"Dunia Islam" terbentang dari sejauh Afrika Barat hinggalah ke Asia Tengara.

Dengan peperangan di Iraq, Libya, Syria dan Yaman, konflik yang sedang berlangsung di Afghanistan, Semenanjung Sinai Mesir, dan keganasan di Wilayah Palestin, tentera rantau ini perlu menyesuaikan diri dengan perang konvensional dan tidak simetri dengan pantas.

Daripada senarai ini, negara yang paling banyak berbelanja untuk ketenteraan adalah Arab Saudi dan pada tahun 2017, perbelanjaan negara ini adalah ketiga tertinggi di dunia menurut Bank Dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, bajet yang besar bukanlah segala-galanya. 

Global Firepower index (GFP), yang digunakan untuk menghasilkan ranking telah melihat beberapa faktor, termasuk kualiti persenjataan, jarak peluru berpandu, latihan, pakatan, tenaga kerja, dan kekuatan industri pertahanan setempat sebagai apa yang menentukan kekuatan sesebuah angkatan.

iluminasi.com kongsikan 10 negara Islam dengan pasukan tentera paling kuat di dunia.

10. Maghribi

tentera maghribi antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 198,000Belanjawan ketenteraan: RM14.3 bilion

Angkat terbaru menunjukkan Maghribi mempunyai belanjawan pertahanan sekitar RM14.3 bilion. Jumlah populasi negara ini hampir 34 juta, dengan tenaga manusia yang ada sebanyak 17 juga dan 373,000 kakitangan tentera.

Daripada jumlah itu, seramai 198,000 adalah kakitangan aktif dan kakitangan simpanan adalah seramai 175,000 orang.

Walaupun dengan kekuatan yang agak ramai, ia amat mencabar bagi Maghribi kerana memiliki antara bajet yang paling rendah bagi negara Timur Tengah.

Tentera negara ini telah terlibat dengan wilayah Sahara Barat yang dipertikaikan serta meronda sempadannya yang panjang.

9. Syria

tentera syria antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 154,000Belanjawan ketenteraan: RM7.73 bilion

Syria mempunyai bajet kenteteraan sebanyak RM7.73 bilion, dan selepas lebih daripada 6 tahun berperang, pasukan tentera Syria adalah bayangan ketenteraan yang terdahulu.

Negara ini mempunyai populasi seramai 18.27 juta dan mempunyai tenaga manusia tersedia seramai 11.6 juta orang.

Jumlah kekuatan tentera Syria adalah 304,000 orang dan yang aktif adalah seramai 154,000. 

Tentera mereka diperkuat oleh militia Iran, tentera Rusia dan militia tempatan yang memelihara rejim Assad, selepas mengalami kerugian besar, pembelotan berleluasa dan keletihan kerana terlibat dalam begitu banyak peperangan

8. Malaysia

tentera malaysia antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 110,000Belanjawan ketenteraan: RM19.4 bilion

Walaupun Malaysia tidak pernah berperang dalam konflik konvensional sebelum ini, ia mempunyai tentera moden dengan postur strategik yang seimbang antara kekuatan tentera laut, pemodenan teknologi, dan keunggulan pasukan udara.

Sehingga tahun 2017, Malaysia mempunyai populasi seramai 31.62 juta orang, dengan tenaga manusia yang tersedia sekitar 15 juta orang. 

Jumlah kakitangan tentera adalah seramai 420,000, dengan kakitangan aktif seramai 110,000 dan 310,000 kakitangan simpanan.

Tetapi satu konflik yang melibatkan Malaysia adalah dengan China, terhadap tuntutan ke atas Laut China Selatan. 

Malaysia juga menjadi anggota Pasukan Pengaman PBB yang aktif.

Walaupun bergelut dengan keterbatasan kewangan dan ketidakstabilan mata wang, pasukan tentera Malaysia terus berkembang dan semakin moden.

Ia menghadapi cabaran memadankan aset yang tidak sesuai dengan ancaman domestik dan antarabangsa yang mereka hadapi.

7. Algeria

tentera algeria antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 520,000Belanjawan ketenteraan: RM43.8 bilion

Dari segi saiz, Algeria adalah negara Arab yang terbesar dan telah melabur secara mantap dalam tentera sejak kemerdekaan.

Tentera Kebangsaan Rakyat Algeria telah aktif sejak ditubuhkan, bermula dengan terlibat dalam perang berdarah untuk kemerdekaan, perang saudara yang mengerikan yang digelar 'The Black Decade', diikuti oleh lebih dari 2 dekad memerangi keganasan dan melindungi sempadannya yang penting.

Ia juga satu-satunya negara selain dari China yang memperoleh sistem peluru berpandu Rusia S400.

Algeria mempunyai sempadan yang menyusahkan dengan negara-negara jiran termasuk Libya dan Mali.

Ia juga  secara aktif menyokong Front Polisario, yang mana sedang cuba mendapatkan kemerdekaan Sahara Barat dari Morocco.

6. Arab Saudi

tentera arab saudi antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 637,000Belanjawan ketenteraan: RM28.9 bilion

Tentera Arab Saudi dikatakan sebagai tentera terbaik di rantaunya.

Dalam beberapa tahun yang lalu, ia telah bertempur dalam perang berdarah di Yaman sebagai ketua gabungan bersekutu.

Ketika Yaman menjadi saksi terhadap kekuatan tenteranya, perang yang berpanjangan itu telah menarik perhatian antarabangsa terhadap jumlah nyawa yang terbunuh dan pejuang kemanusiaan bimbangkan masalah kelaparan serta penyakit di negara yang dilanda perang.

5. Pakistan

tentera pakistan antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 637,000Belanjawan ketenteraan: RM28.9 bilion

Tentera Pakistan adalah sangat kuat, dengan tradisi tentera yang sangat panjang.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah memanfaatkan penglibatan yang lebih kuat dengan Arab Saudi dan China untuk memodenkan tenteranya, dengan pertukaran teknologi tentera berat dan pembangunan senjata.

Dari segi operasi, Pakistan mempunyai salah satu tentera terbesar di rantau ini, dengan doktrin senjata gabungan yang kuat disokong oleh perkhidmatan perisikan yang mantap dan kemahuan konsisten untuk membangunkan kapasiti industri pertahanan serta mengeluarkan senjata api moden dan peluru.

Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa negara di dunia yang mempunyai keupayaan nuklear.

Persatuan Kawalan Senjata menyatakan bahawa Pakistan mempunyai peledak nuklear sebanyak 140 unit dan tersenarai sebagai negara dengan senjata nuklear ke-6 terbesar di dunia. 

4. Indonesia

tentera indonesia antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 975,750Belanjawan ketenteraan: RM28.5 bilion

Dengan Indonesia bakal menjadi ekonomi ke-4 terbesar di dunia menjelang 2050, tenteranya terus berkembang pesat.

Dari segi kekuatan anggota, Indonesia adalah yang paling kuat dalam senarai ini.

Selain daripada kakitangan tugasnya yang aktif, negara ini mempunyai 281,000 anggota para tentera tambahan.

Tenaga kerja, ekonomi dan pengaruh politik dimiliki Indonesia cukup untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan dalaman, kerana ia mengejar strategi pelbagaian tentera yang agresif.

Baru-baru ini, ia menggunakan strategi Anti-Access / Area-Denial (A2 / AD), menjadikannya lebih kuat berbanding jirannya, sementara ia mensasarkan 274 kapal tentera laut, 10 skuadron pejuang, dan 12 kapal selam.

Keupayaan yang dimodenkan Indonesia mungkin menjadi pendahulu kepada cita-cita serantau yang lebih besar pada masa hadapan.

3. Iran

tentera iran antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 534,000Belanjawan ketenteraan: RM57.9 bilion

Iran mempunyai lebih ramai anggota ketenteraan berbanding negara lain di Timur Tengah, dengan tambahan 125,000 dalam Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), serta militia serantau lain yang berasal dari negara-negara yang berbeza.

Ia juga berjaya menguruskan militia yang besar dengan berkesan sambil bekerjasama dengan mereka ke atas postur tentera keseluruhannya melalui pegawai dan kepimpinan yang diuji.

Beberapa tahun yang lalu, Iran telah membangunkan industri pertahanan negara yang penting dan membuat kemajuan besar ke arah menjadi negara nuklear.

Angkatan bersenjata Irang juga dilihat terutamanya kuat dalam peperangan asimetris. Iran telah menyediakan sokongan teknikal dan ketenteraan yang luas kepada rejim Assad di Syria dan Houthis di Yaman.

2. Mesir

tentera mesir antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 438,500Belanjawan ketenteraan: RM11.2 bilion

Dengan munculnya Presiden Abdel Fatah el Sisi, tentera Mesir telah diberikan pemerintahan secara bebas untuk mengembangkan dan menanamkan dirinya dalam hampir setiap aspek masyarakat Mesir.

Ia juga diberikan kebebasan ke atas anggaran pertahanan yang lebih besar, pengecualian cukai dan kontrak swasta yang menguntungkan.

Tentera Mesir telah membuat kemajuan besar dalam memodenkan tenteranya sejak Abdel Fatah mengambil kuasa, dengan perolehan secara beransur-ansur dari segi senjata terkini dan merombak rantai bekalan serta perhatian yang diberikan kepada angkatan lautnya.

Mesir masih berjuang untuk menangani pemberontakan di Semenanjung Sinai selama beberapa tahun.

1. Turki

tentera turki antara yang paling kuat dalam dunia islam

Anggota aktif: 355,800Belanjawan ketenteraan: RM42.2 bilion

Angkatan bersenjata Turki telah berada pada kedudukan yang aktif selama beberapa tahun.

Di samping kehadirannya yang penting di Syria, Turki telah membangunkan sebuah industri pertahanan yang kuat, pembuatan pesawat bersenjata yang berautonomi, peluru berpandu pelayaran yang canggih, kereta kebal tempur asli yang canggih, dan helikopter serangan yang hebat.

Ia bukan sahaja merupakan pasukan ketenteraan terkuat dalam dunia Islam dan Timur Tengah, tetapi juga menduduki tempat ke-9 di seluruh dunia oleh Indeks Firepower Global, satu kedudukan di atas Jerman.

Turki juga telah mendirikan pangkalan operasi besar di Qatar dan Somalia, memperluas jangkauan geopolitik dan memaksimumkan kapasiti unjuran.

Rujukan:

1. TRT World

2. Eurasian Times

3. 5 Pillars UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)