Di mana-mana sahaja di dunia yang maju hari ini, penggunaan tembakau telah menurun kerana larangan merokok di khalayak ramai semakin dikuatkuasakan. Hal ini dilihatkan berlaku terutamanya di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah sejak beberapa dekad yang lalu.

Hal yang sama berlaku di China, di mana larangan merokok awam dikuatkuasakan dengan ketat dengan denda besar. Malaysia pula baru sahaja menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di tempat makan awam.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mempunyai kajian baru yang mendakwa bahawa aktiviti merokok semakin meningkat, tetapi kali ini di negara-negara membangun.

Penemuan penyelidikan paling terkini menunjukkan bahawa daripada 1 bilion perokok di dunia hari ini, kira-kira 80% daripadanya adalah di negara-negara membangun.

iluminasi.com kongsikan 10 negara paling ramai perokok atau negara tertinggi jumlah rakyat yang menghisap rokok berdasarkan data yang oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan CIA Factbook.

10. Chile 

chile antara negara paling ramai perokok

Di Chile yang merupakan satu-satunya negara Amerika Selatan dalam senarai ini, 38% daripada golongan dewasa adalah perokok. 

Walaupun terdapat kawalan ketat ke atas penggunaan tembakau di negara ini, dianggarkan bahawa masih terdapat sekitar 131 lelaki di Chile yang mati setiap minggu disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

9. Bosnia dan Herzegovina

bosnia dan herzegovina antara negara paling ramai perokok

Data Bosnia dan Herzegovina menunjukkan bahawa 38.2% daripada orang dewasa di negara ini merokok dan para perokok di negara ini menggunakan purata 14.8 batang rokok setiap hari.

Malah, Bosnia dan Herzegovina juga mempunyai harga rokok terendah di Eropah. Beberapa statistik juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh daripada orang dewasa di negara ini merokok.

Salah satu langkah yang diambil terhadap merokok di Bosnia dan Herzegovina adalah dengan penubuhan Persidangan Kawalan Tembakau Antarabangsa.

8. Lubnan

lubnan antara negara paling ramai perokok

Di Lubnan, 38.3% daripada orang dewasa mereka merokok.

Seperti banyak negara dalam senarai ini, merokok sudah sebati dengan budaya Lubnan.

Antara penyebab mengapa tabiat merokok di Lubnan adalah antara yang tertinggi kerana ia dijual dengan harga yang murah dan sangat mudah untuk didapati.

Pada tahun 2015, negara ini melonggarkan undang-undangnya yang menghalang merokok di tempat awam.

7. Rusia

rusia antara negara paling ramai perokok

Dianggarkan sebanyak 39.1% daripada populasi di Rusia yang merokok, iaitu ke-7 tertinggi di dunia. Pengeluar rokok di Rusia tidak dikawal sehinggalah baru-baru ini.

Larangan merokok di semua tempat awam tak kira sama ada di kawasan dalam atau di luar dilaksanakan pada Jun 2014 dan penajaan tembakau bagi sebarang acara serta iklan tembakau juga dilarang.

Amaran tentang merokok juga boleh dilihat di tempat awam. Di Rusia, kadar merokok di kalangan lelaki adalah lebih tinggi berbanding kalangan wanita.

6. Indonesia

indonesia antara negara paling ramai perokok

Indonesia adalah satu-satunya negara ASEAN dalam senarai ini di mana 39.8% daripada populasinya merokok. Ini bermakna jumlah perokok di negara jiran kita adalah sekitar 106 juta orang.

Menghisap Kretek, sejenis rokok yang diperbuat daripada campuran tembakau dan bunga cengkih dianggap sebagai aktiviti budaya oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, merokok dikatakan bertanggungjawab terhadap beratus-ratus ribu kematian pramatan di Indonesia setiap tahun.

Negara ini tidak mempunyai larangan merokok di kebanyakan tempat awam.

5. Ukraine

ukraine antara negara paling ramai perokok

Populasi merokok di Ukraine adalah kira-kira 43.3% orang dewasa dan mereka merokok sekitar 15.2 batang rokok setiap hari.

Larangan merokok telah dilaksanakan di semua tempat awam di luar dan di dalam bangunan di negara ini.

Walaupun terdapat penurunan baru-baru ini dalam aktiviti merokok, terdapat 4 kali lebih banyak perokok di kalangan remaja berbanding dengan mereka yang lebih tua.

Lebih banyak perokok boleh ditemui di kawasan barat negara berbanding di kawasan timur.

4. Serbia  

serbia antara negara paling ramai perokok

Populasi perokok di Serbia adalah kira-kira 42.3%, angka yang dilihatkan sebagai sangat tinggi. Ini tidak diragui disebabkan oleh undang-undang merokok yang longgar dan kurangnya larangan merokok di tempat awam.

Statistik menunjukkan bahawa orang Serbia lebih banyak merokok berbanding kebanyakan orang Eropah.

Walau bagaimanapun, kerajaan Serbia telah mengambil langkah-langkah untuk membatasi kebiasaan itu dengan meluluskan undang-undang terhadap merokok di tempat-tempat umum baru-baru ini.

Kerajaan mengambil langkah dalam menentang dakwaan orang ramai bahawa merokok adalah sebahagian daripada kebudayaannya.

3. Greece 

greece antara negara paling ramai perokok

Greece mempunyai peratusan perokok ketiga tertinggi di dunbia iaitu pada kadar 42.4% daripada orang dewasa yang merokok.

Statistik menunjukkan bahawa ini adalah peratusan tertinggi di Kesatuan Eropah pada tahun 2010.

Walaupun dua larangan merokok di tempat awam telah dimulakan di Greece, merokok masih berleluasa dan hanya sebilangan perokok sahaja yang memberi perhatian kepada larangan itu.

2. Nauru

nauru antara negara paling ramai perokok

Nauru adalah negara pulau paling kecil di dunia dengan populasi kurang daripada 10,000 orang.

Namun, ia memiliki peratusan perokok kedua tertinggi di dunia dengan 47.5% daripada penduduknya merokok.

Di negara ini, lebih daripada separuh daripada populasi wanita adalah perokok, manakala sekitar 50% penduduk lelaki merokok.

Trend ini bertentangan norma-norma global dari segi kadar yang lebih tinggi di kalangan perokok wanita berbanding lelaki.

1. Kiribati  

kiribati antara negara paling ramai perokok

Kiribati mendahului senarai negara paling ramai perokok dengan kira-kira 52.2% populasi negara ini dikenal pasti sebagai perokok.

Di negara kecil di Pasifik selatan ini, undang-undang yang mengawal tembakau adalah longgar dan merokok tidak dilarang di banyak tempat awam.

Dikatakan bahawa dua pertiga dari populasi lelaki di Kiribati adalah perokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggelarkan penggunaan tembakau di Kiribati sebagai satu "wabak".

Rujukan:

1. Market Watch

2. Cigarette Consumption

3. Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)