Oleh pada 22 Feb 2018 kategori

Kita dilahirkan ke dunia ini, pasti ada tujuannya. Diringkaskan, tujuan kita hidup adalah untuk menjadi khalifah di bumi dan juga untuk menghadapi mati. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menempuhi mati? Didalam Islam, ada dijelaskan cara kematian atau pengakhiran yang baik. Tetapi ambillah ilmu ini sebagai pedoman dan jangan jadikan benchmark anda untuk menghukum sesiapa saja.

Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempoh masa hidupnya. Manusia dihidupkan semuanya akan menempuhi kematian. Hal ini telah di jelaskan dalam Firman Allah SWT:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Q.S an-Nisa: 78).

Akan tetapi, Allah tidak memberitahukan 3 perkara kematian kepada hambanya :

  • Bila kematian kita
  • Di mana kematian kita
  • Bagaimana kematian kita

bunga raya muslimah sejati

Ada yang mati ketika masih kanak- kanak, ada yang mati ketika remaja, ada yang mati ketika usia tua. Semuanya berada di tangan Allah SWT. Namun secara puratanya, umur umat nabi Muhammad berkisar antara 60-70 tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ان اعمار امتي ما بين ستين و سبعين.

Sesungguhnya umur umatku di antara 60 ke 70 tahun (HR. Ahmad).

Dalil di atas menunjukkan bahawa kita wajib bersiap sedia untuk menyambut datangnya kematian pada bila-bila masa sahaja, hal ini bertujuan agar ketika kematian datang, kita mendapatkan cara mati yang baik.

Adapun tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan yang baik di antaranya adalah:

1. Sempat Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

kalimah syahadah

Orang yang meninggal dunia dalam keadaan sempat mengucap dua kalimah syahadat, akan dimasukkan ke dalam syurga Allah (HR Ahmad)

2. Keluar Peluh di Dahi

berpeluh dahi tanda kematian

Orang yang beriman ketika tengah nazak, apabila melihat peluh di dahinya, menunjukkan bahawa dia tengah bertarung dengan rohnya yang akan keluar dari badan. Namun rasa sakit bagi orang yang beriman tsb akan diganti oleh Allah setelah dia meninggalkan dunia.

3. Mati Pada Malam atau Siang Hari Jumaat

api neraka

Barang siapa yang meninggal dunia pada siang hari dan malam Jumaat, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur (H.R Ahmad & Tarmidzi).

4. Mati Dalam Peperangan Membela Agama Allah

mati ketika perang di jalan allah

Orang yang meninggal dunia dalam keadaan mati Syahid, akan dijanjikan balasan dengan syurga Allah SWT. Kerana berjuang menegakkan kebenaran.

5. Orang Yang Mati Akibat Peperangan Fisabilillah

Barangsiapa yang terluka dalam medan peperangan kemudian dia meninggal dunia, maka dikira sebagai mati syahid (HR Abu Daud, Hakim & Baihaqi).

muslimah cantik 733

6. Orang yang Mati Akibat Wabak Ta'un

Sesungguhnya taun adalah azab Allah yang dikirimkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan rahmat bagi orang yang beriman. Dan matinya dikira sebagai mati syahid (HR Bukhari).

mati kerana wabak taun

7. Orang Yang Mati dalam Keadaan Sakit Perut

Barang siapa yang mati dalam keadaan sakit perut (dalam keadaan dia redha dan sabar), maka matinya dikira sebagai mati syahid (HR Muslim).

8. Orang Yang Mati tertimpa Benda Keras Atau Mati Lemas

mati kelemasan

Barangsiapa yang mati kerana tertimpa benda keras atau tertimbus bangunan serta mati lemas (tenggelam), maka dikira sebagai mati yang husnul khatimah (H.R Bukhari).

9. Orang Yang Mati Kerana Melahirkan

mati ketika melahirkan anak

Seorang wanita yang mengandung dan melahirkan bayi kemudian dia meninggal, maka dikira sebagai mati syahid, di akhirat kelak akan di bawah oleh anaknya masuk ke dalam syurga (H.R Ahmad & Dailamy).

10. Mati Terbakar

Orang yang meninggal dalam keadaan terbakar, maka dikira sebagai mati syahid. (H.R Abu Daud & Nasai).

11. Wanita Yang Meninggal Dalam Keadaan Nifas

Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan bayi. Dan wanita yang meninggal dunia dalam keadaan nifas, ia mendapat mati syahid (H.R at Tabrani).

wanita dengan burka niqab 438

12. Orang Yang Meninggal Kerana Penyakit TB

Penyakit TB adalah salah satu penyakit kronik yang amat sukar untuk diubati. Barang siapa yang meninggal dunia kerana TB, dianggap sebagai mati syahid (H.R at-Tabrani).

13. Mati kerana Mempertahankan Harta

mati mempertahankan harta

Barang siapa yang mati kerana membela harta bendanya, maka matinya adalah syahid (H.R Bukhari & Muslim).

14. Mati Kerana Membela Diri

mati kerana mempertahankan kebenaran

Barang siapa yang terbunuh kerana mempertahankan diri, maka matinya adalah mati syahid. (H.R Ahmad & Nasa'i).

15. Orang Yang Mati Dalam Keadaan Bersiap Sedia Untuk Berperang

Setiap amalan manusia akan terputus melainkan orang yang bersiap sedia untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dibangkitkan sebagai orang yang mati syahid (H.R Muslim, Nasa'i, Abu Daud & Tarmidzi).

16. Mati ketika Sedang Beramal Sholeh

mati ketika beramal soleh

Barang siapa yang sedang membaca kalimah tayyibah & mati dalam keadaan berpuasa untuk mencari Redha Allah, maka ia akan masuk ke dalam syurga (H.R Ahmad).

17. Mati Dalam Berdakwah & Mengislamkan Orang

mati ketika berdakwah

Barang siapa yang Berdakwah dan mengislamkan orang dengan mengajak kebaikan, maka pasti dia akan masuk ke dalam syurga (H.R at-Tabrani).

Wahai saudaraku sekalian berusahalah kita untuk menjadi insan yang di wafatkan Allah dengan cara yang Husnul Khatimah (baik di penghujung), dengan bekal Iman, Amal Ibadah, Ilmu Pengetahuan serta akhlak yang mulia, Mudah-mudahan Allah akan mematikan kita dengan cara yang Husnul Khatimah, serta mendapatkan syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa. 

Wallahualam




Hakcipta iluminasi.com (2017)