Oleh pada 03 Aug 2021 kategori

Sejak pelancaran sukan Sukan Olimpik moden pada akhir tahun 1800-an, temasya sukan terbesar dunia yang dianjurkan setiap 4 tahun ini mengumpulkan pelbagai atlet dalam pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan.

Majoriti negara di dunia menyertainya (lebih dari 200 buah negara), mengumpulkan lebih daripada 10,000 atlet terbaik dunia untuk bertanding dalam lebih dari 300 acara. Maka, sudah menjadi lumrah setiap edisi penganjuran Sukan dipenuhi dengan drama suka dan duka, selain kontroversi yang mungkin timbul.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak dahulu lagi, pernah terjadi kontrorversi atau skandal besar antaranya melibatkan penggunaan dadah perangsang, mengatur perlawanan, pengadil berat sebelah, penipuan perlawanan dan banyak lagi. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi senarai 7 skandal terbesar dalam Sukan Olimpik yang pernah terjadi. 

1. Skandal doping atlet Russia

skandal doping russia

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa melakukan siasatan terhadap semua atlet Rusia yang bertanding di Olimpik Rio setelah tuduhan "doping" digunakan secara meluas, iaitu penggunaan bahan haram untuk meningkatkan prestasi sukan didedahkan.

Dalam edisi Sukan Olimpikk di Rio, hanya 271 atlet iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah asal pasukan telah diluluskan untuk bertanding. 116 atlet Rusia dilarang menyertai Sukan Olimpik tahun itu. Pasukan yang lebih kecil juga dihantar ke Sukan Musim Sejuk Pyeongchang 2018.

Akibat daripada skandal penyalahgunaan dadah ini, nama pasukan Russia, bendera dan lagu kebangsaan Rusia telah dilarang di Olimpik Tokyo 2020 oleh Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan. Sebaliknya, pasukan ini menggunakan "ROC", singkatan bagi Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Russia).

2. Skandal rasuah Salt Lake City 

    

 Salt Lake City mungkin tidak menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2002 namun terpilih kerana mereka telah merasuah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC). Kota ini telah berusaha untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Olimpik sebanyak empat kali dan gagal dan untuk mencapai impian tersebut dalam percubaan kelima, mereka memutuskan untuk merasuah anggota OIC.

Mengikut pendedahan yang dilakukan, rasuah ini dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah dengan wang, hadiah dan bahkan pelacur. Skandal ini merugikan kerjaya dan kredibiliti beberapa anggota IOC dan didapati ramai individu daripada Salt Lake City yang melakukan tindakan merasuah ini. 

Pendedahan ini juga mendedahkan bahawa memberikan rasuah kepada pegawai Olimpik bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi SLC. Siasatan terhadap dua edisi Sukan Olimpik sebelumnya juga mendapati bahawa rasuah dengan cara serupa juga berlaku.

3. Skandal Kerrigan and Harding

     

Skandal Tonya Harding dan Nancy Kerrigan yang berlaku pada tahu 1993 cukup menggemparkan satu ketika dahulu. Kedua-dua wanita ini adalah pemain skating wanita terbaik di Amerika Syarikat dan bersaing satu sama lain dalam percubaan kelayakan untuk mendapat tempat dalam pasukan Amerika Syarikat di Olimpik Lillehammer 1994.

Kemudian tragedi melanda apabila Kerrigan diserang oleh seorang lelaki dengan paip plumbum sehingga menyebabkannya cedera parah, menyebabkan slot pemilihan tersebut terpaksa diberikan kepada Harding. Rupa-rupanya, bekas suami Harding mengupah penyerang itu (Harding mungkin atau mungkin tidak membantu merancang seranga itue).

Walaupun mengalami kecederaan, Kerrigan melayakkan diri ke Olimpik, meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik 1994, kurang dari dua bulan setelah serangan itu sementara Harding berada di tangga kelapan. Harding kemudiannya dilucutkan gelaran juara kebangsaan tahun 1994 dan dilarang bertanding dalam sukan skating di Amerika Syarikat.

4. Skandal penipuan atlet berkembar

     

Kisah bagaimana Madeline dan Margaret de Jesus menipu pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984 kedengarannya seperti plot filem kanak-kanak namun ianya benar-benar terjadi. Kita mungkin pernah membayangkan sepasang kembar boleh bertukar tempat untuk mengambil peperiksaan dan seumpanya, dalam Sukan Olimpik penipuan seperti ini juga pernah terjadi.

Semasa bersaing untuk Puerto Rico dalam acara lompat jauh, Madeline de Jesus telah tercedera pada paha belakangnya. Dia dijadualkan untuk bertanding lagi enam hari kemudian untuk acara 4 × 400 dan tidak mahu ketinggalan. Oleh itu, dia membuat rancangan untuk menggunakan kakak kembarnya yang juga pelari pecut yang mahir untuk diam-diam menggantikan tempat untuk peringkat kelayakan. 

Rancangan itu berjaya dan Margaret berlari untuk menggantikan Madeline dan mencatatkan masa untuk layak ke peringkat seterusnya sehinggalah seorang wartawan mengetahuinya. Penghargaan harus diberikan kepada jurulatih Madeline apabila beliau menarik seluruh pasukan dari pertandingan untuk tidak memalukan reputasi negaranya.

5. Pengadil berat sebelah

     

Semasa Sukan Olimpik London 2012, seorang pengadil memberikan prestasi paling buruk dalam sejarah sukan tinju. Pertarungan bantamweight antara Satoshi Shimizu dari Jepun dan Magomed Abdulhamidov dari Azerbaijan nampak begitu jelas Satoshi Shimizu sepatutnya menang kerana banyak kali menjatuhkan lawannya. 

Namun, keputusan cukup mengejutkan apabiala Magomed Abdulhamidov dari Azerbaijan diberikan kemenangan dalam perlawanan itu. Satoshi telah berjaya menumbuk Magomed hingga jatuh ke lantai enam kali, satu jumlah yang sangat tinggi. Namun apabila kiraan dilakukan, pengadil tersebut seolah sengaja memperlahankan kiraan.

Malah, dalam satu keadaan pengadil juga dilihat membetulkan penutup kepala Magomed agar dia dapat sambung bertarung semula. Walaupun pengumuman Magomed sebagai pemenang cukup mengejutkan, keputusan tersebut ditarik balik apabila pasukan membuattt bantahan. Lihat video di atas anda pasti akan turut geleng kepala dengan tindakan pengadil yang jelas berat sebelah. 

6. Penganjuran Sukan Olimpik 1936 oleh Nazi

olimpik 1936 nazi

Tiga tahun setelah bermulanya era pemerintahan menakutkan Adolf Hitler sebagai diktator Jerman, negara itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas. Berlin dipilih sebagai lokasi Sukan Olimpik 1936 sebelum Hitler berkuasa dan timbul persoalan mengenai apakah dia akan meneruskan penganjuran temasya tersebut. Namun akhirnya ianya diteruskan juga.

Ramai sejarawan berpendapat bahawa Hitler melihat Sukan Olimpik sebagai peluang untuk menyebarkan propaganda dan menunjukkan kekuatan rejim Nazi di pentas antarabangsa. Pada waktu itu, Gestapo, polis rahsia Nazi Jerman, telah mengusir orang Yahudi di Jerman dan di seluruh Eropah mengakibatkan beberapa atlet Yahudi Amerika telah memboikot Sukan tersebut sebagai tunjuk perasaan.

Hitler mahu menunjukkan kehebatan bangsa Aryan dan bertindak menghalang penyertaan atlet berbangsa Yahudi dalam sesetengah acara. Malangnya, strategi Hitler tidak kesampaian apabila Jesse Owens, seorang atlet berkulit gelap Amerika Syarikat telah mencuri tumpuan dengan memenangi 4 pingat emas. 

7. Sukan Olimpik 1980 Moscow - paling banyak diboikot

boikot sukan olimpik

Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow, Russia,l mempunyai dua perkara penting kerana ianya adalah Sukan Olimpik Musim Panas pertama yang diadakan di negara komunis dan penganjuran Sukan Olimpik 1980 di Moscow ini mencatatkan jumlah boikot terbesar oleh negara peserta.

65 negara memilih untuk tidak bertanding termasuk Amerika Syarikat. Pemboikotan yang diumumkan oleh Presiden Jimmy Carter imiy dilaksanakan berdasarkan ketidaksetujuan Amerika Syarikat terhadap pencerobohan Kesatuan Soviet di Afghanistan.

Presiden Jimmy Carter malah  turut mengancam untuk membatalkan pasport mana-mana atlet Amerika Syarikat yang memilih untuk hadir dan bertanding dalam temasya tersebut. Empat tahun kemudian, Kesatuan Soviet memboikot Sukan Los Angeles 1984 sebagai tindakan balas.

Kredit:

  1. Teen Vougue
  2. Insider
  3. History UK
  4. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)