Oleh pada 01 Jan 2020 kategori

Tahap kelaparan global telah meningkat dalam 3 tahun yang lepas, dari 785 juta pada tahun 2015 kepada 822 juta pada tahun 2018.

Indeks Kelaparan Global mengkaji dihasilkan setiap tahun oleh Concern Worldwide dan Welthungerhilfe untuk mengetahui tahap kelaparan di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, skor GHI 2019 menunjukkan bahawa kelaparan global bergerak dari tahap serius ke tahap sederhana, mencerminkan kemerosotan 31% dalam kelaparan global sejak tahun 2000.

BESARKAN TEKS     A-  A+

krisis kelaparan 2019

Walau bagaimanapun, beberapa negara mempunyai tahap kelaparan yang lebih tinggi pada tahun 2019 berbanding yang dialami pada tahun 2010.

Dan walaupun tahap kelaparan global semakin menurun, 1 daripada 9 orang di seluruh dunia masih kelaparan.

Konflik, ketidaksamaan dan kesan perubahan iklim adalah penyumbang kepada tahap kelaparan yang dahsyat.  iluminasi.com kongsikan 10 negara dengan krisis kelaparan terburuk di dunia. 

10. Afghanistan

krisis kelaparan di afghanistan

Afghanistan baru-baru ini mengalami kemarau yang paling teruk dalam beberapa dekad, disebabkan oleh kesan La NiƱa (fenomena lautan).

Pada tahun 2018, ia mengalami hujan, salji, dan kekurangan hujan ais sebanyak 70% yang membawa kepada penuaian 60% kurang daripada purata 5 tahun negara.

Walaupun impak kemarau dijangka berkurang pada tahun 2019, konflik yang berterusan dengan iklim dan krisis mata pencarian bermakna terdapat hampir 5 juta orang kelaparan.

Jumlah ini merangkumi kira-kira 14% penduduk Afghanistan.

Ini termasuk 4 juta orang Afghan kekurangan makanan akibat bencana alam. Pada tahun 2019, 3.6 juta orang berada di tahap kecemasan kekurangan makanan, iaitu kenaikan 24% berbanding angka 2018.

9. Zimbabwe 

krisis kelaparan di zimbabwe

Kekurangan makanan di Zimbabwe tahun ini semakin memburuk dengan gabungan kemarau yang berterusan dan di beberapa wilayah, kesan buruk Taufan Idai.

Walaupun kemarau menyumbang kepada kegagalan sejumlah tanaman, banjir dari taufan ini telah menghanyutkan tanaman di kawasan yang terjejas.

Negara ini kini sekali berada dalam belenggu kemarau, yang menyumbang kepada kekurangan bijirin lebih dari 900,000 tan metrik dan telah membuatkan 3.6 juta orang kekurangan makanan.

PBB menganggarkan bahawa 5.5 juta atau 59% penduduk luar bandar Zimbabwe akan kekurangan makanan pada puncak "musim lapar" dari Januari hingga Mac.

Sebagai perbandingan, 59% daripada penduduk Malaysia adalah 18.7 juta.

8. Timor-Leste

krisis kelaparan di timor leste

Negara pulau kecil Timor-Leste adalah salah satu negara termiskin di Asia. Satu pertiga dari populasi 1.2 juta negara ini menderita kekurangan makanan yang kronik.

Walaupun kadar pertumbuhan terbantut kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah telah menurun dalam tempoh 10 tahun yang lalu (daripada 58% pada tahun 2009/2010 hingga 46% pada 2016), jumlah ini masih tinggi sama seperti kadar kekurangan nutrisi untuk wanita dalam usia pembiakan (15 hingga 49 tahun).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencadangkan negara ini untuk meningkatkan kesihatan dan pemakanan wanita berusia 15 hingga 49 tahun ini untuk keluar dari belenggu terbantut.

Sebagai perbandingan, satu pertiga daripada penduduk Malaysia adalah 10.5 juta orang.

7. Haiti 

krisis kelaparan di haiti

Haiti mempunyai tahap kelaparan tertinggi di Hemisfera Barat.

Negara pulau itu telah mengalami kombinasi dahsyat iaitu ketidakstabilan politik dan bencana alam termasuk kesan gempa bumi tahun 2010 dan badai Matthew tahun 2016 yang masih dirasakan.

Pada awal tahun 2019, 2.6 juta penduduk Haiti kekurangan makanan, merangkumi kira-kira 23% penduduk negara ini.

PBB menganggarkan angka itu lebih tinggi, disebabkan oleh bantuan untuk kebanyakan populasi kurang makanan itu tidak sampai ke tempat sepatutnya kerana isu-isu keselamatan.  

Sebagai perbandingan, 23% daripada penduduk Malaysia adalah 7.3 juta orang.

6. Liberia

krisis kekurangan makanan di liberia

Liberia adalah tambahan baru kepada kedudukan negara-negara yang paling lapar di dunia tahun 2019, tetapi masalah kurang makanan ini bermula ketika perang saudara 1989-2003.

Dalam tempoh dua tahun lepas, keselamatan makanan negara telah diancam ekoran hujan berterusan. K

Kira-kira 1.8 juta orang Liberia kurang nutrisi dan 2.9 juta berhadapan kekurangan makanan, iaitu lebih daripada 62% penduduk Liberia.

Dan disebabkan ini, 35.5% kanak-kanak di Liberia mengalami kesan pertumbuhan terbantut.

Masih dalam pemulihan dari kesan perang saudara dan wabak Ebola, Liberia juga berada dalam kalangan negara-negara termiskin di dunia, dan merupakan salah satu dari 41 negara yang menerima bantuan makanan asing.

Sebagai perbandingan, 62% daripada penduduk Malaysia adalah 19.6 juta orang.

5. Zambia

krisis makanan dan air di zambia

Walaupun menikmati tempoh perdamaian dan kestabilan yang panjang, perubahan iklim telah memberi kesan yang teruk kepada negara daratan Zambia, di mana kebanyakan petani bergantung kepada hujan untuk menanam tanaman mereka.

Pada tahun 2019, banyak kawasan di selatan dan barat Zambia menyaksikan hujan yang paling rendah sejak sekurang-kurangnya 1981 ketika penyimpanan rekod dimulakan di negara ini.

Sementara itu, sektor utara dan timur negara ini juga turut terjejas akibat banjir kilat dan air tersumbat.

40% daripada kanak-kanak Zambia terus mengalami pertumbuhan terbantut, angka yang kekal konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan PBB menganggarkan bahawa jumlah rakyat Zambia yang kekurangan makanan pada tahap kronik iaitu 1.7 juta orang (10.5%) akan meningkat kepada 2.3 juta menjelang Mac 2020.

Sebagai perbandingan, 10.5% daripada penduduk Malaysia adalah 3.32 juta orang.

4. Madagascar

krisis kelaparan di madagascar

Setiap tahun, Madagascar dilanda purata 1.5 taufan yang merupakan jumlah tertinggi di benua Afrika.

Pada tahun 2019, negara ini melihat kesan kedua-dua Taufan Idai pada Mac dan Taufan Kenneth pada bulan April.

Seperti kebanyakan negara yang paling lapar di dunia pada tahun ini, tempoh banjir yang melampau ini sama seperti tempoh kemarau panjang yang berlaku.

Kedua-dua ini telah menyebabkan hampir separuh daripada kesemua daerah di negara ini diklasifikasikan pada tahap kekuranga makanan kronik.

Sehingga Oktober 2019, PBB menganggarkan lebih 730,000 rakyat Madagascar menghadapi masalah kekurangan makanan, termasuk lebih dari 134,500 pada tahap kekurangan makanan kecemasan.

Angka ini mungkin kecil, tetapi ia menyumbang kepada 21% daripada keseluruhan penduduk negara ini.

Menjelang akhir tahun ini, PBB menganggarkan jumlah itu akan meningkat kepada lebih daripada 916,000 orang atau 26% daripada penduduk.

Di samping itu, lebih 188,550 kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi akut.

Sebagai perbandingan, 21% daripada penduduk Malaysia adalah 6.6 juta orang.

3. Chad

kahmissa ibrahim dan anaknya

(Khamissa Ibrahim berusia 32 tahun. Dia mempunyai 6 orang anak dan sedang mengandung 6 bulan. Sokongan keprihatinan telah memberi banyak manfaat kepada kampung Khamissa iaitu Doroti yang membuatkan terdapat pengurangan penyakit pada kanak-kanak dan orang dewasa daripada purata kebangsaan. Terdapat pengurangan kadar kekurangan zat makanan di kalangan wanita dan kanak-kanak. Gambar: Lucy Bloxham / Concern Worldwide)

Sebahagian dari rantau Sahel di Afrika Barat, Chad menghadapi kemarau berterusan dan hujan tidak menentu yang telah mencetuskan krisis di kawasan itu.

Akibat kekurangan makanan yang disebabkan oleh bencana alam ini telah menjadi semakin buruk kerana kebanjiran pelarian dari Nigeria, Sudan, dan Republik Afrika Tengah, yang semuanya memerlukan bantuan makanan kecemasan.

Hampir 3.7 (23%) juta orang Chad dilanda kelaparan, peningkatan 29% sejak tahun 2018.

Bilangan kanak-kanak menderita kekurangan zat yang teruk juga meningkat daripada 220,000 orang tahun lepas kepada 350,000 orang pada tahun 2019.

Sebagai perbandingan, 23% daripada penduduk Malaysia adalah 7.3 juta orang.

2. Yaman

krisis kelaparan di yaman

Yaman berada dalam genggaman konflik kejam yang kini berada di kedudukan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Kekurangan makanan meningkat pada tahun lepas, dengan lebih daripada 20 juta orang (71%) di seluruh negara kelaparan dan daripada jumlah itu, 10 juta orang (35%) menderita kelaparan yang melampau.

Terdapat anggaran 7.4 juta rakyat Yaman yang memerlukan rawatan kekurangan zat makanan, termasuk 2 juta kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan kronik.

Angka-angka ini telah membawa kepada PBB untuk mengisytiharkan Yaman sebagai krisis kekurangan makanan paling teruk di dunia, dan penyebab utamanya adalah konflik. 

Sebagai perbandingan, 71% daripada penduduk Malaysia adalah 22.5 juta orang.

1. Republik Afrika Tengah 

krisis kekurangan makanan di republik afrika tengah

Walaupun Yaman kini menjadi lokasi krisis kekurangan makanan terbesar di dunia, Republik Afrika Tengah kekal di tangga teratas senarai ini sebagai "negara paling lapar di dunia."

Salah satu negara termiskin di dunia, republik ini telah mengalami ketidakstabilan, keganasan etnik dan konflik sejak tahun 2012.

Isu-isu ini telah mengganggu pengeluaran makanan serta membuatkan 63% daripada jumlah penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan.

krisis kelaparan republik afrika tengah

Ini termasuk 2.1 juta orang (46% daripada penduduk) yang mengalami kekurangan makanan, peningkatan 10% dari tahun lepas.

Menurut PBB, tahap pengambilan makanan semasa di Republik Afrika Tengah adalah yang kedua paling rendah di dunia, hanya sedikit di belakang tahap yang dicatatkan pada 2016 juga oleh negara ini.

Sebagai perbandingan, 63% daripada penduduk Malaysia adalah 19.9 juta orang.


Pembaziran makanan di Malaysia

pembaziran makanan di malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang dikurniakan dengan pelbagai nikmat termasuklah tanah yang subur untuk tanaman dan cuaca yang sempurna untuk ternakan.

Namun, ramai di antara kita yang tidak bersyukur dengan kurniaan ini melakukan pembaziran makanan. 

Menurut Azrina Sobian, Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), isi rumah di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini, SETIAP HARI.

Jumlah ini adalah yang tertinggi dengan 38%, berbanding pasar basah dengan 24%, restoran dengan 23% dan hotel 7%. Penulis menyeru semua untuk tidak membazir dan juga membantu mereka yang kelaparan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa Akta Pembaziran Makanan akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan, berikutan rakyat Malaysia membuang purata 1 kilogram makanan sehari.

Rujukan:

1. Concern Worldwide

2. Kekurangan Makanan Kronik Republik Afrika Tengah

3. Food And Agriculture Organization

4. Hmetro




Hakcipta iluminasi.com (2017)