Sebut sahaja nama Disney, pasti anda akan terbayang siri kartun dan taman temanya yang terkenal. Banyak rancangan di kaca televisyen terbitan Disney yang pernah kita tonton terutamanya pada zaman kanak-kanak. Namun begitu, Disney bukan sahaja menerbitkan banyak karya hiburan akan tetapi juga bakat-bakat besar yang kini menjadi selebriti terkenal Hollywood.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa artis-artis terkemuka ini asalnya hanya membintangi rancangan kanak-kanak. Berikut adalah artis-artis yang memulakan karier mereka di dunia hiburan bersama Disney.

1. Britney Spears

britney spears bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby One More Time ini tidak asing lagi dalam dunia hiburan suatu masa dahulu. Britney memulakan kariernya bersama Disney dalam rancangan The Mickey Mouse Club pada tahun 90-an. Dia juga merupakan bakat terbaik yang pernah dihasilkan Disney.

2. Lindsay Lohan

lindsay lohan bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Pernah melakonkan watar sebagai kembar yang terpisah sejak kecil dan berjumpa setelah usia remaja di dalam filemThe Parent Trap. Lindsay yang juga membintangi filem Mean Girls ini juga merupakan bintang atau artis yang digarap Disney melalui rancangan Disney Herbir : Fully Loaded.

3. Demi Lovato

demi lovato bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Penyanyi yang pernah bergandingan dengan The Jonas Brothers di dalam drama musikal Camp Rock ini juga merupakan bakat kelahiran Disney. Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Demi Lovato memulakan kariernya menerusi siri Disney Channel iaitu Sunny With A Chance.

4. Miley Cyrus

miley cyrus bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Pelakon dan penyanyi ini sudah terkenal sejak dari kecil lagi menerusi salah satu rancangan terbitan Disney iaitu Hannah Montana. Setelah meningkat remaja, dia juga pernah membintangi drama musikal yang terkenal iaitu Musical High School.

5. Hilary Duff

hilary duff bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Hilary Duff mula dikenali ramai setelah menjadi bintang atau artis utama di dalam siri Disney iaitu Lizzie McGuire yang mengisahkan tentang pahit manis kehidupan seorang remaja. Setelah meningkat dewasa, penyanyi terkenal ini juga memiliki bisnes di dalam dunia fesyen dengan melancarkan jenamanya sendiri iaitu Stuff. Bukan itu sahaja, Hilary juga merupakan seorang penulis yang berbakat dan telah menerbitkan 3 buah novel.

6. Bella Thorne

bella thorne bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Bella Thorne memulakan kariernya di Disney dan bergandingan bersama Zendaya menerusi siri Shake It Up. Kini, Bella yang berbakat besar juga merupakan seorang pelakon, penulis, penyanyi, model dan juga penari dunia hiburan Hollywood.

7. Zendaya

zendaya bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Nama penuhnya Zendaya Maree Stoermer Coleman adalah salah seorang bekas artis Disney yang membintangi siri Shake It Up. Memegang watak Rocky Blue, Zendaya berjaya menambat hati ramai anak remaja dengan bakat lakonannya.

8. Justin Timberlake

justin timberlake bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Tidak perlu lagi diperkenalkan penyanyi dan komposer hebat ini. Banyak karyanya yang dimainkan di corong-corong radio. Justin memulakan kariernya semasa muda di New Mickey Mouse Club bersama Britney Spears pada tahun 1993.

9. Ryan Gosling

ryan gosling bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Pelakon kacak dan berbakat Hollywood ini juga memulakan kariernya semasa kecil di New Mickey Mouse Club. Kemunculannya dalam siri popular Disney itu seangkatan dan sezaman dengan Justin Timberlake dan Britney Spears. Antara filem terkenal lakonan warga negara Canada ini ialah Blade Runner 2049, La La land dan The Nice Guys.

10. Keri Russell

keri russell bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Keri juga memulakan kariernya melalui siri New Mickey Mouse Club pada tahun 1993 dan sezaman juga dengan Ryan Gosling, Justin Timberlake dan Britney Spears. Aktor dan penari ini pernah membintangi filem Dark Skies dan Dawn of Planet of The Apes.

11. Zac Efron

zac efron bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Artis yang kini berbadan sasa dan menjadi pujaan ramai ini memulakan kerjayanya menerusi siri High School Musical. Setelah popularitinya melonjak naik, dia juga pernah melakonkan watak di dalam beberapa filem antaranya The Lucky One, Neighbours, Baywatch dan The Dirty Granpa.

12. Selena Gomez

selena gomez bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Penyanyi terkenal yang pernah membuat persembahan di Malaysia tidak lama dahulu ini juga memulakan kariernya bersama Disney. Debut pertamanya semasa Selena berumur 7 tahun menerusi siri kanak-kanak yang terkenal iaitu Barney & Friends. Dia juga menjadi perhatian media apabila bercinta secara 'on-and-off' dengan seorang lagi penyanyi kegilaan gadis di seluruh dunia iaitu Justin Bieber.

13. Christina Aguilera

christina aguilera bintang yang memulakan kerjaya bersama disney

Memulakan kariernya menerusi siri New Mickey Mouse Club pada tahun 1991. Christina merupakan salah seorang penyanyi terkenal setelah meninggalkan Disney dan banyak memenangi anugerah kerana bakat nyanyiannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood.

Terbuktilah bahawa Disney sememangnya telah menjadi platform penting kepada bakat-bakat besar dunia hiburan sekarang. Siapakah antara bintang Disney di atas yang pernah menjadi pujaan anda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)