Kehidupan rakyat China di bawah pemerintahan Mao Tse-tung atau Mao Zedong adalah tersangat pelik dan ganas.
Ketika dia bertindak sebagai Pengerusi China, Mao memperkenalkan dasar yang tidak berfungsi dengan baik dan akhirnya membunuh di antara 45 hingga 75 juta rakyatnya sendiri.
iluminasi.com kongsikan antara 6 perkara yang sangat pelik dan dahsyat berlaku di zaman pemerintahan Mao Zedong.
BESARKAN TEKS A- A+
6. Seorang lelaki dihukum bunuh kerana membandingkan buah mangga dengan ubi keledek
Oleh kerana kebanyakan rakyat China ketika itu tidak pernah melihat buah mangga, pengalaman itu sangat bermakna bagi mereka yang bertuah untuk melihat buat tropika ini, kecuali seorang.
Seorang doktor gigi pernah melihat buah mangga dan dia tidak kagum dengan apabila melihatnya. Dia juga telah merendahkan buah mangga dengan mengatakan ia sama dengan ubi keledek yang mana membuatkan orang ramai marah.
Doktor gigi ini telah ditangkap atas tuduhan "ucapan kontroversi" dan dipenjarakan. Dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman mati di atas jenayah menyamakan buah mangga kelihatan seperti ubi keledek.
Sejak itu, tiada siapa yang berani merendahkan buah mangga lagi.
5. Pelajar digalakkan untuk memukul guru
Parti Komunis China menggalakkan rakyatnya untuk "membersihkan tabiat jahat masyarakat lama" dan memansuhkan amalam lama nenek moyang mereka sebagai gerakan Revolusi Budaya.
Walaupun tiada bukti mereka menyatakannya dengan jelas bahawa ia bermaksud "memukul guru sehingga mati", namun itulah apa yang orang ramai faham dan lakukan.
Pada tahun 1966, para pelajar di sekurang-kurangnya 91 buah sekolah telah mengheret guru-guru mereka ke jalan dan memukul sehingga guru-guru tersebut mengaku cara mereka yang korup.
Dalam kes lain, para pelajar mencurahkan dakwat ke atas baju guru-guru dan menggantungkan papan yang bertanda "X" pada badan guru. Kemudian guru-guru ini dipukul dengan kayu besbol berpaku dan dicurahkan air panas sehingga mati.
Di penghujungnya, seramai 18 guru telah dibunuh oleh para pelajar dan ramai lagi yang membunuh diri di atas penghinaan itu.
Sementara itu, Mao Zedong hanya duduk berdiam dan memerintahkan pihak keselamatan untuk tidak campur tangan ke atas apa yang dilakukan oleh para pelajar.
Dia juga tidak membenarkan tentera untuk memulihkannya untuk tempoh 2 tahun.
4. Tembok Besar China dirobohkan untuk membina bangunan
Ketika tahun 1970an, kerajaan China menyedari bahawa mereka tak perlu membazir wang terhadap bahan untuk membina rumah. Ia adalah kerana tembok terpanjang di dunia terletak di negara itu.
Kerajaan menggalakkan orang ramai untuk mula memusnahkan Tembok Besar China untuk dijadikan bata gantian. Penduduk kampung berhampiran tembok ini telah meruntuhkan sebahagian daripadanya dan membawa pulang bata-bata ke rumah.
Malah, kerajaan juga merobohkan seluruh bahagian dan menggunakannya untuk membina empangan. Tembok ini akhirnya menjadi tapak warisan yang mana dia dilindungi.
Sehingga hari ini, masih terdapat rumah di kawasan itu yang kekal utuh dibina menggunakan bata Tembok Besar China.
3. Harimau diisytiharkan sebagai musuh rakyat China
Pada tahun 1959, Mao Zedong sudah tidak tahan lagi dengan harimau. Selepas petani-petani di China diserang oleh haiwan ini, Mao mengumumkan bahawa harimau, bersama-sama dengan serigala dan harimau bintang adalah "musuh rakyat" dan harus dihapuskan.
Parti Komunis China telah melancarkan kempen "anti-perosak" bagi menggalakkan orang ramai untuk keluar dan membunuh haiwan pemangsa ini.
Hanya dalam beberapa tahun sahaja, warga China telah membunuh hampir 75% daripada populasi harimau Asia Tenggara di dunia dan membuatkan haiwan ini berada di ambang kepupusan.
2. Rakyat memiliki tali leher dan sut ditangkap
Menurut seorang penulis, Liang Heng, anda boleh menghadapi masalah ketika zaman Mao Zedong hanya kerana berpakaian kemas dan elok. Liang menceritakan kisah di mana bapanya hampir dipenjarakan kerana hanya memiliki tali leher.
Tentera Red Guard memecah masuk ke rumahnya dan menggeledah barang milik bapanya lalu menjumpai tali leher. Red Guard mengumumkan bahawa ia adalah "kapitalis".
Dan apabila bapa Liang didapati memiliki sut dan butang lengan, dia telah dikecam sebagai "intelektual yang busuk" dan pakaian serta buku-bukunya dikumpulkan lalu dibakar.
Bapa Liang terlepas daripada hukuman penjara selepas bersetuju dengan pendapat kerajaan bahawa membakar barangannya adalah "tindakan revolusi" dan perkara yang baik.
Red Guard juga merampas radio dan gajinya sebulan sebagai bayaran sebelum beredar.
1. Mao Zedong tawarkan 10 juta orang wanita China kepada Amerika Syarikat
Di penghujung hidupnya iaitu pada tahun 1973, Mao Zedong berjumpa dengan Henry Kissinger, diplomat Amerika Syarikat dengan harapan untuk berunding perjanjian perdagangan dua hala dengan negara itu.
Pada mulanya, Henry dilaporkan cuba mengekalkan perbualan mengenai topik-topik yang serius, tetapi Mao memikirkan tentang hal lain.
Mao memberitahu kepada Henry bahawa China adalah sebuah negara yang sangat miskin dan tidak mempunyai banyak perkara yang boleh ditawarkan dalam perjanjian perdagangan, kecuali wanita.
Mao menawarkan untuk menghantar 10 juta wanita China ke Amerika Syarikat dengan mengatakan negaranya "terlebih" golongan wanita dan mereka hanya menimbulkan masalah.
"Mereka melahirkan anak-anak dan anak-anak di China sudah terlalu ramai," kata Mao kepada Henry.
Ketika Mao menjelaskan bagaimana wanita-wanita ini hanya merosakkan negara, salah seorang ahli partinya memberi amaran kepada Mao bahawa ia akan menimbulkan kemarahan awam jika perkara ini diketahui orang ramai.
Mao yang ketika itu yang semakin tua dan tidak berupaya, seolah-olah tidak bimbang dan berkata: "Saya tak takutkan apa-apa. Tuhan telah hantarkan jemputan kepada saya,".
Tawaran tersebut dibatalkan kemudiannya.
Rujukan: The Age