Apabila bercakap tentang tentera yang paling kuat di Asia, boleh dikatakan ia diterajui oleh 4 negara kuat iaitu Rusia (secara teknikalnya Eurasia), China, Jepun dan India.
Mengikuti rapat di belakang adalah Turki (juga Eurasia) dan Korea Selatan.
Namun jika dilihatkan kepada indeks kekuatan ketenteraan, negara-negara seperti Pakistan, Vietnam, Korea Utara, Taiwan, Indonesia dan Thailand juga mempunyai pasukan yang kuat.
BESARKAN TEKS A- A+
Jika ada yang kuat, sudah tentu ada yang lemah. Jumlah anggota tentera yang dimiliki oleh Malaysia adalah sekitar 153,000 orang. Walaupun tidak terlalu banyak, namun kita bukanlah antara yang terlemah di Asia.
iluminasi.com kongsikan 10 negara Asia yang memiliki pasukan tentera paling lemah.
10. Sri Lanka
Dengan jumlah tentera seramai 300,000 orang, masalah Sri Lanka sudah tentu bukan dari segi kekuatan anggota tetapi kekurangan peralatan.
Malah, Global Security memberitahu bahawa sehingga ke hari ini, Sri Lanka tidak mempunyai industri ketenteraan.
Sejak beberapa dekad yang terbaru, negara ini sibuk memrangi kumpulan militan Tamil.
Nama tentera Sri Lanka tercemar apabila dituduh melakukan jenayah perang terhadap kumpulan yanh dikenali sebagai Harimau Tamil.
Dari segi kelengkapan dan peralatan, mereka memiliki beberapa unit kereta kebal lama dari Rusia dan China.
Aset udara yang terbaik adalah pesawat pejuang pelbagai fungsi yang semakin ketinggalan zaman, iaitu IAI Kfir buatan Israel.
Tiada angkatan laut dimiliki Sri Lanka namun negara ini memiliki banyak koleksi bot peronda.
Anggaran ketenteraan adalah sebanyak RM7.2 bilion pada tahun 2017 dan ditambah kepada RM7.6 bilion pada tahun 2018
9. Qatar
Pasti anda hairan mengapa Qatar yang merupakan antara 5 negara terkaya di dunia, juga tersenarai di sini dalam ini?
Ini tidak lain disumbangkan oleh hakikat bahawa jumlah pasukan tentera ini tersangat kecil, iaitu seramai 12,000 orang sahaja.
Tak banyak yang boleh dilakukan dengan jumlah tentera sekecil ini.
Dengan belanjawan hampir RM5 bilion, Qatar sibuk menambahkan senjata baru.
Antara salah satu yang terbaik adalah pesawat Dassault Rafale buatan Perancis.
Mereka juga menempah armada pesawat F-15E dan Eurofighter Typhoon yang dilihatkan akan memperkuatkan bahagian udara tentera ini.
Namun, dengan ankatan laut yang lemah dan kekurangan kekuatan di darat, Qatar digambarkan seperti hartawan yang memiliki banyak kereta mahal tetapi tidak tahu bagaimana untuk memandu.
8. Bahrain
Belanjawan pertahanan Bahrain untuk 2017 adalah kira-kira RM5.74 bilion.
Dari segi import pertahanan, ia bernilai RM120 juta pada tahun 2015 sahaja, tetapi meningkat kepada RM400 juta setahun kemudian.
Ini adalah kerana keganasan domestik di Timur Tengah.
Wang itu kebanyakannya dibelanjakan untuk peluru berpandu dan penyelenggaraan F-16 sebanyak 17 unit.
Ia juga mempunyai kereta kebal tempur utama 180 M60 Patton, tetapi senjata ini yang dibuat oleh Amerika Syarikat adalah tersangat tua.
Tentera laut Bahrian agak kecil dan boleh dikatakan antara yang paling lemah dengan hanya satu kapal frigat serta beberapa kapal rondaan.
Jumlah kakitangan seramai 47,000 memasukkan Bahrain ke dalam antara pasukan tentera paling lemah di Asia.
7. Lubnan
Tentera Lubnan terdiri daripada kira-kira 116,000 anggota.
Sukar untuk mengatakan berapa banyak belanjawan ketenteraan mereka kerana banyak bantuan asing dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Arab Saudi.
Namun, ia dikatakan bernilai RM12 bilion pada tahun 2012, dan kemudian dibekukan.
Namun, negara ini masih mempunyai koleksi meriam tanah yang besar, kebanyakannya mesin buatan Amerika Syarikat yang agak lama.
Angkatan udara Lubnan agak lemah, tetapi mungkin lebih baik daripada beberapa angkatan udara dalam senarai ini.
Ia juga mendapat sumbangan seperti 2 unit A-29 Super Tucanos yang didermakan oleh Amerika Syarikat.
Selain beberapa kenderaan peronda, tidak ada apa-apa yang dimiliki Lubnan dari segi kekuatan laut.
6. Kemboja
Kemboja adalah sebuah negara yang telah berhadapan dengan cubaan dan kesusahan selama beberapa dekad yang lalu.
Walaupun ekonomi negara ini semakin baik dan melalui pemodenan yang cepat, namun pasukan tentera mereka masih ketinggalan.
Namun, bilangan tentera aktif dan simpanannya berjumlah 195,000 orang.
Perdana Menteri Hun Sen telah menjanjikan kemasukan senjata ke negara ini dan bajet untuk 2018 dikatakan bernilai RM2.22 bilion.
Dari segi senjata, pasukan tentera Kemboja tidak memiliki begitu banyak dengan tiada pesawat tempur, tiada angkatan laut, melainkan kereta kebal lama dan beberapa meriam.
5. Nepal
Belanjawan pertahanan Nepal untuk 2017 adalah sekitar RM1.47 bilion, dengan 157,000 orang kakitangan dalam tentera kecilnya.
Negara ini tidak mempunyai pesawat mahal untuk dibanggakan dan hanya beberapa helikopter serta pesawat pengangkutan.
Walaupun Nepal mempunyai koleksi kenderaan tempur berperisai yang besar, kebanyakan daripadanya boleh dikatakan harus berada di muzium.
Tiada angkatan laut Nepal yang wujud dan tanpa akses kepada badan air atau lautan, mereka sememangnya tidak memerlukan angkatan laut.
4. Kyrgyzstan
Belanjawan pertahanan Kyrgyzstan untuk 2017 adalah kira-kira RM984 juta.
Tentera Kyrgyzstan adalah sangat kecil dari segi kekuatan kakitangan, dengan hanya 25,000 orang termasuk rizab.
Tentera Kyrgyzstan kebanyakannya terdiri daripada apa yang tersisa, yang mana ia merupakan adalah bekas sebahagian daripada Kesatuan Soviet.
Kyrgyzstan mempunyai sekitar 150 kereta kebal pertempuran utama, semuanya terdiri daripada Soviet T-72.
Tetapi dengan memiliki kenderaan berperisai yang cukup banyak dan meriam, tentera Kyrgyzstan mampu memberikan tentangan yang agak hebat.
Namun, angkatan udara mereka hampir tidak wujud, dengan hanya terdiri daripada beberapa helikopter.
Malah, Kyrgyzstan langsung tidak mempunyai angkatan laut.
Hubungannya yang rapat dengan kedua-dua negara terkuat di Asia iaitu Rusia dan China, Kyrgyzstan tidak memerlukan pasukan pejuang yang besar.
3. Tajikistan
Dengan hanya 15,000 anggota tentera, Tajikistan adalah salah satu negara dengan kekuatan tentera terkecil dalam senarai ini.
Malah mereka yang mendaftar selama bertahun-tahun dikenalpasti sebagai tidak terurus atau hanya mendaftar untuk suka-suka.
Terdapat laporan tentera yang dipukul sehingga mati dan kes bunuh diri dalam kalangan tentera. Ya, tentera Tajikistan sangat teruk dan kacau bilaiu.
Anggaran ketenteraan sebanyak RM300 juta juga tidak banyak membantu.
Di udara, Tajikistan memiliki beberapa unit helikopter dan air pula mereka anda tidak mempunyai apa-apa.
Tidak ada perkara yang positif boleh diperkatakan tentang pasukan tentera ini.
2. Laos
Salah satu negara yang paling banyak dibom dalam sejarah terutamanya oleh Amerika Syarikat yang menjatuhkan lebih 2 juta bom di negara ini pada tahun 1960-an dan 1970-an, Laos sering kali menjadi mangsa perang orang lain.
Tentera negara ini mempunyai 130,000 kakitangan dan bajet untuk 2017 hanya RM76 juta orang.
Menurut CIA, tentera Laos adalah sangat lemah. Kebanyakan artileri mereka adalah sangat tua dan berasal dari Rusia.
Manakala kedua-dua angkatan laut dan angkatan udara tidak mempunyai sebarang mesin pertempuran.
1. Bhutan
Bhutan juga merupakan salah sebuah negara yang tidak banyak memberi penekanan pada pasukan tenteranya dan mempunyai jumlah kekuatan tentera yang jauh lebih sedikit daripada Laos iaitu sekitar 15,000 orang secara keseluruhan.
Negara ini bukan sahaja tidak mempunyai senjata canggih, tetapi juga tidak mempunyai senjata lama di bahagian darat kecuali segelintir kenderaan berperisai yang sangat tua.
Angkatan udaranya terdiri daripada beberapa helikopter dan beberapa pesawat pengangkutan. Lebih menyedihkan, Bhutan tidak ada angkatan laut.
Pasukan ini mungkin tidak seharusnya dipanggil sebagai pasukan tentera, sebaliknya lebih kepada pasukan keselamatan untuk sebarang perjuangan dalaman di negara ini.
Firepower Global menyatakan bahawa belanjawan pertahanan Bhutan hanyalah RM40 juta.
Tidak banyak yang boleh dilakukan dengan dana serendah ini, tetapi Bhutan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan India jika masalah mendatang.