Oleh pada 06 Aug 2021 kategori

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan terbesar dunia yang menghimpunkan atlet dari lebih 200 buah negara. Seperti mana yang kita sedia maklum, tidak semua sukan dipertandingkan dalam temasya yang dianjurkan setiap 4 tahun ini. Terdapat beberapa kriteria yang membolehkan sesuatu acara sukan itu disenaraikan dalam temasya Sukan Olimpik.

Apa yang pasti, populasriti sesuatu sukan itu tidak langsung menjamin sesuatu sukan itu akan dipertandingkan. Malah, kriteria populariti semata-mata tidak boleh digunapakai kerana sesuatu sukan yang popular di sesebuah negara mungkin tidak dikenali di kebanyakan negara lain. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula senarai 7 sukan yang dianggap popular tetapi tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik. Lebih menyedihkan, 2 - 3 sukan yang tergolong dalam senarai ini pernah menjadi potensi Malaysia meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. 

1. Skuasy

skuasy

Walaupun kemudahan skuasy tidak banyak di Malaysia, kita pernah mempunyai peluang cerah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik melalui Datuk Nicol David satu ketika dahulu. Skuasy telah dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Olimpik untuk edisi 2016, 2020 dan 2024 tetapi berjaya dikalahkan oleh sukan lain dalam ketiga-tiga edisi tersebut.

Terdapat banyak alasan mengapa ia tidak berjaya. Antaranya adalah bahawa gelanggang skuasy mahal untuk didirikan, peraturannya sukar difahami dan IOC melihat sukan ini tidak boleh menarik ramai penonton. Untuk sukan yang dimainkan di lebih 185 negara oleh sekitar 20 juta orang, ianya sesuatu yang mengecewakan.

2. Bowling

bowling malaysia

Bowling sebenarnya pernah muncul di Olimpik 1988 dan 1996, tetapi bukan sebagai sebahagian daripada program sukan rasmi. Ia diundang sebagai sukan demonstrasi untuk mempromosikan sukan ini ke dunia dan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Sukan Olimpik di masa depan tetapi setakat ini belum meyakinkan IOC akan potensinya. 

Walaupun bowling merupakan sukan yang popular di negara maju, satu kelemahan utama adalah bahawa akses untuk sukan ini tidak murah atau mudah bagi para belia di dunia yang kurang maju, jesterus menyukarkan mereka untuk melatih kemahiran dalam sukan ini. Tidak hairanlah sukan papan selaju dan papan luncur boleh terpilih.

3. Seni mempertahankan diri campuran

mma

Walaupun seni mempertahankan diri campuran atau mixed martial arts (MMA) sangat popular di kalangan orang dewasa muda dan diterima ramai dalam televisyen, terdapat banyak faktor yang menentang penyertaannya dalam Olimpik.

Ia masih dianggap sebagai sukan yang ganas dan berbahaya, terutama oleh organisasi yang menghendaki atlet petinju dan seni mempertahankan diri memakai penutup kepala pelindung dan peralatan keselamatan yang lain. Dengan pertarungan yang sering menyebabkan pendarahan, sukan ini dilihat bertentangan dengan nilai IOC.

4. Bola Jaring

bola jaring

Rata-rata rakyat Malaysia tahu apa itu bola jaring kerana ia antara sukan wajib untuk pelajar perempuan di peringkat sekolah lagi. Isu mengenai kemasukan bola jaring ke Olimpik ada dua. Pertama, ia hanya dimainkan di antara negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia, Malaysia dan Singapura.

Dua, ia dianggap sebagai sukan khusus wanita. Walaupun terdapat dua sukan khusus wanita dalam program Olimpik - renang seirama dan gimnastik berirama - IOC kini mahukan penyertaan yang setara antara lelaki dan wanita terutama untuk sukan yang ingin di senaraikan dalam temasya sukan ini. 

5. Kriket

kriket 930

Kriket, sukan yang berasal dari Britain, adalah sukan kedua paling banyak ditonton di dunia dengan lebih daripada 2.5 bilion peminat. Walaupun terdapat peminat yang besar, kriket bukanlah sebahagian daripada Olimpik. Kriket pernah dimasukkan dalam Sukan Olimpik moden pertama pada tahun 1896, tetapi kemudian ditarik balik penyenaraiannya kerana kekurangan peserta.

Percubaan pertama itu nampaknya gagal. Pelbagai alasan, termasuk fakta bahawa sukan ini tidak dimainkan oleh majoriti negara di seluruh dunia menghalang kriket daripada dimainkan di Olimpik lagi.

6. Catur

catur olimpik

Pada tahun 1920-an, IOC mengakui catur sebagai sejenis sukan. Ia dirancang untuk dimasukkan menjadi sebahagian daripada acara bagi Sukan Olimpik Paris 1924, tetapi akhirnya dibatalkan kerana sukar untuk membezakan antara pemain amatur dan profesional.

Persekutuan Catur Dunia sering meminta sukan ini dimasukkan ke dalam Olimpik dan memastikan organisasi itu sentiasa mematuhi peraturan IOC. Walau bagaimanapun, syarat baru IOC yang menetapkan "sukan minda" tidak boleh disenaraikan bermakna catur selama-lamanya tidak akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. 

7. Dart

dart

Walaupun sukan dart tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, ianya masih dianggap sebagai sejenis sukan dan oleh itu layak untuk dipertimbangkn untuk dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Terdapat banyak usaha oleh pelbagai organisasi rasmi untuk memasukkan sukan ini ke Olimpik, dan Jawatankuasa Olimpik mengatakan ia mungkin akan dipertimbagkan dalam Sukan Olimpik 2024.

Sebab penting sukan ini tidak dimasukkan adalah dart tidak mempunyai badan pertubuhan sukan rasmi sejak tahun 1994. Terdapat konflik antara atlet-atlet dart yang keluar daripada British Darts Organisation (BDO) membentuk World Darts Corporation (WDC) dan kemudian Professional Darts Corporation (PDC).

Kredit:

  1. Yahoo! News
  2. History UK



Hakcipta iluminasi.com (2017)