12 000 tiket konsert ed sheeran di malaysia habis dalam 30 minit 1

Kredit foto: Instagram Ed Sheeran 

Keseluruhan 12,000 tiket Konsert Jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live In Kuala Lumpur 2017’ habis dijual hanya dalam masa 30 minit selepas dibuka semalam.

Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata tiket mula dijual seawal jam 10 pagi, namun laris dalam tempoh sesingkat itu.

"Lebih malang apabila tidak ada kemungkinan untuk sebuah lagi konsertnya di Malaysia," ujar Para yang dipetik daripada portal The Star Online.

12 000 tiket konsert ed sheeran di malaysia habis dalam 30 minit 2

Kredit foto: Instagram Ed Sheeran

Menerusi maklum balas peminat penyanyi kelahiran Britain itu, ada yang menunggu untuk membeli lebih awal, namun masih gagal mendapatkan tiket.

"Saya menunggu dalam barisan hampir dua jam tetapi tetap gagal untuk membeli tiket," kata Chinny Joy menerusi laman Twitter. 

Ada juga peminat yang berang kerana mendakwa ada individu yang tidak bertanggungjawab membeli tiket untuk dijual semula dengan harga yang tinggi.

"Banyak tiket sebenarnya habis dijual bukanlah kepada peminat namun kepada mereka yang mahu menjual semula tiket itu," kata Mikael.

Konsert Jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 November ini.

12 000 tiket konsert ed sheeran di malaysia habis dalam 30 minit 3

Kredit foto: Instagram Ed Sheeran


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)