Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

iluminasi kebetulan kematian chester2

Dunia industri muzik barat kerap dihujani berita kematian penggiat muzik, sama ada melibatkan dadah atau masalah peribadi yang terlalu menekan hidup mereka. Jika kematian itu dilihat dengan kanta konspirasi, pasti ada banyak idea dan bukti yang mampu menunjukkan wujudnya konspirasi dalam setiap tragedi yang berlaku.

Berikut adalah 3 kes kematian melibatkan nama besar muzik Amerika yang mampu membuatkan anda terpinga-pinga melihat persamaan yang wujud antara kedua-duanya.

1. Kurt Cobain dan Layne Staley

iluminasi kebetulan kematian chester3 782

Dua nama yang tidak boleh dipisahkan dalam industri muzik moden. Kurt Cobain melalui Nirvana mengubah lanskap muzik dunia lalu membuka laluan kepada rakan seperjuangan mereka. Salah satu band paling terkenal adalah Alice in Chains yang menampilkan Staley sebagai vokalisnya. Kedua-dua mati di bawah pengaruh dadah namun hanya Kurt sahaja yang menggunakan senapang patah untuk menembak dirinya. Persamaan yang wujud antara kedua-dua kes ini adalah tarikh kematian mereka sama. Kurt mati pada 5 April 1994 sementara Staley meninggal pada 5 April 2002.

2. Ian Curtis dan Chris Cornell

iluminasi kebetulan kematian chester4

Ian Curtis mungkin bukan nama besar ketika ini tetapi pada era kegemilangan Joy Division pada hujung 70-an, Ian Curtis merupakan legenda muzik British. Chris Cornell pula adalah generasi pemuzik seangkatan dengan Kurt Cobain dan Layne Staley yang baru saja meninggal dunia kerana bunuh diri pada 18 Mei 2017. Tidak ramai yang menyedari pada tarikh yang sama, 37 tahun yang lalu- Ian Curtis juga membunuh diri beliau menggunakan kaedah serupa dengan Chris Cornell : dengan menggantung dirinya di siling.

3. Chris Cornell dan Chester Bennington

iluminasi kebetulan kematian chester

Kematian Chester Bennington daripada kumpulan Linkin Park mengejutkan ramai pihak. Desas desus mengatakan wujudnya tekanan hidup semenjak kecil cuba menjelaskan sedikit suasana namun gagal untuk menyampaikan keseluruhan cerita. Kawan baik kepada Chris Cornell ini menulis sepucuk surat penghormatan yang dimuatnaik ke media sosial sebagai memperingati kematian kawan baiknya itu. Chris juga telah memilih Chester sebagai 'godfather' salah seorang anaknya.

Pada 20 Julai 2017, Chester didapati membunuh diri dengan menggantung dirinya. Tarikh itu tidaklah kelihatan mempunyai sebarang maksud signifikan melainkan tarikh 20 Julai 2017 adalah tarikh lahir Chris Cornell yang ke 53 jika dia masih hidup.


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)