siput air tawar

Apabila kita bercerita mengenai kematian disebabkan haiwan, pasti dalam kepala kita akan terbayang haiwan-haiwan buas seperti singa atau ikan jerung yang menyebabkannya. Tetapi tahukah anda kebanyakan haiwan buas dan pemangsa sebenarnya hanya menyebabkan kadar kematian yang rendah setiap tahun.

Dalam senarai ini, kami kongsikan 5 haiwan paling banyak menyebabkan kadar kematian manusia dalam setahun dan kami perlu beritahu anda dulu, tempat ke 6 adalah buaya dengan 1,000 kematian setahun. Bagi kedudukan 5 teratas, tidak ada haiwan buas layak berada dalam kedudukan itu.

Apakah 5 haiwan yang menyebabkan paling banyak kematian manusia dalam setahun?

5. Cacing Ascariasis (2,500 kematian setahun)

ds00688 im04343 mcdc7 ascariasisthu ashx

Cacing ascariasis menyerang di negara di mana penyediaan sanitari makanan kurang dititik beratkan dengan dianggarkan sebanyak 10% daripada penduduk negara membangun mempunyai masalah ini. Manusia dijangkiti melalui makanan yang tercemar atau air yang mengandungi cacing ini. Bagaimana mereka membunuh? Apabila sudah terdapat dalam sistem perkumuhan manusia dan membiak, jumlah cacing yang ada akan menghalang salur organ daripada berfungsi, sehingga menyebabkan kematian. (rujukan)

4. Siput air tawar, serangga pembunuh dan lalat tsetse (10,000 kematian setahun)

siput air tawar 2

Siput air tawar menjadi pembawa kepada sejenis cacing yang bersifat parasit yang mampu menjangkitkan manusia dengan sejenis penyakit bernama schistosomiasis yang akan menyebabkan kesakitan pada bahagian perut serta pendarahan pada bahagian perkumuhan. (rujukan)

Lalat tsetse hidup di Afrika dan membawa parasit yang mampu menyebabkan penyakit yang digelarkan 'sleeping sickness' atau African trypanosomiasis, kebiasaannya berlaku di kawasan Sahara Afrika yang kurang membangun. (rujukan)

Serangga pembunuh atau assasin bugs pula menjadi pembawa kepada apa yang dinamakan sebagai 'wabak chagas' atau nama saintifiknya American trypanosomiasis. Banyak berlaku di sekitar negara-negara Amerika Latin, serta Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan 14,400 bayi lahir sudah dihinggapi wabak tersebut ketika masih dalam rahim. (rujukan)

3. Anjing (35,000 kematian setahun)

anjing penyebab kematian

Anjing merupakan pembawa kuman rabies yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit. 99% kes kematian manusia berlaku disebabkan oleh kesan gigitan anjing yang membawa kuman tersebut. Satu-satunya cara untuk mencegah penyakit ini adalah dengan memvaksinkan anjing. Cuma siapa pula bertanggungjawab pada anjing liar? (rujukan)

2. Ular (100 ribu kematian setahun)

ular penyebab kematian

Hasil gigitan ular merupakan satu masalah global. Dengan kes gigitan ular dilaporkan sebanyak 5 juta kes setahun sehingga menyebabkan ramai kehilangan anggota badan, masalah paling ketara ketika ini adalah kekurangan anti bisa yang diperlukan untuk merawat pesakit. Pertubuhan 'Doctors without Borders' melaporkan bekalan anti bisa mereka akan kehabisan pada 2016 tanpa wujud bekalan baru yang mencukupi. (rujukan)

1. Nyamuk (750 ribu kematian setahun)

nyamuk banyak menyebabkan kematian

Nyamuk bertanggungjawab membunuh manusia paling ramai dalam setahun. Hanya dengan gigitan mereka, nyamuk yang sangat lemah adalah haiwan utama penyebab kematian manusia menerusi penyakit malaria atau demam denggi.


tags : , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)