Oleh pada 04 Nov 2021 kategori

Jika anda menggemari sukan lumba kereta Formula 1, nama Kimi Raikkonen bukanlah sesuatu yang asing lagi. Pelumba yang diberi gelaran "The Iceman" ini bakal menamatkan kariernya dalam perlumbaan Formula 1 pada penghujung musim ini.

Kimi yang kini berlumba untuk pasukan Alfa Romeo Racing mempunyai rekod yang cukup memberangsangkan. Dia merupakan pelumba Finland paling berjaya dan salah seorang daripada lima pelumba yang berjaya menaiki lebih daripada 100 podium.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kimi mula menyertai perlumbaan Formula 1 sebagai pelumba Sauber-Petronas pada tahun 2001. Setelah dua dekad berkecimpung dalam sukan ini, pelumba itu mempunyai pelbagai kisah menarik.

Salah satunya ialah kisah bagaimana dia membuatkan syarikat automotif Lotus hampir muflis. Berikut adalah kisahnya.

Berehat daripada F1

Setelah berlumba untuk pasukan Sauber dan McLaren, Kimi Raikkonen telah menandatangani kontrak selama tiga tahun (2007-2009) bersama pasukan Ferrari. Setelah kontraknya tamat pada penghujung musim 2009, Kimi membuat keputusan mengejut untuk berehat daripada Formula 1.

kimi raikkonen dan fernando alonso

Kimi (kiri) dan Fernando Alonso ketika baru menyertai dunia F1

Dia nekad untuk berehat daripada Formula 1 walaupun dinobatkan sebagai atlet kedua menerima bayaran tertinggi selepas Tiger Wood. Dalam tempoh dua tahun berikutnya, Kimi tidak hanya duduk diam tetapi mencuba nasibnya dalam perlumbaan kereta rally dan NASCAR.

Kimi kemudian kembali dalam sukan perlumbaan Formula 1 dengan menandatangani kontrak baru selama dua tahun bersama pasukan Lotus pada tahun 2012.

Wartawan Finland bernama Heikki Kulta mengatakan bahawa dia pertama kali mendengar rancangan Kimi untuk membuat kemunculan semula dalam F1 adalah di German Grand Prix 2011.

Menurut Kulta lagi, ketika itu Kimi sedang berbincang dengan pasukan Williams tetapi akhirnya menandatangi perjanjian dengan pasukan Lotus.

Tidak meletakkan harapan yang besar

Ramai tahu bahawa Kimi merupakan seorang pelumba handal tetapi kebanyakannya tidak meletakkan harapan yang begitu besar kepadanya yang membuat kemunculan semula selepas dua tahun berehat.

kimi raikkonen gerard lopez

Pemilik Lotus, Gerard Lopez (kiri) bersama Kimi Raikkonen

Begitu juga dengan pasukan Lotus dan pemilik syarikat automotif itu, Gérard Lopéz. Menurut laporan Kulta, Lotus bersetuju dengan permintaan Kimi untuk membayar imbuhan tambahan sebanyak €50,000 bagi setiap mata yang diperolehinya dalam F1.

Mereka bersetuju dengan permintaan Kimi kerana tidak menyangka dia akan beraksi cemerlang. Sangkaan mereka ternyata meleset dan mereka terpaksa menanggung beban yang besar.

Ketika mewakili Lotus pada musim 2012 dan 2013, Kimi Raikkonen berjaya menaiki podium sebanyak 15 kali dan memenangi dua perlumbaan. Secara keseluruhannya, dia mengutip sebanyak 390 mata.

Bonus besar

Berdasarkan mata yang dikutip Kimi, Lotus terpaksa membayarnya imbuhan sebanyak €19.5 million (USD 22.6 juta). Bayaran itu tidak termasuk gajinya sebagai pelumba.

kimi raikkonen lotus

Berikutan pembayaran gaji dan bonus yang besar itu, Lotus gagal membayarnya dalam masa yang dijanjikan dan memberi alasan bahawa mereka mengalami masalah aliran tunai.

Malah, pihak pengurusan Lotus mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. Mereka mendakwa bahawa Kimi adalah seorang yang sudah kaya (multi-millionair) dan tidak terdesak memerlukan wang.

Keadaan antara pelumba itu dan kelabnya menjadi agak tegang sehinggalah Lotus mula membayar imbuhan itu pada penghujung musim. Menurut biografi pelumba itu "The Real Kimi Raikkonen" tulisan Kulta, Lotus masih berhutang dengan Kimi sebanyak €6 juta.

Namun, Kimi Raikkonen tidak mendesak bayaran itu kerana tidak mahu menyulitkan keadaan sehingga ada kakitangan Lotus yang terpaksa diberhentikan kerana masalah kewangan.

Kembali menyertai Ferrari

Tidak lama selepas krisis itu, kontrak Kimi bersama Lotus tamat dan pelumba itu menandatangani kontrak baharu bersama pasukan lamanya, Ferrari.

kimi raikkonen f1

Selama lima musim berikutnya bersama Ferrari, Kimi Raikkonen hanya berjaya memenangi satu perlumbaan sahaja ketika Grand Prix Amerika Syarikat pada 2018.

Dia kemudian menyertai pasukan Alfa Romeo Racing pada tahun 2019 dan menyatakan hasratnya untuk setelah tamat perlumbaan Formula 1 musim 2021.




Hakcipta iluminasi.com (2017)