Ketika zaman perang dunia ke 2, pelbagai teknik, senjata atau strategi yang digunakan setiap pasukan tentera untuk melawan pihak musuh. Mengikut catatan sejarah, anjing juga pernah digunakan oleh beberapa pasukan pihak tentera sebagai pengebom berani mati semasa perang dunia ke 2!

Melumpuhkan Kenderaan Berat Musuh

Ketika Perang Dunia ke 2, pasukan tentera Jerman terkenal dengan kekuatan pasukan kereta kebal dan jentera berat. Hal ini menyebabkan pasukan Soviet dan Rusia terpaksa mencari strategi bagi menghalang kemaraan kereta kebal pihak Jerman tanpa perlu mengorbankan ramai anggota pasukan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea penggunaan anjing dalam medan peperangan ini ini telah diluluskan oleh pihak pemerintah tentera Rusia pada 1924. Selain untuk tujuan pengeboman, anjing-anjing ini juga dilatih untuk menghantar bantuan perubatan, penghantaran makanan, perantara komunikasi dan mengesan bom periuk api.

Penggunaan Anjing Terlatih

anjing pengebom

Pada peringkat awal, tentera Soviet tidak mempunyai kepakaran bagi melatih anjing bagi kegunaan di medan peperangan. Maka, mereka mereka terpaksa mendapatkan bantuan pemburu dan pelatih anjing daripada unit pasukan anjing polis untuk melatih dan membentuk pasukan anjing pengebom berani mati ini.

Untuk tujuan ini juga, anjing daripada baka German Shepherd menjadi pilihan memandangkan bentuk fizikalnya yang besar dan mampu berlari laju. Anjing baka ini juga sememangnya terkenal sebagai anjing bagi tujuan berburu.

Bagi melatih anjing-anjing ini, 12 buah sekolah latihan telah dibuka di mana 3 daripada dikhaskan untuk melatih anjing pengebom berani mati. Para saintis juga telah terlibat bagi melatih anjing-anjing ini. Unit khas anjing pengebom berani mati ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1935.

Perubahan Strategi

anjing dipasang bom

Pada peringkat awal, pasukan unit anjing ini sebenarnya hanya dilatih untuk membawa bom dan meninggalkannya di kawasan sasaran musuh. Bom tersebut kemudiannya akan meletup mengikut selasa masa yang telah ditetapkan pada bom tersebut atau melalui alat kawalan jauh.

Walau bagaimanapun, setelah 6 bulan strategi ini didapati kurang menjadi kerana kebanyakan anjing hanya dilatih untuk dihantar ke sesuatu sasaran sahaja. Mereka dapati sekiranya sasaran yang dituju itu berubah atau bergerak ke kawasan lain, anjing-anjing ini akan terkeliru dan akan berpatah balik kepada pihak mereka (Soviet).

Hal ini tentulah akan merugikan pihak Soviet selain mendedahkan mereka kepada risiko letupan bom itu sendiri. Maka, mereka mengubah strategi dengan menjadikan bom yang dipasang pada anjing tersebut meletup sebaik sahaja anjing itu menyentuh kereta kebal atau jentera pihak musuh.

Bagi tujuan pengeboman ini, setiap anjing akan dipasangkan bom seberat 10 - 12 kilogram. Sebelum dilepaskan kepada pihak musuh, pin keselamatan pada bom tersebut akan dicabut. Bom yang dipasang itu direka supaya sensitif kepada hentakan atau sentuhan dan sebaik sahaja anjing-anjing ini menyentuh mana-mana bahagian jentera atau kereta kebal pihak musuh, ianya akan meletup.

Keberkesanan Unit Khas Anjing Pengebom Berani Mati

Penggunaan anjing bagi tujuan pengeboman ini sangat aktif antara tahun 1941 dan 1945. Ketika Perang Dunia ke 2 sahaja, kira-kira 40 000 ekor anjing dikatakan telah dilatih dan terlibat untuk pelbagai tujuan.

Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan anjing sebagai pengebom berani mati dalam medan peperangan tidak dapat dipastikan. Terdapat sesetengah dakwaan bahawa unit khas anjing ini berjaya memusnahkan kira-kira 300 buah kereta kebal pihak Jerman.

Kredit: 

  1. WikiPedia
  2. Gizmodo
  3. War History Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)