Oleh pada 24 Jul 2021 kategori

Perlumbaan Kejohanan Dunia Formula 1 merupakan salah satu sukan paling popular di dunia. Sukan ini juga telah menarik banyak penaja untuk mempromosikan jenama mereka. 

Foto kredit : Motorsport

Sejak perlumbaan paling berprestij ini diperkenalkan, jumlah tajaan yang diterima pasukan bertanding juga meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya, syarikat manakah yang paling banyak melaburkan wang dalam sukan ini? Berikut adalah 10 penaja terbesar F1 dalam tempoh sedekad yang lalu sejak tahun 2010.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Claro/Telcel/Telmex - RM 921 juta

sergio perez dan esteban gutierrez

Sergio Perez dan Esteban Gutierrez

Syarikat telekomunikasi Mexico ini telah beberapa kali melakukan penjenamaan semula sepanjang dekad yang lalu. Syarikat ini telah menaja beberapa pasukan F1 kerana perjanjian penajaan mereka bersama pemandu Mexico iaitu Sergio Perez dan Esteban Gutierrez.

Sergio Perez sebelum ini pernah bersama pasukan Sauber, McLaren, Force India dan Racing Point sebelum berpindah menyertai pasukan Red Bull Racing. Manakala Esteban Gutierrez pula mewakili pasukan Mercedes sejak tahun 2018 sehingga kini.

9. Mobil 1 - RM 1 bilion

mobil 1

Mobil 1 merupakan penaja tetap pasukan McLaren selama 23 tahun tetapi ia berakhir pada penghujung musim 2017. Prestasi hambar gabungan McLaren-Honda selama dua tahun membuatkan penaja itu beralih arah kepada pasukan Red Bull.

Syarikat yang pakar dalam bidang minyak dan pelincir itu juga mengeluarkan belanja supaya jenama mereka dipamerkan di beberapa tempat utama perlumbaan.

8. Vodafone - RM 1.26 bilion

vodafone 669

Syarikat telekomunikasi Britain, Vodafone juga merupakan bekas penaja pasukan McLaren. Syarikat ini telah menamatkan tajaan mereka selama tujuh tahun bersama McLaren pada akhir musim 2013.

Secara kebetulan, pemandu Britain iaitu Lewis Hamilton juga telah meninggalkan McLaren dan menyertai Mercedes pada tahun yang sama. Vodafone masih meneruskan tajaan mereka dalam F1 dengan mengiklankan jenama mereka di sepanjang trek perlumbaan.

7. Rolex - RM 1.38 bilion

rolex

Jenama jam terkenal dunia itu tidak menaja mana-mana pasukan atau pelumba dalam F1. Namun, Rolex telah menjadi Official Timekeeper (penjaga masa rasmi) F1 sejak dari tahun 2013 lagi. Ini bermakna, jenama itu bertanggungjawab dalam segala urusan berkaitan masa.

Rolex berbelanja besar agar jenamanya dipaparkan di sepanjang litar perlumbaan F1. Rolex juga mengambil beberapa pelumba legenda F1 untuk menjadi duta jenama mereka.

6: Infiniti - RM 1.46 bilion

infiniti red bull

Setelah 10 tahun menjadi penaja Formula 1 sejak tahun 2011, Infiniti akhirnya mengumumkan tajaan mereka tamat pada penghujung musim 2020.

Syarikat pengeluar kereta itu mengiklankan jenama mereka bersama Red Bull sebelum menjadi penaja rasmi pasukan itu pada tahun berikutnya. 

5: Pirelli - RM 1.6 bilion (tidak termasuk tayar)

pirelli

Agak sukar untuk mengira jumlah keseluruhan tajaan yang dikeluarkan syarikat tayar terkenal ini. Ini disebabkan kesemua tayar yang digunakan oleh setiap pasukan dalam F1 dibekalkan oleh Pirelli.

Dari sudut kewangan pula, Pirelli telah membelanjakan sebanyak RM 1.6 bilion dalam tempoh sedekad yang lalu. Kelebihan syarikat ini adalah jenama mereka boleh dilihat pada setiap pasukan yang menggunakan tayar mereka.

4: Shell - RM 1.74 bilion

shell 794

Sepanjang sedekad yang lalu, syarikat minyak terkemuka ini telah menikmati sebahagian besar ruang pengiklanan di sepanjang trek perlumbaan F1.

Walau bagaimanapun, pasukan Ferrari adalah yang paling beruntung kerana telah menerima tajaan Shell sejak dari tahun 1924 lagi.

3. Santander - RM 2.17 bilion

santander

Santander merupakan syarikat kewangan dari Sepanyol dan penaja utama bagi pelumba Fernando Alonso. Pasukan Ferrari dan McLaren telah menerima keuntungan daripada tajaan Santander ketika Alonso menjadi pelumba mereka.

Hubungan Santander dan McLaren berakhir pada 2016 tetapi masih diteruskan oleh Santander UK yang menaja pelumba Britain iaitu Jensen Button. Manakala hubungan mereka dengan Ferrari pula berakhir pada penghujung musim 2017. 

2: Philip Morris International - RM 2.64 bilion

mission winnow

Syarikat tembakau ini merupakan penaja terbesar bagi satu pasukan F1. Setakat ini, Philip Morris International merupakan penaja paling kontroversi yang terlibat dalam F1.

Ia berikutan pengharaman pengiklanan produk berasaskan tembakau di beberapa negara tetapi syarikat itu terus menyalurkan wang mereka kepada pasukan Ferrari dengan menggunakan jenama Mission Winnow.

Malah, permainan video rasmi Formula 1 juga telah mengeluarkan jenama rokok ini daripada kereta lumba mereka.

1. Petronas - RM 3.1 bilion

petronas 470

Anda mungkin terkejut tetapi ia adalah benar. Petronas dikenali kerana hubungan rapatnya dengan pasukan Mercedes. Jumlah tajaan mereka adalah yang paling tinggi kerana tahap konsistensi tajaan mereka sepanjang dekad.

Walau bagaimanapun, Petronas juga mendapat ruang iklan paling banyak sepanjang dekad yang lalu. Selain menjadi penaja Mercedes sejak 2010, Petronas juga bertindak sebagai penaja gelaran Grand Prix Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)