Oleh pada 17 Dec 2021 kategori

Formula 1 adalah sukan yang sangat mahal dan menguntungkan tetapi tidak sama seperti sukan lain seperti bola sepak. Bola sepak adalah sukan yang mahal kerana ia sukan terbesar yang dimainkan dan diikuti setakat ini.

Jadi, tidak hairanlah ia melibatkan wang yang banyak. Namun, Formula 1 mahal kerana sebab yang berbeza.

Sukan ini sangat eksklusif atau tertumpu dan sebahagian daripada eksklusiviti ini adalah hakikat bahawa hanya terdapat 20 pemandu sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan hanya terdapat 20 pemandu, mereka adalah antara atlet yang mendapat gaji paling tinggi di dunia.

Tetapi berapakah jumlah yang diterima pemandu Formula 1?

Terdapat tiga cara para pemandu menerima bayaran, iaitu melalui gaji, bonus dan tawaran penajaan.

Gaji adalah bayaran sekaligus (lump sump) sama ada bulanan atau tahunan bergantung kepada kontrak, yang dibayar dari pasukan terus kepada pemandu dan ini merupakan pendapatan utama majoriti pemandu F1.

berapa gaji max verstappen

Kedua adalah bonus, iaitu bayaran daripada pasukan kepada pemandu berdasarkan prestasi mereka. 

Ia datang dalam bentuk bonus kemenangan perlumbaan, bonus pemarkahan mata atau sudah tentu bonus jika anda memenangi kejuaraan.

Pada tahun 2012, Lotus berhadapan dengan pemberian bonus berisiko apabila mereka menawarkan USD60,000 (RM252,780) kepada Kimi Raikkonen bagi setiap setiap mata yang diperolehinya.

Sepanjang dua tahun kemudian, Raikkonen mendapat 390 mata termasuk 13 podium dan dua kejuaraan yang menjadikan jumlah bayaran USD23.4 juta (RM98.58 juta). Lotus hampir muflis disebabkan situasi ini.

Ini adalah salah satu contoh di mana bonus melebihi gaji tetapi ia jarang berlaku.

Sumber pendapatan terakhir pemandu F1 adalah tajaan. 

Tajaan adalah pendapatan yang berbeza daripada gaji dan bonus kerana ia tidak dibayar oleh pasukan, tetapi dibayar oleh jenama atau syarikat yang diwakili oleh pemandu.

Satu contoh terbaik adalah tajaan diterima Lewis Hamilton daripada jenama pakaian terkenal Tommy Hilfiger yang bekerja sama rapat dengannya dan sebagai balasan, Hamilton menerima wang tunai.

lewis hamilton dan tommy hilfiger

Sama seperti bonus, tajaan membentuk sebahagian kecil daripada jumlah pendapatan pemandu F1 dan sesetengah pemandu akan memperoleh lebih banyak melalui tajaan jika mereka lebih berjaya. Sebagai contoh, Lewis Hamilton vs Nicholas Latifi.

Gaji pemandu F1

Nikita Mazzapin dan Mick Schumacher yang mewakili pasukan Haas kedua-duanya menerima bayaran yang sama iaitu USD1 juta (RM4.2 juta) setahun.

Pasukan William membayar jumlah yang sama kepada George Russell dan Nicolas Latifi iaitu USD1 juta (RM4.2 juta) setahun.

Alfa Romeo yang diwakili Antonio Jovanazi juga menerima USD1 juta (RM4.2 juta), tetapi rakan sepasukannya Kimi Raikkonen menerima 10 kali ganda iaitu USD10 juta (RM42 juta) setahun. 

Pierre Gasly mewakili Scuderia AlphaTauri menerima USD5 juta (RM21.07 juta) manakala rakan sepasukannya Yuki Sonoda membawa pulang gaji terendah dalam sukan ini iaitu USD500,000 (RM2.1 juta).

Esteban Ocon mewakili Alpine menerima gaji USD5 juta (RM21.07 juta) tetapi rakan sepasukannya Fernando Alonso dibayar USD20 juta (RM84.31 juta), iaitu ketiga tertinggi dalam F1.

Ini membuktikan bahawa pengalaman sangat berharga dan dibayar gaji tinggi.

sebastian vettel

Pasukan baharu Aston Martin yang diwakili Sebastian Vettel dan Lance Stroll membayar jumlah yang agak tinggi iaitu masing-masing USD15 juta (RM63.23 juta) dan USD10 juta (RM42.15 juta).

Apa yang menarik adalah McLaren dan Ferrari membelanjakan wang yang lebih rendah berbanding Aston Martin secara keseluruhan.

Charles Leclerc menerima USD12 juta dari Ferrari manakala Carlos Sainz Jr. dibayar USD10 juta (RM42.15 juta).

Walaupun dilihatkan sebagai pemandu yang lebih bagus pada ketika ini mewakili McLaren, namun Lando Norris hanya menerima USD5 juta iaitu sepertiga daripada diterima Daniel Ricciardo iaitu USD15 juta (RM63.23 juta).

Dan bayaran paling tinggi diterima dalam F1 melibatkan pasukan dua terhebat ketika ini iaitu Red Bull dan Mercedes.

Walaupun begitu, Sergio Pérez dibayar dengan jumlah yang boleh dikatakan rendah iaitu USD8 juta (RM33.72 juta), dan ini disebabkan Red Bull membayar rakan sepasukannya Max Verstappen sebanyak USD25 juta (RM105.4 juta).

max verstappen dan lewis hamilton

Jumlah diterima juara dunia baharu Max Verstappen adalah kedua tertinggi secara keseluruhan dalam F1 dan atlet gaji tertinggi di seluruh Belanda.

Sama seperti Red Bull, Mercedes membayar Valtteri Bottas dengan jumlah yang rendah iaitu USD10 (RM42.2 juta) juta manakala rakan sepasukannya juara dunia 7 kali Lewis Hamilton sebanyak USD30 juta RM126.5 juta), tertinggi dalam F1 untuk tahun 2021.

Jika anda tertanya-tanya berapakah jumlah tertinggi yang pernah diterima pemandu F1, ia adalah sebanyak USD50 juta (RM207 juta) pada tahun 2016.

Gaji ini adalah 25 kali ganda yang diterima oleh CEO Alphabet (Google) iaitu Sundar Pichai.

Mengapa gaji pemandu F1 terlalu mahal?

lewis hamilton dan mercedes 2

Tiga sebab utama mengapa mereka menerima gaji yang sangat mahal adalah kemahiran, nilai ekonomi dan risiko.

Seperti yang kita tahu, hanya terdapat 20 pemandu F1.

Dalam kata lain, mereka adalah 20 pemandu terbaik di dunia ketika ini jadi bukanlah sesuatu yang pelik bahawa mereka ini adalah orang yang sangat berharga bagi pasukan F1 mahukan pemandu yang berbakat untuk membantu mereka mencapai kejayaan dalam sukan itu.

Jadi, nilai kemahiran yang ditawarkan oleh pemandu adalah sangat penting, sebagai contoh lihat betapa penting Lewis Hamilton kepada kejayaan Mercedes sepanjang tujuh tahun yang lalu.

Namun kemahiran bukanlah sebab paling penting pemandu F1 dibayar berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Sebab utamanya adalah nilai ekonomi pemandu F1 tersebut.

Pemandu F1 adalah entiti yang paling penting untuk sukan ini di mana mereka dilihat sebagai superstar, selebriti personaliti dan F1 tidak akan sama tanpa mereka.

Pemandu superstar antarabangsa ini menarik berjuta-juta penonton baharu yang bermaksud berjuta-juta pembeli baharu muncul.

Jadi bagi pasukan-pasukan F1, nilai ekonomi yang ditawarkan oleh pemandu kepada pasukan bermakna pemandu ini perlu diberi pampasan yang sepatutnya.

Ini boleh dikatakan punca utama pemandu seperti Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Fernando Alonso dibayar dengan begitu tinggi.

Tetapi ini hanyalah sebahagian faktor daripada pasukan F1 mampu membayar pemandu mereka berjuta-juta kerana pasukan tersebut boleh membawa masuk ratusan juta dalam masa satu tahun sahaja daripada penaja.

romain grosjean crash

Pasukan F1 mampu membayar gaji yang tinggi kepada pemandu mereka kerana pasukan-pasukan ini boleh membawa masuk ratusan juta dalam masa satu tahun sahaja daripada penaja.

Jika dibandingkan dengan siri perlumbaan GT yang lebih kecil dan pemandu mereka dibayar dengan gaji yang jauh lebih rendah. Ini kerana penajaan adalah lebih rendah.

Dan salah satu sebab mengapa pemandu F1 dibayar gaji mahal adalah kerana risiko yang mereka perlu lalui setiap kali berlumba. Walaupun F1 dilihatkan sebagai sukan yang semakin selamat sejak beberapa dekad yang lalu, namun risiko bahaya sukan ini masih ada.

Insiden melibatkan Roman Grosjean pada tahun 2020 di Bahrain adalah contoh F1 masih berisiko tinggi.

Rujukan:

1. Motor Sports Tickets

2. Racing News 365

3. Racing Pilot

4. Distractify




Hakcipta iluminasi.com (2017)