jurusan perniagaan stem gaji paling rendah dunia

Setelah menghabiskan masa yang panjang dan wang yang banyaksecara berperingkat dengan harapan untuk memperoleh pekerjaan yang baik, para pelajar tidak dapat mengelak daripada memikirkan tentang berapa banyak gaji yang boleh diperolehi selepas menamatkan pelajaran. 

Tetapi jangkaan gaji bagi para siswazah baru adalah sangat berbeza berdasarkan jenis ijazah dan sudah tentu di mana mereka tinggal.

Dan disebabkan oleh laporan yang dikeluarkan oleh Universum Global, sebuah firma perundingan sumber manusia, kita hari ini boleh mendapat gambaran yang lebih jelas tentang berapa gaji yang boleh dijangka untuk diterima oleh setiap siswazah dengan kursus berbeza di kebanyakan negara.

Menurut penemuan Universum Global dalam sebahagian daripada laporan "Cost of Talent" tahunannya berdasarkan kaji selidik terhadap 533,351 pelajar kursus perniagaan dan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dari 29 buah negara, di mana responden ditanya "Berapa gaji yang anda harapkan daripada pekerjaan pertama anda selepas tamat pengajian?".

"Kos bakat global sekarang sangat selaras dengan kos sara hidup di setiap negara, jadi perbezaan di antara pasaran adalah sangat masuk akal. Siswazah yang paling dicari sangat menyedari nilai pasaran mereka di mana pada tahun ini kita melihat perbezaan yang menarik antara STEM dan bakat perniagaan yang membezakan pasaran demi pasaran berdasarkan kekurangan pekerjaan" kata Jonna Sjövall, pengarah urusan untuk Universum di Amerika Syarikat.

Negara di mana pelajarnya yang mempunyai ijazah perniagaan dan STEM mengharapkan gaji paling tinggi apabila mereka mencari kerja adalah Switzerland seperti dalam analisis tahun sebelumnya.

gaji jurutera paling banyak di dunia adalah di switzerland

Di sana, para pelajar perniagaan menjangkakan gaji tahunan RM308,000 (RM25,600 sebulan)manakala pelajar STEM menjangkakan gaji sebanyak RM312,000 setahun.

Switzerland mempunyai KDNK per kapita kedua tertinggi di dunia menurut statistik Bank Dunia 2016 dan berada di kedudukan ke-10 dalam kedudukan FORBES bagi Negara-negara Terbaik Untuk Perniagaan.

Pelajar perniagaan di Denmark menjangkakan untuk memperoleh RM255,000 setahun (RM21,250 sebulan) setelah tamat belajar sementara pemegang ijazah STEM menjangkakan sebanyak RM269,000 setahun (RM22,400 sebulan).

Negara yang mempunyai KDNK per kapita yang paling tinggi di dunia menurut Bank Dunia ini juga menduduk tempat ke-7 dalam senarai Negara Terbaik Untuk Perniagaan oleh FORBES.

Di Amerika Syarikat, pelajar perniagaan menjangkakan RM232,000 setahun atau RM19,300 sebulan manakala siswazah STEM pula adalah sebanyak RM246,000 atau RM20,500.

Dari segi KDNK per kapita di dunia, Amerika Syarikat berada di kedudukan ke-8 terbaik. Secara keseluruhan, ijazah STEM menjanjikan gaji yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya itulah yang diharapkan oleh para pelajar.

"Sejak dua tahun yang lalu ia telah diiklankan bahawa hampir setiap industri sedang berusaha untuk merekrut lebih banyak lepasan STEM. Malah industri yang secara tradisinya didominasi oleh bakat perniagaan seperti sektor perbankan dan kewangan cuba bersaing dengan sektor IT untuk mendapatkan lepasan STEM," kata Jonas Barck, Ketua Pegawai Pemasaran Universum.

jangkaan gaji di malaysia untuk graduan perniagaan dan teknikal antara paling rendah di dunia

Melihat kepada hasil kajian Universum dari segi jantina, pelajar lelaki secara purata mengharapkan gaji yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita dalam kategori perniagaan dan STEM.

Jurang jangkaan gaji antara lelaki dan wanita adalah terkecil di Malaysia, Sweden dan Kanada manakala jurang jangkaan gaji paling besar di antara kedua-dua jantina ini yang paling besar adalah di Rusia, India dan Sepanyol.

Di antara negara-negara yang mempunyai jangkaan gaji paling rendah, pelajar di Kazakhstan adalah yang dengan jangkaan gaji paling rendah.

Bekas Republik Soviet, ekonomi negara ini sangat bergantung kepada hidrokarbon dan deposit mineral, menjadikannya terdedah kepada penurunan harga komoditi.

Para pelabur tidak yakin untuk menjalankan perniagaan di Kazakhstan kerana bimbangkan masalah rasuah dan birokrasi.

Berikut adalah 10 negara dengan jangkaan gaji paling rendah di dunia:

10. Republik Czech

republik czech

Graduan perniagaan: RM62,000 setahun / RM5,200 sebulan

Graduan STEM: RM64,300 / RM5,340 sebulan

9. India

india 383

Graduan perniagaan: RM59,000 setahun / RM4,920

Graduan STEM: RM61,400 setahun / RM5,120

8. China

china 96

Graduan perniagaan: RM56,800 setahun / RM4,730

Graduan STEM: RM58,100 setahun / RM4,840

7. Mexico

mexico 239

Graduan perniagaan: RM51,800 setahun / RM4,320

Graduan STEM: RM55,300 setahun / RM4,610

6. Poland

poland

Graduan perniagaan: RM49,100 setahun / RM4,090

Graduan STEM: RM51,800 setahun / RM4,320

5. Turki

turki

Graduan perniagaan: RM47,300 setahun / RM3,940

Graduan STEM: RM50,500 setahun / RM4,210

4. Rusia

rusia 102

Graduan perniagaan: RM46,000 setahun / RM3,830

Graduan STEM: RM45,200 setahun / RM3,770

3. Malaysia

malaysia

Graduan perniagaan: RM36,300 setahun / RM3,030

Graduan STEM: RM38,500 setahun / RM3,210

2. Indonesia

indonesia

Graduan perniagaan: RM33,700 setahun / RM2,810

Graduan STEM: RM37,200 setahun / RM3,100

1. Kazakhstan

kazakhstan

Graduan perniagaan: RM31,600 setahun / RM2,630

Graduan STEM: RM34,700 setahun / RM2,890

Rujukan:

1. Forbes

2. Universum Global

3. Salary Expectation


tags :, , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)