Kemiskinan merupakan salah satu masalah utama yang cuba diatasi oleh setiap negara, khasnya apabila melibatkan negara kita.

Pelan Rancangan Malaysia yang dibentuk sejak mula telah pun menggariskan pembasmian kemiskinan sebagai salah satu cabang utama pembangunan negara, dalam memastikan agar setiap warganegara kita dapat merasai kehidupan yang lebih baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun saban tahun, didapati jurang yang ada seakan sangat sukar untuk dirapatkan khasnya apabila melibatkan kawasan-kawasan yang layak dikategorikan sebagai daerah termiskin negara kita.

Ukuran yang digunakan

encik ishak miskin

Kajian berkenaan daerah atau negeri termiskin di negara kita, setiap kali apabila dilaporkan - pasti akan menimbulkan kontroversi.

Ini kerana di kalangan ahli masyarakat kita sendiri, sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pentadbiran; enggan tempat asal mereka dikategorikan sebagai daerah termiskin Malaysia.

Walaupun begitu, kita harus menerima realiti akan wujud perbezaan antara status daerah ke daerah di seluruh Malaysia, yang akan meletakkan sesetengah daerah ke dalam kelompok ini.

Berpandukan kepada garis panduan purata median pendapatan mengikut negeri, jelas sekali negara kita telah berjaya mengurangkan peratusan kemiskinan sejak dekad 90-an dengan berkesan. Pada tahun 1999, peratusan rakyat miskin mencecah 7.5% tetapi secara konsisten menurun ke tahun dengan tahun 2016 mencatatkan hanya 0.4%.

Purata pendapatan dikalangan ahli masyarakat juga meningkat setara, namun kumpulan T20 mengalami kenaikan lebih tinggi berbanding M40 dan B40, menyebabkan wujudnya jurang pendapatan antara ahli masyarakat kita yang perlu diperbaiki.

Empat dekad perubahan mengikut negeri

rumah kategori miskin

Negeri mana yang paling berjaya membawa perubahan dalam tempoh empat dekad, memperbaiki purata pendapatan per kapita negeri masing-masing? Siapa tahu?

Di antara kesemua negeri di Malaysia termasuk WP Kuala Lumpur (kecuali Labuan) negeri paling berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk mereka adalah Terengganu.

Terengganu duduk di tangga ke 10 pada dekad 70-an sebelum mengalami peningkatan mendadak naik ke tangga ke 3 satu dekad selepasnya, sebelum menjadi negeri ketua tertinggi pada era 1990 sehingga 2000.

Kini Terengganu berada di kedudukan ke 8 selepas Putrajaya dan Labuan diambil kira. Tahniah Terengganu!

Antara negeri lain berjaya memperbaiki kedudukan ekonomi mereka adalah Pulau Pinang yang naik ke tangga ke tiga dalam tempoh 3 dekad bermula era 1970 dan juga Johor yang bermula pada tangga ke 8 dalam era 70-an.

senarai kedudukan purata pendapatan kasar ikut neger 1970 2000

WP Kuala Lumpur kekal kedudukan pertama dalam tempoh ini, sesuai dengan kedudukannya sebagai ibu negara kita.

Sabah pula menjadi negeri paling teruk jatuh, duduk di kedudukan ketiga pendapatan purata per kapita ketika dekad 1970-an sebelum turun ke tangga ke 7 dan kekal di tangga ke 12 untuk dua dekad terakhir yang telah kita lalui.

Apa yang telah berlaku di Sabah? Ada sesiapa boleh tolong jelaskan?

Daerah-daerah termiskin di Malaysia

royalti minyak kelantan isu

Dalam kenyataan awal tahun 2019, Menteri Pembangunan Luar Bandar (ketika itu) Datuk Seri Rina Harun mengumumkan senarai daerah-daerah termiskin yang berjaya dikenalpasti pihak Kementerian.

Kesemua daerah majoritinya terletak di empat buah negeri di Malaysia iaitu Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak. 7 di Kelantan, 3 di Kedah, 1 di Pahang, 5 di Sabah dan 13 di Sarawak.

Kelantan Tumpat, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Pasir Puteh
KedahYan, Sik dan Baling
Pahang(tiada maklumat)
SabahTongod, Pitas, Kota Marudu, Kudat, Beluran
SarawakPakan, Lubok Antu, Song, Kanowit, Selangau, Simunjan, Daro
Penemuan ini selari dengan hasil kaji selidik purata pendapatan per kapita mengikut negeri, apabila kesemua negeri yang kami senaraikan di atas terletak pada kedudukan paling tercorot dengan Sarawak di tangga ke 11, Sabah 12, Pahang 13, Kedah 14 dan Kelantan terakhir pada kedudukan ke 15.

purata pendapatan median ikut negeri

Menerusi kenyataan tersebut, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga mengumumkan perancangan untuk memajukan infrastruktur kesemua daerah terlibat, bagi membolehkan penduduk di sana keluar daripada perangkap kemiskinan.

Namun seperti yang kami nyatakan, kenyataan seperti ini pasti akan mengundang kontroversi daripada pihak yang terlibat.

Itulah yang berlaku selepas Pakan yang terletak di Sarawak, diisytiharkan sebagai daerah paling miskin di Malaysia. Lebih perit, Sarawak dikatakan mempunyai 7 daripada 10 daerah paling miskin di seluruh Malaysia.

Pakan - daerah paling miskin di Malaysia

jalan runtuh di pakan sarawak

Selepas Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengumumkan dapatan mereka bahawa Pakan yang terletak di Sarawak merupakan daerah paling miskin di negara kita, bantahan mula disuarakan ahli Dewan Undangan Negeri Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Bagi beliau, hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak tepat serta jauh berbeza dengan pembangunan yang dikecapi masyarakat Pakan. Menurut beliau, sebanyak 98% kediaman dan premis di Pakan kini telah menerima bekalan elektrik dan 60% telah disambungkan dengan bekalan air bersih.

lawatan kawasan pedalaman sarawak

Untuk berlaku adil, kenyataan yang dibuat Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu berdasarkan kepada kaji selidik, yang meletakkan purata pendapatan per kapita penduduk Pakan paling rendah di Malaysia, iaitu hanya pada kadar RM2,760 sebulan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing pula menyangkal ketepatan laporan yang dikeluarkan, menyifatkan apa yang dilaporkan tidak sama dengan apa yang dapat dilihat di 10 daerah di Sarawak yang dikategorikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Rujukan

HIES/BA 2019 (PDF)

Why Poor Regions Remain Poor? Evidence From Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)