"Tiada apa yang mustahil", itulah ungkapan yang paling tepat menggambarkan kejayaan sebahagian rakyat Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Jom semak 10 pemegang rekod dunia yang datangnya dari rakyat tempatan.

1. Hotel paling besar di dunia

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 1

Sumber foto: agoda.com

Pada tahun 2006 hingga 2013, First World Hotel yang mempunyai 6118 buah bilik ketika itu telah disahkan sebagai hotel terbesar di dunia. Hotel tersebut yang merupakan sebahagian daripada Genting Hihglands Resort di Pahang disiapkan pada tahun 2005. Pada tahun 2015, First World Hotel di Genting Highlands telah dinobatkan sebagai hotel paling besar di dunia sekali lagi oleh Guinness World Records dengan jumlah bilik sebanyak 7,351.

2. Pemain skuasy wanita terhebat di dunia

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 2

Sumber foto: The Star Online

Pada tahun 2015, Datuk Nicol David yang dikenali dengan jolokan "ratu skuasy negara" telah mencipta rekod dunia baru dalam sukan skuasy dengan menandingi kedudukan sebagai "pemain skuasy nombor satu dunia" selama 106 bulan berturut-turut sejak Januari 2016. Rekod terdahulu bagi gelaran berprestij ini disandang oleh Susan Devoy pemain New Zealand iaitu untuk 105 bulan.

3. Tebuk kelapa terpantas menggunakan jari

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 3

Sumber foto: zockme.com

Master Kung Fu, Ho Eng Hui yang berumur 55 tahun dari Johor telah memecah rekodnya sendiri dengan menebuk 4 kelapa dalam masa 12.15 saat menggunakan hanya jari tengahnya pada 21 April 2011 di Milan, Itali. Beliau juga pemegang rekod terdahulu menebuk 4 kelapa dalam masa 30.81 saat di hadapan 1000 penonton di Jonker Walk, Melaka pada 21 Jun 2009. Jika anda fikir ia masih belum cukup luar biasa, setiap kelapa ditebuk olehnya sehingga menembusi kulit dan tempurung kesemua kelapa tersebut.

4. Manusia terpantas dengan bola sepak diimbangi di atas kepala

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 4

Sumber foto: usj.com.my

Pada 20 Mac 2010, Low Yee Ming yang berusia 19 tahun menjadi manusia terpantas untuk berlari sejaruh 1.6km sambil mengimbangi bola sepak di atas kepalanya. Beliau cuma memerlukan masa selama 8 minit 35 saat untuk menamatkan pencapaian berkenaan di Stadium Atletik Majlis Perbandaran Subang Jaya. Walaupun dibenarkan untuk bermula semula sekiranya hilang kawalan, Yee Ming Low menghabiskan keseluruhan larian sejauh 4 pusingan padang tersebut tanpa sebarang masalah walau sekali pun. Guiness World Record menetapkan 10 minit sebagai syarat untuk melengkapkan rekod berkenaan.

5. Juruterbang termuda terbang secara solo mengelilingi dunia dalam tempoh masa terpantas

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 5

Sumber foto: worldrecordacademy.com

Kapten James Anthony Tan yang berumur 21 tahun ketika itu merupakan juruterbang termuda untuk membuat penerbangan mengelilingi dunia secara solo pada tahun 2013, selepas beliau berjaya terbang ke 21 negara menamatkan 40,000km dalam 50 hari menggunakan pesawat Cessna 210 Eagle yang kecil dan mempunyai enjin tunggal. Beliau turut mempunyai penyakit disleksia.

6. Pukulan bulu tangkis terpantas dalam sukan badminton

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 6

Sumber foto: yonex.com

Bintang badminton negara, Tan Boon Heong telah secara tidak rasmi memecah rekod dunianya sendiri iaitu rekod kelajuan smash 421km/jam menggunakan "Yonex Arcsaber Z-Slash" di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Ianya ditewaskan dengan kelajuan baru iaitu 493km/jam. Dua rekod terdekat sebelum ini ialah 332km/jam (Fu Haifeng dari China) dan 414km/jam (Naoki Kawamae dari Jepun).  "Radar Guns and High Speed Video" telah digunakan untuk mengesahkan rekod berkenaan.

7. Selfie paling banyak diambil di dunia dalam masa sejam

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 7

Sumber foto: The Star Online

Hazwan Noor yang berusia 20 tahun merupakan pelajar Politeknik Merlimau yang memegang rekod selfie paling banyak diambil dalam masa sejam. Acara anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu diadakan bersempena sambutan kemerdekaan.

Kiraan tidak rasmi jumlah foto selfie yang berjaya diambil ialah sebanyak 656 namun hanya 613 yang diterima. Secara purata 10 selfie perlu diambil dalam seminit untuk memecahkan rekod terdahulu iaitu 421 selfie dalam masa sejam yang dipegang oleh aktres Kanada, Melinda Shankar pada tahun 2014.

8. Pembersihan dasar laut paling panjang

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 8

Sumber foto: guinnessworldrecords.com

Pada 6 sehingga 13 April 2013, Astro Kasih mencipta sejarah dengan mencipta sebuah Guinness World Record baru untuk pembersihan dasar laut terpanjang selama lebih 168 jam secara berterusan dicatat oleh seramai 140 penyelam sukarelawan. Cubaan selama 7 hari itu bermula pada 6 April di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah. Penyelam tempatan dan antarabangsa yang terlibat berjaya mengumpul sampah sarap seberat 3,171.59 kg iaitu mencecah 3 tan serpihan laut termasuk botol dan beg plastik, tali pancing, jaring, tin dan tayar. Ia turut mendedahkan jumlah pembuangan di dalam lautan negara kita iaitu hampir seberat 6,000 kg!

9. Mesin kapsul layan diri paling besar di dunia

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 9

Sumber foto: guinnessworldrecords.com

Berjaya Times Square telah berjaya memegang pencapaian rekod dengan membina mesin kapsul layan diri terbesar di dunia pada tahun 2013. Kapsul mesin layan diri tersebut dibuat dalam tempoh masa lebih 6 bulan dengan ketinggian 32 kaki 3 inci atau 9.82 meter dan berat anggaran 3,500 kg. Ia beroperasi dalam cara yang sama sebagai sebuah mesin layan diri yang bersaiz biasa dimana token dimasukkan untuk menerima kapsul. Mesin tersebut dibina bersempena sambutan ulangtahun ke-10 pusat beli belah tersebut.

10. Perarakan bot terbesar di Terengganu

10 rekod dunia yang dipegang rakyat malaysia 10

Sumber foto: astroawani.com

Pada 13 September 2015, perarakan bot secara besar-besaran melibatkan sebanyak 1,180 bot bertempat di Kemaman, Terengganu diumumkan sebagai perarakan bot terbesar di dunia. Tahun sebelum itu, mereka menyertai dengan hanya terdapat 248 bot sahaja. Ia memecahkan rekod sebelum ini di London pada tahun 2012. Perarakan tersebut merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia yang bermula di Kuala Dungun dan berakhir di Kuala Kemaman.

Rujukan:

1. tallypress.com 

2. vulcanpost.com

3. astroawani.com


tags : , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)