Sekiranya anda seorang penggemar alam semulajadi yang suka bersiar-siar, hidung anda pasti gemarkan bau yang terhasil oleh sekeliling anda.

Bau pokok, tumbuhan, udara dan apa saja yang ada di sekitar anda mampu menyebabkan deria bau anda aktif, mampu menenangkan anda daripada keresahan dan ketegangan. Salah satu tumbuhan yang banyak penulis cukup gemarkan baunya, adalah rumput.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau demikian, rumput mempunyai dua bau yang sangat berbeza - dalam keadaan biasa, rumput mempunyai bau yang agak kering dan tidak kuat, tetapi rumput yang baru dipotong pula mempunyai bau yang agak kuat dan boleh dikatakan sedap dihidu. Mengapa wujud perbezaan itu?

Bau rumput yang unik - GLV

bahan yang membentuk glv

Bila kita terbau bau rumput yang baru dipotong, bau yang terhasil hanya dengan berada di sekitarnya agak unik serta jarang sekali berlaku di mana-mana tempat lain. Sehinggakan kita mampu mengenali bau tersebut dengan mudah.

Apa yang kita bau setiap kali berlakunya proses pemotongan rumput, adalah tindak balas kimia yang terhasil akibat daripada pelepasan bahan yang dinamakan sebagai 'green leaf volatiles' atau GLV ke udara.

GLV merupakan sebatian berasaskan karbon yang akan dibebaskan oleh rumput ke dalam atmosfera setiap kali berlakunya 'kecederaan' pada dirinya. Proses ini sebenarnya berlaku setiap masa, mungkin disebabkan oleh gangguan serangga, jangkitan atau juga berlakunya disebabkan rangsangan semulajadi.

kenapa rumput berbau pelik selepas potong

Gambar anak muda sedang potong rumput. Kredit Fazz Ahmad

Bagaimanapun, apabila berlaku dalam skalan kecil - GLV yang dirembeskan ke udara hanyalah dalam amaun rendah. Tetapi apabila satu padang rumput tercedera disebabkan oleh aktiviti memotong rumput sama ada dengan menggunakan mesin atau gunting - GLV dalam amaun tinggi dilepaskan sehingga mampu membuatkan kita menghidu GLV yang ada.

Bau rumput baru dipotong sebenarnya adalah petunjuk rumput sebenarnya sedang melalui proses pemulihan akibat kerosakan yang telah berlaku kepadanya.

GLV daripada tumbuhan sebagai proses perlindungan diri

potong rumput

Apa yang kita bau sebenarnya adalah campuran bahan hidrokarbon beroksigen, mungkin mempunyai gabungan bahan seperti metanol, etanol, acetaldehyde dan acetone yang membentuk GLV.

GLV pula bukanlah hanya dilepaskan oleh rumput yang cedera, sebaliknya semua jenis tumbuhan mampu melepaskan GLV - bukan saja akibat mengalami kerosakan, malahan untuk bermacam jenis fungsi lain.

Sebagai contoh, sejenis pokok tembakau didapati mampu melepaskan GLV apabila diganggu ulat gonggok - bagi memanggil serangga lain agar memakan ulat gonggok tersebut.

GLV juga menjadi sistem amaran kepada pokok-pokok serta tumbuhan, mampu 'memberitahu' pokok atau tumbuhan lain lebih awal yang sama spesis mereka untuk bersedia menghadapi gangguan.

fazz ahmad mesin rumput kenapa rumput berbau wangi

kredit gambar : Fazz Ahmad Young Rapper No 1

Rumput misalnya menggunakan GLV bagi menghantar isyarat kepada rumput-rumput lain yang berdekatan untuk memindahkan bahan-bahan penting bagi tumbesaran, ke bahagian akar secepat mungkin sebaik saja rumput pertama dipotong.

Sistem ini membolehkan rumput masih mempunyai khasiat secukupnya untuk tumbuh semula selepas dipotong dan tidaklah mereput, setiap kali dipotong.

Bau yang enak adalah bau trauma rumput dipotong

mesin rumput berfungsi

Perubahan kimia yang berlaku akibat sistem amaran, rawatan kecederaan dan kawalan trauma pada pokok dan tumbuhan ini, merupakan satu fenomena yang sangat unik.

Beberapa situasi lain GLV akan dilepaskan ke udara adalah apabila pokok atau tumbuhan mahu mengubati dirinya sendiri ibarat merawat luka - dengan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru, melawan jangkitan bakteria atau jangkitan kulat yang berlaku.

Kami harap artikel ini dapat memperjelaskan kepada anda mengapa rumput yang baru dipotong, mempunyai bau yang berbeza dengan rumput biasa. Bau yang anda dapat hidu, menandakan berlakunya kerosakan pada rumput tersebut dan ia sedang memberikan amaran kepada rakan-rakannya yang lain - yang mereka sedang diserang.

Hebat aturan alam ni kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)