Oleh pada 16 Jun 2019 kategori

Setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, biasanya ibu bapa akan lebih banggakan anak yang pintar berbanding yang tidak.

Ini kerana masyarakat melihat seseorang yang pintar atau memiliki IQ yang tinggi sebagai sesuatu yang hebat dan sempurna.

Namun, seperti yang disebutkan di atas, individu pintar juga mempunyai keburukan tersendiri yang mana ramai di antara kita tidak menyedarinya kerana dikaburi oleh hakikat bahawa mereka adalah pintar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kekurangan yang dimiliki oleh individu IQ tinggi.

1. Orang genius cenderung alami masalah mental

individu iq tinggi cenderung untuk mengalami masalah mental

Tak dapat dinafikan bahawa mereka yang pintar mempunyai kehidupan yang lebih sihat dan jangka hayat yang lebih panjang. Walaupun ia mungkin sudah dijangkakan, sebab-sebab untuk hal ini berlaku tidak diketahui.

Akan tetapi jika kita bercakap tentang masalah seperti mood atau gangguan kebimbangan, kajian menunjukkan bahawa golongan pintar lebih cenderung untuk mengalaminya.

Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap ahli Mensa (golongan pintar dan genius dari segi IQ), penyelidik mendapati bahawa masalah psikologi seperti kebimbangan adalah satu kelaziman bagi mereka.

Penyelidik juga mendapati bahawa golongan ini adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk mempunyai alahan persekitaran berbanding orang biasa.

Para penyelidik berteori bahawa kecerdasan otak yang tinggi juga bermakna seseorang itu memiliki badan yang "hyper", yang bertindak balas terhadap cabaran luaran dengan cara yang lebih teruk daripada biasa.

Sebagai contoh, individu pintar mungkin lebih terdedah kepada kebimbangan di tempat kerja berikutan mempunyai pemahaman yang lebih tentang tahap tekanan sesuatu situasi.

2. Orang ber-IQ tinggi cenderung menhadapi masalah bersosial

individu iq tinggi cenderung alami masalah sosial

Anda tak perlukan kajian mendalam untuk mengetahui bahawa semakin lanjut usia, semakin kurang orang di sekeliling anda yang bermakna anda tidak mempunyai kehidupan seasyik dahulu ketika masih muda.

Ini adalah sebahagian perkara yang menjadi lumrah apabila seseorang itu semakin berusia dan semua orang merasakan perkara yang sama.

Namun apa yang mengejutkan adalah individu pintar lebih cenderung untuk mengalami masalah perhubungan dalam kumpulan sosial mereka dalam tahun-tahun dewasa mereka berbanding orang biasa.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stockholm, penyelidik mendapati bahawa individu yang tersangat pintar lebih teruk dalam menyesuaikan diri apabila ia melibatkan hubungan persahabata.

Mereka juga cenderung untuk kurang berpuas hari dengan kehidupan secara amnya apabila semakin menua.

3. Orang genius cenderung untuk menyalahgunakan dadah

penyalahgunaan dadah 535

Tak perlu diperkatakan tentang hakikat bahawa penyalahgunaan dadah adalah sangat merosakkan.

Ya memang ada mereka yang boleh menyalahgunakan dadah tanpa merosakkan hidup langsung, namun kebanyakannya akan mengalami masalah yang teruk.

Anda mungkin beranggapan bahawa individu pintar lebih cenderung untuk menahan diri daripada melakukan hal ini. Namun menurut beberapa kajian muktamad, ia menunjukkan perkara yang berbeza.

Penyelidikan secara ringkasnya membuktikan bahawa orang yang sangat pintar lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan dadah berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini sangat mengejutkan para saintis.

Dan kita bukan bercakap tentang dadah rekreasi yang tidak begitu membahayakan seperti ganja, tetapi dadah berat seperti kokain dan ekstasi.

Walaupun kita masih belum pasti mengapa ini berlaku, namun sains menjelaskan bahawa ia mungkin disebabkan oleh pembaharuan terhadap dadah-dadah ini.

Kebanyakan daripada dadah-dadah ini tidak wujud dalam sebahagian besar daripada sejarah manusia dan individu pintar mungkin tertarik terhadap pengalaman baru berbanding orang lain, serta cenderung untuk beranggapan bahawa mereka mempunyai pengetahun yang lebih tentang risikonya.

4. Orang genius sukar menerima fakta yang bercanggah kepercayaannya

sir isaac newton masalah mental genius iq tinggi

Apabila kita bercakap tentang kepercayaan yang tidak rasional seperti mempercayai teori Bumi rata, kita mengandaikan bahawa orang kurang cerdik akan lebih terdedah untuk mempercayainya.

Ini tidak begitu mengejutkan kerana ia adalah apa yang berlaku di seluruh dunia.

Secara logiknya, kepintaran yang tinggi bermaksud seseorang itu kurang terdedah untuk mempercayai perkara yang tidak berlandaskan fakta dan logik.

Namun, ia tidak semestinya benar.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kebolehan kognitif yang lebih tinggi cenderung untuk tidak berganjak daripada kedudukan mereka apabila pandangan alternatif dikemukakan bersama fakta.

Dan hal ini berlaku tak kira betapa munasabah atau tidak pendirian mereka.

Sebagai contoh, orang yang lebih bijak dengan kepercayaan saintifik tertentu cenderung untuk tidak berpaling daripadanya, walaupun kepercayaan itu secara jelas terbukti tidak tepat dengan kajian yang baru diterbitkan.

5. Orang genius mudah "koyak" dan mengalami depresi

keburukan jadi genius iq tinggi

Kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik di bawah tekanan adalah sifat yang sangat bernilai di kebanyakan tempat kerja moden. Ini disebabkan dunia pada hari ini adalah sangat kompetitif.

Ia juga menjadi sesuat yang dibanggakan dalam resume anda walaupun sama ada ia benar atau tidak.

Ramai orang yang secara semulajadinya mampu memberikan prestasi yang baik walaupun di bawah tekanan teruk.

Dan menurut kajian, mereka ini tergolong daripada individu dengan tahap kecerdasan yang rendah, berbanding individu IQ tinggi.

Walaupun agak berlawanan dengan logik, kajian menunjukkan bahawa individu pintar lebih mudah untuk "koyak" apabila tertekan terutamanya apabila sasaran utama perkara yang melibatkan prestasi dan ganjaran.

Antara salah satu sebab mereka cenderung untuk cemas tentang hasil berbanding orang lain adalah kerana mereka sudah biasa melalui kehidupan yang kurang cabaran dalam fasa kehidupan sebelumnya.

Apa yang mengejutkan adalah golongan pintar mampu memberikan prestasi yang lebih baik apabila matlamat disusun semula menjadi sesuatu yang berorientasikan pembelajaran berbanding berdasarkan hasil.

Rujukan:

  1. Taylor Francis Online
  2. Atlantic
  3. Evolution News



Hakcipta iluminasi.com (2017)