Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza akui berasa terharu dengan sambutan luar biasa yang diterimanya terhadap album terbaru, SimetriSiti.

Menurut Siti, tempahan awal untuk 300 unit album itu yang dibuka di portal membeli-belah Lazada berjaya dijual dalam tempoh 20 minit selepas dilancarkan.

300 unit album terbaru datuk siti nurhaliza habis ditempah dalam 20 minit 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Banyak cabaran yang saya hadapi untuk hasilkan album ini dan saya gembira apabila mendapat tahu SimetriSiti mendapat sambutan. Alhamdulillah, untuk permulaan ini sudah 300 unit album terjual. Edisi ini sangat istimewa kerana mempunyai tanda tangan saya beserta poskad khas buat peminat. Seperti yang kita tahu, saingan terhadap pasaran digital sangat kuat oleh sebab itu saya rasa sangat terharu kerana peminat memberikan sokongan terhadap album berbentuk fizikal. Selain itu, mereka juga tidak jemu menyokong kerjaya saya.

Sumber: Astro Gempak

Siti membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran album SimetriSiti yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SimetriSiti yang mendapat kerjasama komposer terkemuka - antaranya Aubrey Suwito, Yasin Sulaiman, Opick, Habsah Hassan dan Ivan Lahardik - bakal berada di pasaran secara digital dan fizikal pada 10 Mei ini, secara serentak di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia.

Sebanyak 10 lagu dimuatkan, antara yang bakal mencuri perhatian pendengar adalah Segala Perasaan, Aku Bukan Malaikat, Manis Terindah, Bersandar Cinta, Penghiburku dan Ikrar Cinta.

300 unit album terbaru datuk siti nurhaliza habis ditempah dalam 20 minit 3

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza




Hakcipta iluminasi.com (2017)