Oleh pada 22 Jun 2018 kategori

5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai 2

Tiada sukan yang dapat mengumpulkan manusia di seluruh dunia untuk duduk di hadapan televisyen dan di gerai mamak sambil bersorak beramai-ramai melainkan pentas Piala Dunia.

Acara yang diadakan 4 tahun sekali ini merupakan acara sukan terbesar dunia yang disertai oleh 32 pasukan terbaik dari kesemua benua di atas bumi ini. Dan di antara pasukan-pasukan ini, pastinya ada yang sudah terpilih menjadi "favorite" untuk memenangi piala berprestij ini.

5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai

Apa yang membuatkan sesebuah pasukan negara itu dipilih sebagai favorite adalah disebabkan oleh memiliki pemain-pemain "star" yang beraksi di kelab terkemuka di liga-liga terbesar di dunia. 

iluminasi.com ingin kongsikan 5 pasukan Piala Dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai.

Nota: Pemain bintang (star player) adalah pemain yang bermain untuk 10 kelab teratas di 5 liga utama dunia iaitu Liga Perdana Inggeris, La Liga, Seria A, Bundesliga dan Ligue 1.

5. Brazil

brazil 5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai 268

Ranking dunia: 2

Antara "favorite" tahun ini, Brazil memiliki 17 pemain bintang yang beraksi pada Piala Dunia kali ini. Negara samba ini adalah negara yang paling banyak memenangi piala berprestij ini iaitu sebanyak 5 kali, iaitu pada 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. 

Antara pemain lagenda yang berasal dari Brazil termasuklah Pele, Romario, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo, Roberto Carlos dan banyak lagi. Antara pemain bintang yang beraksi pada Piala Dunia 2018 adalah:

  1. Willian - Chelsea
  2. Roberto Firmino - Liverpool
  3. Ederson - Manchester City
  4. Danilo - Manchester City
  5. Fernandinho - Manchester City
  6. Gabriel Jesus - Manchester City
  7. Thiago Silva - Paris Saint-Germain
  8. Marquinhos - Paris Saint-Germain
  9. Neymar - Paris Saint-Germain
  10. Filipe Luís - Atlético Madrid
  11. Philippe Coutinho - Barcelona
  12. Paulinho - Barcelona
  13. Marcelo - Real Madrid
  14. Casemiro - Real Madrid
  15. Miranda - Internazionale
  16. Douglas Costa - Juventus
  17. Alisson - Roma

4. Sepanyol

sepanyol 5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai

Ranking dunia: 10

Sepanyol juga antara negara yang memiliki pemain bintang paling banyak untuk kempen Piala Dunia 2018 kali ini iaitu seramai 20 orang. Sepanyol hanya pernah layak ke perlawanan akhir sekali sahaja iaitu pada tahun 2010 di Afrika Selatan dan menewaskan Belanda sekaligus menjadi juara dunia.

Untuk Piala Dunia 2018 di Rusia, daripada 20 pemain bintang ini, 14 daripadanya bermain dalam La Liga Sepanyol iaitu 6 untuk Real Madrid, 4 untuk Barcelona, 3 untuk  Atlético Madrid dan 1 untuk Valencia.

Pemain-pemain bintang tersebut adalah: 

  1. Nacho Monreal - Arsenal
  2. César Azpilicueta - Chelsea
  3. David Silva - Manchester City
  4. David de Gea - Manchester United
  5. Diego Costa - Atlético Madrid
  6. Saúl - Atlético Madrid
  7. Koke - Atlético Madrid
  8. Jordi Alba - Barcelona
  9. Sergio Busquets - Barcelona
  10. Andrés Iniesta - Barcelona
  11. Gerard Piqué - Barcelona
  12. Dani Carvajal - Real Madrid
  13. Nacho - Real Madrid
  14. Isco - Real Madrid
  15. Sergio Ramos - Real Madrid
  16. Lucas Vázquez - Real Madrid
  17. Marco Asensio - Real Madrid
  18. Rodrigo - Valencia
  19. Pepe Reina - Napoli
  20. Thiago - Bayern Munich

3. England

england 5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai

Ranking dunia: 12

England adalah antara pasukan yang paling "overrated" dalam Piala Dunia, yang mana sentiasa mempunyai pemain bintang namun gagal untuk menjulang trofi setelah 52 tahun.

Kali terakhir dan satu-satunya perlawanan akhir yang England layak adalah pada tahun 1966 di mana Three Lions menewaskan Jerman Barat dan menjadi juara.

Semenjak itu, England tidak lagi berjaya ke peringkat akhir, malah pernah tewas di peringkat kumpulan. Ini membuktikan bahawa walaupun sesebuah pasukan itu terdiri daripada pemain bintang, namun ia tidak menjamin apa-apa.

Pada Piala Dunia 2018 ini, 22 daripada 23 pemain England adalah pemain bintang, dan yang paling menarik adalah kesemua pemain ini bermain di Liga Perdana Inggeris, iaitu:

  1. Danny Welbeck - Arsenal
  2. Nick Pope - Burnley
  3. Gary Cahill - Chelsea
  4. Ruben Loftus-Cheek - Chelsea
  5. Jordan Pickford - Everton
  6. Jamie Vardy - Leicester City
  7. Harry Maguire - Leicester City
  8. Jordan Henderson - Liverpool
  9. Trent Alexander-Arnold - Liverpool
  10. Fabian Delph - Manchester City
  11. Raheem Sterling - Manchester City
  12. Kyle Walker - Manchester City
  13. John Stones - Manchester City
  14. Jesse Lingard - Manchester United
  15. Phil Jones - Manchester United
  16. Ashley Young - Manchester United
  17. Marcus Rashford - Manchester United
  18. Kieran Trippier - Tottenham Hotspur
  19. Eric Dier - Tottenham Hotspur
  20. Dele Alli - Tottenham Hotspur
  21. Harry Kane - Tottenham Hotspur
  22. Danny Rose - Tottenham Hotspur

2. Jerman

jerman 5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai

Ranking dunia: 1

Berada di tangga kedua adalah Jerman yang mana kesemua 23 pemain yang tersenarai dalam Piala Dunia 2018 dianggap sebagai pemain bintang. Pasukan yang juga juara bertahan Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina dengan jaringan 1-0 ini dikendalikan oleh Joachim Low.

Rekod Jerman dalam kempen Piala Dunia agak cemerlang apabila berada di tangga kedua negara paling banyak memenangi piala ini iaitu sebanyak 4 kali pada tahun 2014, 1990, 1974 dan 1954. Jerman juga menjadi naib juara sebanyak 4 kali iaitu pada 2002, 1986, 1982 dan 1966.

Miroslav Klose adalah penjaring terbanyak sepanjang masa dalam Piala Dunia iaitu sebanyak 16 gol dalam 24 perlawanan. Senarai pemain bintang Jerman yang bermain dalam Piala Dunia 2018 adalah:

  1. Antonio Rüdiger - Chelsea
  2. Mesut Özil - Arsenal
  3. İlkay Gündoğan - Manchester City
  4. Kevin Trapp - Paris Saint-Germain
  5. Julian Draxler - Paris Saint-Germain
  6. Marc-André ter Stegen - Barcelona
  7. Toni Kroos - Real Madrid
  8. Manuel Neuer - Bayern Munich
  9. Niklas Süle - Bayern Munich
  10. Mats Hummels - Bayern Munich
  11. Jérôme Boateng - Bayern Munich
  12. Joshua Kimmich - Bayern Munich
  13. Sebastian Rudy - Bayern Munich
  14. Thomas Müller - Bayern Munich
  15. Leon Goretzka - Schalke 04
  16. Julian Brandt - Bayer Leverkusen
  17. Timo Werner - RB Leipzig
  18. Marco Reus - Borussia Dortmund
  19. Mario Gómez - VfB Stuttgart
  20. Marvin Plattenhardt - Hertha BSC
  21. Jonas Hector - FC Köln
  22. Matthias Ginter - Borussia Mönchengladbach
  23. Sami Khedira - Juventus

1. Perancis

perancis 5 pasukan piala dunia 2018 yang memiliki pemain bintang paling ramai

Ranking dunia: 7

Perancis adalah negara yang menyertai Piala Dunia 2018 yang memiliki pemain bintang terbanyak iaitu kesemua pemain yang terpilih, sama seperti Jerman.

Namun begitu, Perancis mengatasi Jerman dalam senarai ini kerana 19 daripada pemain tersebut merupakan pemain dalam kelab yang berada di tangga 4 teratas musim 2017/2018 dalam 5 liga utama dunia.

Perancis sememangnya antara kuasa besar dunia bola sepak sejak lama dahulu dan melahirkan pemain-pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Thierry Henry, Michel Platini, Eric Cantona, Patrick Viera dan banyak lagi.

Perancis pernah memenangi Piala Dunia sebanyak satu kali iaitu pada tahun 1998 dengan menewaskan Brazil, dan menjadi finalis pada tahun 2006 yang tewas kepada Itali.

Senarai pemain bintang Perancis yang bermain dalam Piala Dunia 2018 adalah:

  1. Hugo Lloris - Tottenham Hotspur
  2. Olivier Giroud - Chelsea
  3. N'Golo Kanté - Chelsea
  4. Benjamin Mendy - Manchester City
  5. Paul Pogba - Manchester United
  6. Alphonse Areola - Paris Saint-Germain
  7. Presnel Kimpembe - Paris Saint-Germain
  8. Kylian Mbappé - Paris Saint-Germain
  9. Steve Mandanda - Marseille
  10. Adil Rami - Marseille
  11. Florian Thauvin - Marseille
  12. Nabil Fekir - Lyon
  13. Djibril Sidibé - Monaco
  14. Raphaël Varane - Real Madrid
  15. Antoine Griezmann - Atlético Madrid
  16. Lucas Hernández - Atlético Madrid
  17. Thomas Lemar - Atlético Madrid
  18. Ousmane Dembélé - Barcelona
  19. Samuel Umtiti - Barcelona
  20. Steven Nzonzi - Sevilla
  21. Benjamin Pavard - VfB Stuttgart
  22. Corentin Tolisso - Bayern Munich
  23. Blaise Matuidi - Juventus

Ekstra

Antara negara lain yang mempunyai pemain bintang paling ramai:

6. Belgium - 16 pemain

7. Croatia - 15 pemain

8. Argentina - 14 pemain

9. Switzerland - 13 pemain

10. Colombia - 11 pemain

11. Portugal - 10 pemain

11. Serbia - 10 pemain

11. Senegal - 10 pemain

12. Poland - 9 pemain

12. Denmark - 9 pemain

13. Nigeria - 7 pemain


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)