Oleh pada 08 Jul 2020 kategori

Dalam filem Hong Kong era 80-an dan 90-an, polis di Hong Kong kebiasaannya akan dipaparkan dalam dua versi.

Yang pertama, sama ada anggota polis itu mempunyai kemampuan mirip perwira ala Jackie Chan atau Chow Yun Fatt.

Dalam satu perspektif yang jauh berbeza, banyak filem Hong Kong turut memaparkan petugas polis Hong Kong sebagai anggota polis yang langsung lemah, seperti yang selalu dipaparkan dalam filem komedi Stephen Chow atau filem-filem kongsi gelap mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun perubahan politik yang telah berlaku di Hong Kong ketika ini hasil campur tangan China, pasti akan memberikan persepsi baru terhadap kekuatan dan penguasaan pasukan polis wilayah tersebut kepada warga Hong Kong.

1. Melakukan penggeledahan tanpa waran mahkamah

kuasa polis hong kong sentimen anti china

Bagi memastikan keselamatan masyarakat Hong Kong, pasukan polis Hong Kong kini diberikan kuasa untuk melakukan penggeladahan tanpa perlu melalui kebenaran daripada pihak mahkamah majistret.

Kuasa ini bagaimanapun dihadkan hanya untuk kes-kes tertentu yang dipercayai mempunyai pengaruh dalam menggugat keselamatan negara.

Apabila kes-kes yang dikenalpasti ini disahkan, pihak polis Hong Kong boleh bertindak hanya dengan kebenaran khas yang diberikan oleh mana-mana anggota polis berpangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (Assistant Commissioner) untuk membolehkan sebarang bentuk tindakan susulan tanpa waran.

2. Menghalang warga Hong Kong dalam siasatan meninggalkan Hong Kong

passport warga hong kong

Pihak polis Hong Kong kini dibenarkan untuk memohon kebenaran daripada mahkamah majistret untuk menghalang mana-mana individu dalam siasatan mereka, daripada meninggalkan wilayah tersebut.

Individu dalam siasatan perlulah menyerahkan dokumen perjalanan diri mereka kepada pihak polis seandainya diminta dan hanya boleh ke luar negara, sekiranya permohonan mereka untuk keluar diterima pegawai majistret atau Pegawai Suruhanjaya Polis.

3. Menyita premis yang dipercayai menggugat keselamatan negara

pita polis hong kong larangan masuk

Undang-undang ini sangat luas skopnya, membenarkan pihak polis menyita atau mengambil alih mana-mana premis yang didapati menjalankan aktiviti pemberontakan atau keganasan di dalamnya, sehingga mampu menggugat keamanan negara.

Apa yang menakutkan, undang-undang ini juga mewajibkan mana-mana individu atau pihak yang mengetahui berlakunya aktiviti sedemikian rupa di premis kejadian, perlulah melaporkan penemuan mereka kepada pihak polis Hong Kong tanpa mengumumkannya kepada pihak lain.

4. Kawalan ke atas pengendali dan platform media

hongkong media dikawal kerajaan

Di antara semua kuasa baru yang diperuntukkan, ini adalah yang paling kontroversi. Pihak polis Hong Kong kini mempunyai kuasa mutlak ke atas mana-mana platform berbentuk elektronik yang didapati memaparkan mesej yang menggugat keselamatan negara.

Kini, polis Hong Kong mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana anggota mereka untuk mengarahkan pengendali platform, pengendali pelayan atau pengendali internet untuk memadam mesej tersebut atau lebih keras, menghalang terus akses suspek secara mutlak.

Sekiranya pengendali platform gagal mengendalikan kerjasama, penyitaan barangan-barangan yang dipercayai mengandungi maklumat yang diperlukan. Sekiranya sampai ke tahap itu, pengendali juga perlulah membekalkan semua informasi berkenaan suspek serta kata laluan yang diperlukan untuk mengakses akaun suspek.

5. Mengekang gerakan aktivis pro Taiwan

hartawan media hong kong ditahan sebar anti china

Salah satu perkara yang sudah pasti akan cuba dipatahkan kerajaan China di Hong Kong, adalah pengaruh Taiwan dan ubatnya sudah tentu ada.

Polis Hong Kong kini mempunyai kuasa penuh atas kebenaran Suruhanjaya Sekuriti mereka, boleh menyiasat mana-mana organisasi milikan pihak tempatan atau luar negara yang bergerak di Hong Kong, tidak kiralah mereka terlibat dengan gerakan pro Taiwan atau sebarang bentuk propaganda lain.

Kesemua organisasi yang disiasat wajib menyerahkan senarai dokumen lengkap yang mengandungi senarai aktiviti, senarai keahlian, jumlah aset, pecahan pendapatan, punca pendapatan dan jadual perbelanjaan organisasi, dalam tempoh yang ditetapkan pihak polis.

6. Kuasa menjalankan operasi sulit pintasan komunikasi

hong kong operasi pintasan intip informasi

Pihak polis Hong Kong kini mempunyai kuasa penuh atas kebenaran Ketua Eksekutif wilayah tersebut untuk menjalankan intipan komunikasi, sama ada ke atas panggilan, data, muat turun dan muat naik capaian internet mana-mana suspek.

7. Menghukum individu yang enggan menyerahkan bukti

anggota polis lakukan intipan

Atas tujuan untuk membantu melindungi kepentingan negara, pihak polis Hong Kong kini boleh mendapatkan perintah mahkamah bagi mewajibkan mana-mana suspek dalam siasatan untuk mendedahkan maklumat, sama ada dalam bentuk lisan, bertulis atau digital yang dirasakan boleh membantu siasatan.

Hukuman bagi pesalah

penjara hong kong

Tujuh kuasa baru pihak polis Hong Kong itu turut sama disertai dengan senarai hukuman yang boleh dikenakan ke atas pihak yang ingkar atau enggan memberikan kerjasama.

Bagi individu yang diarahkan memadam mesej anti kerajaan tanpa alasan munasabah, mereka bakal berdepan denda HK$100,000 (RM55,200) atau/dan hukuman penjara satu tahun. Sekiranya pembekal perkhidmatan internet, pengendali platform atau pengelola media gagal mengikuti arahan yang diberikan, mereka boleh didenda jumlah serupa atau/dan penjara 6 bulan.

Penglibatan warga Hong Kong dalam mana-mana organisasi pro-Taiwan boleh mengakibatkan seseorang berhadapan dengan denda HK$100,000 dan penjara sehingga 6 bulan.

Lebih malang, sekiranya mana-mana suspek atau individu didapati dengan sengaja tidak mendedahkan maklumat yang diperlukan, menipu atau sengaja menahan bahan bukti - mereka boleh didenda jumlah sama dengan hukuman penjara sehingga 2 tahun.

Apa pandangan anda tentang 7 kuasa baru polis Hong Kong? Adakah perlu peraturan sekeras ini diperkenalkan atau China sebenarnya bertindak melampaui batas, demi melindungi kepentingan mereka?

Rujukan

Implementation Rules for Article 43 of the Law of the People's Republic of China on Safeguarding National Security in the Hong Kong




Hakcipta iluminasi.com (2017)