Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi bunyi. Dengan berevolusi, haiwan telah mengembangkan pelbagai cara untuk menerima bunyi dan menggunakannya sebagai kelebihan.

Manusia pula mempunyai keseluruhan organ khusus untuk persepsi bunyi iaitu telinga kita. Bagi sesetengah haiwan lain seperti ular, mereka menerima bunyi melalui permukaan badan mereka.

Persoalannya, adakah tumbuh-tumbuhan yang hidup juga mampu mendengar seperti manusia dan haiwan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa itu bunyi?

Bunyi adalah getaran yang bergerak melalui medium seperti udara, air atau bahan pepejal. Apabila haiwan  memintas getaran ini, organ mereka menerima, menguatkan dan menukarkannya menjadi isyarat elektrik.

dengar bunyi

Bagi manusia, organ untuk menguatkan bunyi ini dikenali sebagai osikel telinga. Ia merupakan tulang terkecil dalam tubuh manusia. Isyarat elektrik yang ditukar kemudian sampai ke otak melalui saraf pendengaran dan diproses dalam korteks pendengaran yang terdapat dalam lobus temporal otak.

Isyarat elektrik yang ditukar kemudian pergi ke otak kita melalui saraf pendengaran dan akhirnya diproses dalam korteks pendengaran yang terdapat dalam lobus temporal otak.

Frekuensi bunyi diukur dalam Hertz (Hz) manakala kekuatan bunyi pula diukur dalam bentuk desibel (dB).

Bolehkah tumbuhan mendengar?

Tumbuhan tidak mempunyai otak seperti manusia dan haiwan tetapi ini tidak menghalang mereka untuk berinteraksi dengan persekitaran sekeliling. Sebagai contoh, bunga matahari akan menghadap ke arah matahari manakala pokok semalu pula akan menutup daunnya apabila disentuh.

pokok mendengar

Jika tumbuhan memberikan respon kepada cahaya dan sentuhan, adakah mereka juga bertindak balas terhadap bunyi? Sebenarnya, banyak kajian telah dilakukan untuk persoalan ini.

Tumbuh-tumbuhan memintas bunyi dalam dua cara:

  • Getaran secara langsung: Contohnya, ulat yang sedang mengunyah daun. Tumbuhan dapat merasakan corak berirama ulat mengunyah daun.
  • Getaran bergerak: Getaran yang bergerak pada medium seperti udara atau tanah. Tumbuhan boleh merasai titisan air pada tanah atau bunyi dengungan serangga.

Kajian saintifik

Para saintis dari Universiti Missouri pernah merakamkan bunyi ulat yang sedang mengunyah daun. Mereka kemudian memainkan semula bunyi itu kepada tumbuhan Arabidopsis.

ulat makan daun

Tumbuhan yang didedahkan kepada bunyi ulat mengunyah itu telah merembeskan bahan kimia tertentu seperti glukosinolat dan antosianin yang melindungi tumbuhan daripada serangan herbivor.

Apa yang mengejutkan, tumbuhan itu hanya menghasilkan bahan kimia ini terhadap bunyi ulat mengunyah sahaja. Apabila didedahkan dengan bunyi angin atau serangga terbang, ia tidak bertindak balas seumpama itu.

Ini menunjukkan bahawa tumbuhan mengeluarkan tindak balas pertahanan sebagai reaksi terhadap bunyi serangga herbivor yang sedang memakannya.

Reaksi unik terhadap bunyi

Tumbuh-tumbuhan juga mempunyai reaksi unik terhadap bunyi yang dihasilkan serangga. Sebagai contoh, bunyi lebah. Serangga terutamanya lebah adalah penting untuk proses pendebungaan dan pembiakan tumbuhan.

tumbuhan dengar bunyi

Saintis yang memainkan bunyi dengungan lebah kepada tumbuhan Beach Evening Primrose mendapati bahawa bunga tumbuhan itu menghasilkan nektar yang lebih manis dalam masa tiga minit. Ia bagi menarik minat lebah untuk hinggap dan membawa debunganya terbang.

Ahli biologi evolusi daripada University of Western Australia pula mendapati bahawa akar tumbuhan kacang akan memanjang ke arah bunyi air di dalam tanah. Akar tumbuhan itu bertindak sebagai pengesan dan ia menggunakan kelembapan untuk mencapai kawasan yang kaya dengan air.

Para saintis membuat hipotesis bahawa tumbuhan dapat merasakan bunyi air di dalam tanah yang akhirnya mengarahkan akar ke lokasi yang tepat.

Bagaimana tumbuhan mendengar tanpa telinga?

Seperti yang disebutkan di atas, bunyi hanyalah satu bentuk getaran. Kita "mendengar" bunyi kerana bagaimana otak kita telah mengubah getaran ini kepada signal elektrik.

Bagi haiwan seperti ular yang tidak mempunyai telinga, mereka menerima bunyi dalam bentuk yang berbeza iaitu melalui getaran pada permukaan kulit seperti satu bentuk sentuhan berirama. Ia adalah hampir sama seperti tumbuh-tumbuhan.

kelawar echo

Malah, tumbuhan tertentu juga boleh memantulkan kembali bunyi kepada haiwan. Sebagai contoh, kelawar menggunakan ekolokasi (mendengar pantulan bunyi) untuk menavigasi persekitaran mereka.

Dua spesies pokok anggur yang didebungakan kelawar di Hutan Hujan Amerika Tengah mempunyai daun yang besar dan bertindak sebagai pemantul bunyi echo kelawar. Ia memudahkan kelawar mencari tumbuhan ini di kawasan hutan yang tebal.

Maka, jelaslah tumbuhan mampu mendengar dengan cara sendiri dan memberikan reaksi terhadap bunyi. Saintis kini sedang cuba memahami bagaimana mekanisma reaksi tumbuhan terhadap bunyi dan kesan pencemaran bunyi ke atas tumbuh-tumbuhan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)