Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Disney adalah sebuah produksi yang cukup terkenal di seluruh dunia dalam membawakan watak-watak animasi yang menjadi ikutan semua peringkat umur dari dahulu hingga sekarang. Dan hingga ke hari ini Disney masih mengekalkan populariti mereka, dengan watak-watak seperti Mickey Mouse, Alice in Wonderland, Cinderella dan banyak lagi.

Namun, tahukah anda siapakah individu disebalik suara-suara yang digunakan bagi menghidupkan watak-watak tersebut? Berikut adalah senarai individu yang menyumbangkan suara untuk beberapa watak utama ciptaan Disney.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Walt Disney

mickey mouse

Watak animasi yang sehingga hari ini masih lagi sinonim dengan Disney. Walt Disney sendiri yang menyumbangkan suara yang unik untuk watak Mickey Mouse selama hampir 20 tahun. Walaubagaimanapun pada tahun 1946, beliau terlalu sibuk untuk terus menyumbang suaranya - dan khabar angin mengatakan beliau yang kuat merokok tidak lagi mampu untuk mencapai 'note' yang tinggi - jadi tugas tersebut diserahkan kepada Jimmy McDonald.

2. Adriana Caselotti

snow white

Selama satu dekad Walt Disney menegaskan bahawa identiti penyanyi dan pelakon yang membekalkan suara untuk watak animasinya adalah rahsia. Beliau percaya jika penonton tahu siapa individu disebalik suara-suara tersebut, 'magisnya' akan hilang atau dirosakkan. Hasilnya, kesemua pelakon untuk filem Disney yang pertama iaitu Snow White and The Seven Dwarfs tidak diberi kredit - begitu juga untuk beberapa filem yang lain selepas itu. Peranan ini dilakukan oleh gadis Itali berumur 18 tahun, Adriana Caselotti yang telah dilatih oleh bapanya untuk menjadi penyanyi opera. Disney sendiri memilih beliau untuk tugasan tersebut dan meletakkan di bawah kontrak yang menyaksikan beliau dilarang dari melibatkan diri dalam filem-filem atau media yang lain. 

3. Lucille La Verne

evil queen dalam snow white

Lucille La Verne memiliki karier pementasan yang luas sebelum beliau dipilih untuk membekalkan suara bagi watak pemaisuri jahat dalam Snow White. Beliau juga adalah model bagi artis yang mencipta watak wanita tua yang dijelmakan oleh pemaisuri jahat untuk menipu Snow White supaya menggigit epal beracun. Beliau kemudian terus bersara dan membuka sebuah kelab malam yang berjaya dan meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1945.

4. Illene Woods

cinderella

Illene Woods memulakan karier gemilangnya dari awal, dengan rancangan radio miliknya sendiri di ABC Network pada umur hanya 14 tahun. Beliau turut membuat persembahan sebagai sebahagian daripada United Air Force Orchestra semasa Perang Dunia Kedua dan juga menyanyi untuk dua orang Presiden Amerika, Franklin D Roosevelt dan Harry S Truman. Beliau ditawarkan untuk menyumbang suara bagi watak Cinderella pada tahun 1950 oleh Walt Disney. Ketika ini Disney sudah mula memberi kredit kepada bintang suara latar berbanding merahsiakannya seperti sebelum itu.

5. Sterling Holloway

winnie the pooh

Sterling Holloway adalah pelakon yang diinginkan oleh Disney berulang-ulang kali. Sesiapa yang lahir pada separuh pertama abad ke 20  mungkin mengingatinya sebagai Uncle Oscar dalam siri TV 'The Adventures Of Superman,' namun suaranya yang paling digemari adalah sebagai karektor Winnie the Pooh, Kaa dalam Jungle Book, Mr Stork dalam Dumbo dan juga Cheshire Cat dalam Alice and Wonderland.

6. Verna Felton

jumbo dumbo

Salah seorang bintang terbaik Disney adalah komedian Verna Felton. Ketika membintangi filem Disney pertamanya sebagai Mrs Jumbo in Dumbo (atas kanan), beliau sudahpun bergelar seorang pelakon terkenal filem, televisyen dan radio. Kemudian beliau menyumbangkan pula suara untuk watak Fairy Godmother dalam Cinderella, seterusnya Queen of Hearts dalam Alice and Wonderland (bawah kanan), Flora dalam Sleeping Beauty (atas kiri), Winifred the Elephant dalam Jungle Book dan juga pemilik kucing siam yang kejam, Aunt Sarah dalam Lady and The Tramp (bawah kiri). Pada 14 Disember 1966 beliau meninggal dunia akibat strok, ketika berumur 76. Hanya beberapa jam selepas itu, Walt Disney pula yang meninggal dunia.

7. Phil Harris

balloo

Phil Harris mengharungi karier yang cemerlang dalam bidang hiburan, muncul sebagai pelakon dan komedian rancangan radio, dan juga sebagai penyanyi, pemuzik dan juga 'band leader.' Pada tahun 1967 dan 1973 beliau menyumbangkan suara untuk dua watak beruang yang hampir sama untuk Disney. Yang pertama adalah Baloo dalam Jungle Book, dan yang kedua adalah Little John dalam Robin Hood.

8. Jody Benson

the little mermaid

Jodi Benson telah menyumbangkan suara untuk banyak watak animasi Disney, termasuk Thumbelina dan Barbie dalam Toy Story. Tetapi peranan terbesarnya adalah sebagai Ariel dalam filem animasi yang sangat berjaya iaitu The Little Mermaid pada tahun 1989. 

9. Bobby Driscoll

peter pan

Pelakon termuda yang diberikan kontrak dengan Disney ialah Bobby Driscoll, membintangi suara Peter Pan pada 1953. Ganya seminggu selepas animasi ini dikeluarkan, kontrak beliau telah dimansuhkan - Disney menegaskan masalah jerawatnya yang teruk adalah penyebabnya - dan kariernya mula mengalami kejatuhan selepas itu.

10. James Earl Jones

the lion king

Suara Darth Vader dalam siri Star Wars disumbangkan oleh pelakon yang sama yang membintangi bapa kepada Simba, Musafa dalam animasi The Lion King: James Earl Jones.

11. Kathleen Turner

jessica rabbit

Pelakon Kathleen Turner menjadi fantasi kepada beribu-ribu remaja lelaki apabila beliau menyumbangkan suara bagi watak animasi Jessica Rabit

12. Kathryn Beaumont

wendy dan alice in wonderland

Pelakon kanak-kanak Kathryn Beaumont menyumbangkan suara untuk watak karakter Alice dalam Alice in Wonderland, dan watak Wendy dalam animasi klasik Peter Pan pada 1953. Dua tahun selepas ia dikeluarkan, beliau tidak meneruskan karier sebagai pelakon untuk menjadi seorang guru.

Rujukan: Voices behind Disney characters




Hakcipta iluminasi.com (2017)