikat. Sebagai menghargai jasanya, Stubby telah diberi pangkat sarjan, haiwan pertama yang mendapat anugerah penghormatan daripada Amerika Syarikat.

2. G.I. Joe

merpati penghantar mesej

G.I. Joe bukan sahaja nama sebuah filem. Ianya adalah nama seekor burung merpati daripada Amerika Syarikat yang telah menyelamatkan nyawa kira-kira 1000 orang askar British daripada dibom semasa Perang Dunia Kedua. Dalam usaha untuk menawan kembali bandar Colvi Vecchia di Itali yang dikuasai orang Jerman, pasukan jet pejuang Amerika Syarikat telah diarah memberi bantuan kepada askar British yang membuat serangan darat.

Malangnya, askar Jerman telah melarikan diri sebelum diserang. Ini membolehkan askar British mengambil alih bandar tersebut dalam masa yang sangat singkat. Malangnya, tiada siapa yang boleh diminta untuk menyampaikan pesanan kepada askar Amerika Syarikat agar menghentikan rancangan untuk membom keseluruhan bandar itu.

Sebagai usaha terakhir, seekor burung merpati bernama G.I. Joe telah dihantar ke kawasan pangkalan Amerika Syarikat dengan mesej supaya serangan bom dibatalkan. Tiada siapa yang menyangka Joe berjaya terbang sejauh 20 batu dalam masa hanya 20 minit. Joe berjaya tiba hanya beberapa minit sebelum jet pejuang Amerika Syarikat berlepas, seterusnya berjaya menyelamatkan kira-kira 1000 orang askar British yang berada di kawasan sasaran.

3. Wojtek

wojtek beruang hero peperangan

Wojtek merupakan seekor beruang yang dibeli oleh seorang askar Polish ketika berada di Iran. Kisahnya seakan-akan sama dengan kisah beruang madu yang akhirnya diangkat sebagai karakter animasi Winnie the Pooh. Wojtek merupakan seekor beruang yang jinak dan peramah dengan manusia.

Bersama dengan pemiliknya, Wojtek telah ditempatkan di bahagian unit artileri pasukan tentera Poland. Kehadirannya dalam kem tentera adalah sebagai penghibur kepada para askar. Wojtek juga terlibat dalam beberapa peperangan di Itali dimana ia bertugas membantu membawa barang-barang kelengkapan perang.

Sama juga seperti Winnie the Pooh, Wojtek menghabiskan sisa hidupnya di Zoo Edinburgh selepas zaman peperangan. Kisah Wojtek turut dimuatkan dalam sebuah filem dokumentari bertajuk "Wojtek - The Bear That Went To War".

4. Simon

memorial simon kucing hero perang british

Simon merupakan seekor kucing yang telah dianugerahkan pingat Dickin oleh kerajaan British atas jasanya membunuh tikus-tikus yang terdapat di atas kapal perang British. Simon asalnya hanyalah seekor kucing liar yang dijumpai di Hong Kong sebelum diseludup masuk ke kapal HMS Amethyst semasa Perang Saudara China.

Serangan tikus perosak merupakan ancaman terbesar kapal tersebut dimana tikus-tikus ini akan merosakkan bekalan makanan yang dibawa and berisiko membawa wabak penyakit. Antara kejayaan terbesarnya adalah membunuh seekor tikus gergasi di kapal tersebut yang dikenali sebagai “Mao Tse Tung”.

Kredit:

  1. Owlcation
  2. BBC
  3. America in WWII
  4. Americans at War



Hakcipta iluminasi.com (2017)