Untuk berabad lamanya, kapal perang menjadi simbol kekuatan ketenteraan sesebuah negara itu. Air adalah medan perang kedua tertua di dunia. Tentera laut atau angkatan laut adalah cabang daripada angkatan bersenjata negara yang membantu dalam menjaga negara dari ancaman luar melalui air.

Dan dalam memperkuatkan angkatan tentera laut, negara-negara telah mengukuhkuan pemilikan kapal perang, kapal pemusnah, kapal frigat, kapal selam dan banyak lagi. Malah, dengan teknologi yang semakin canggih, kebanyakan daripada kapal selam kini dilengkapi dengan peluru berpandu dan senjata nuklear.

BESARKAN TEKS     A-  A+

angkatan tentera laut paling kuat di dunia

Selain itu, jumlah tentera juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah angkatan tentera laut itu berkuasa atau tidak. iluminasi.com ingin kongsikan 5 angkatan tentera laut paling berkuasa di dunia pada ketika ini.

5. Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun

angkatan pertahanan diri maritim jepun angkatan tentera laut paling kuat di dunia 2

Kekuatan: 50,000+
Unit kapal: 150+
Unit pesawat: 340+

Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) adalah satu pasukan tentera laut yang paling canggih dan sofisikated di dunia. Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara yang berinovasi dengan citarasa canggih dan rumit.

Oleh kerana ancaman yang semaking meningkat daripada Tentera Laut China, JMSDF membina senjata perang yang sangat berbahaya.

angkatan pertahanan diri maritim jepun angkatan tentera laut paling kuat di dunia

Ia memperluasakan keupayaan angkatan lautnya termasuklah kapal pemusnah, kapal frigat, kapal selam dan kapal peronda. 

Pengangkut helikopter berkelas Izumo adalah salah satu pengangkut tentera laut Jepun yang paling kuat dan besar. Memandangkan negara ini dikelilingi oleh lautan, Jepun telah membina armada angkatan laut yang besar untuk menangani ancaman dari semua arah. 

4. Tentera Laut India 

tentera laut india angkatan tentera laut paling kuat di dunia 2

Kekuatan: 55,000+
Unit kapal: 290+
Unit pesawat: 250+

Tentera Laut India adalah angkatan tentera Angkatan Bersenjata India atau Indian Armed Forces. Tentera Laut India telah menyaksikan peningkatan pantas dan pemodenan peralatan yang semakin menua serta sistem peperangan.

Tentera laut-biru ini pada hari ini cukup kuat untuk menyerang mana-mana sasaran dalam lingkungan kawasan di Asia Selatan. Peluru berpandu seperti Dhanus untuk kapal dan peluru berpandu balistik (SLBM) pada kapal selam K-15 Sagarika disepadukan dalam angkatan laut. 

Armada Tentera Laut India di antara yang paling besar dan ke-4 yang paling berkuasa di dunia.

3. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China

people liberation army navy china angkatan tentera laut paling kuat di dunia

Kekuatan: 250,000+
Unit kapal: 480+
Unit pesawat: 700+

Dengan kedudukan ke-3 tentera laut paling berkuasa di dunia, Tentera Laut China (People Liberation Army Navy - PLA) hampir-hampir dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mengatasi Tentera Laut Rusia di tangga kedua.

people liberation army navy china angkatan tentera laut paling kuat di dunia 2

Ia merupakan tentera laut dengan kekuatan kedua terbesar di dunia selepas Tentera Laut Amerika Syarikat. Angkatan tentera ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan berkembang dengan pesatnya selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. 

Ketika tahun 1970 dan 1980an, PLA mula mengambangkan kapal selam penyerang nuklear (SSN) dan kapal selam berkuasakan peluru berpandu (SSBN). Pada ulangtahun ke-60 angkatan tentera ini, 52 hingga 56 unit kapal dipertontonkan berlayar di Qingdao termasuk kapal selam nuklear yang sebelum ini tidak pernah dilihat.

Tentera ini juga dibantu oleh satelit yang maju dan terkini untuk membantu pengawasan laut. Mereka juga mempunyai kapal selam canggih yang tidak diketahui oleh dunia luar dan tersembunyi dari satelit pengintip.

2. Tentera Laut Rusia

tentera laut rusia angkatan tentera laut paling kuat di dunia

Kekuatan: 130,000+
Kapal: 270+
Pesawat: 350+

Tentera Laut Rusia adalah pasukan maritim ke-2 paling kuat di dunia. Tentera Laut Soviet yang kuat ini jatuh selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Tentera laut ini mengambil masa yang lama untuk kembali kuat selepas kejatuhan ini.

tentera laut rusia angkatan tentera laut paling kuat di dunia 2

Di bawah pimpinan Vladimir Putin, Tentera Laut Rusia kembali berkuasa dan menjadi semakin kuat. Beberapa sumber dan analisis mengatakan keupayaan tentera laut Rusia semakin merudum dengan keruntuhan yang tidak dapat dipulihkan.

Namun, tentera laut Rusia kini dikuasakakan dengan kapal selam berkuasa nuklear terbaru, kapal pemusnah, kapal perang, kapal frigat dan kapal pembawa pesawat.

1. Tentera Laut Amerika Syarikat

tentera laut amerika syarikat angkatan tentera laut paling kuat di dunia

Kekuatan: 300,000+
Kapal: 430+
Pesawat: 3700+

Ketika ini, Tentera Laut Amerika Syarikat dianggap tentera laut paling berkuasa dan berkebolehan di atas muka bumi ini. Ia juga merupakan tentera laut terbesar di dunia, dengan jumlah armada kapal laut paling banyak.

Tentera Laut Amerika syarikat mempunyai kekuatan serangan balas, melebihi jumlah gabungan milik Rusia dan China. Tentera AS juga mampu menyerang mana-mana sasaran di dunia menggunakan Peluru Berpandu Antara Benua.

tentera laut amerika syarikat angkatan tentera laut paling kuat di dunia 2

tentera laut amerika syarikat angkatan tentera laut paling kuat di dunia 3

Kekuatan tentera laut AS meningkat di bawah program pembinaan kapal yang dikaitkan dengan Akta Angkatan Laut 1916. Selepas Perang Dunia Ke-2, Angkatan Laut Amerika Syarikat menjadi semakin berkembang dan kuat.

Mereka juga menggunakan teknologi terkini dan canggih dalam sistem marinnya, yang tidak diketahui oleh negara luar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)