Artikel kali ini berkaitan jenama luar yang ramai sangkakan jenama Malaysia, namun salah tanggapan kita. Jenama-jenama dalam senarai ini kebanyakkannya telah lama diasaskan, pada ketika negara kita masih pun belum merdeka.

1. Ayam Brand

ayam brand jenama 821

Sumber Foto: malaysianfoodie.com

Nama pun ayam, mestilah produk Malaysia, betul tak? Jawapannya salah. Sejarah Ayam Brand berbalik kepada seorang lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet. Beliau mengasaskan produk ini di Singapura pada tahun 1892, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Malaya di bawah pemerintahan British.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bisnes Ayam Brand pada ketika itu lebih kepada membekalkan makanan untuk pekerja koloni, serta membekalkan bahan-bahan binaan. Produk makanannya pada ketika itu dilihat sebagai produk mewah kerana makanan tin masih belum mampu dibeli rakyat.

Kini, jenama Ayam Brand dimiliki oleh Denis Frerez Group, dan mereka menjadi pembekal utama makanan tin di sekitar Asia.

Kita jangan jadi macam negara jiran kita, semua benda pun nak claim produk mereka. Ayam Brand adalah produk Singapura. 

2. Milo

milo malaysia brand

Sumber Foto: kwiknews.my

Penulis berasa nostlagia sangat bila teringat sewaktu di sekolah rendah berebut-rebut dengan rakan sekolah untuk mendapatkan secawan air Milo dari lori berwarna hijau terutamanya ketika hari sukan. Selain teh ais, milo ais menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Milo pada asalnya diasaskan oleh Thomas Mayne, seorang ahli kimia industri dan pencipta pada tahun 1934. Beliau melancarkan produk tersebut di Sydney Royal Easter Show, dan mula menghasilkan Milo berskala besar di kilang yang terleta di Smithtown, New South Wales, Australia.

Nama Milo diambil dari seorang legenda atlit gusti Greek yang terkenal kerana kekuatan tenaga beliau. Atlit tersebut adalah Milo of Croton. 

3. Nescafe

nescafe kopi coffee 191

Sumber Foto: kopidunia.com

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kopi Nescafe 3-in-1 menjadi pembuka hari mereka. Sedihnya, kopi kegemaran kita ini bukanlah produk Malaysia. Nescafe dimiliki oleh sebuah syarikat Switzerland, iaitu Nestlé.

Nestlé diasaskan oleh Henri Nestlé sekitar tahun 1866. Produk pertama beliau adalah makanan bayi berasaskan susu.  Pada tahun 1867, Daniel Peter, seorang pakar coklat, mula menyempurnakan ciptaan Nestlé melalui proses pembuatan susu coklat. Nestlé turut memainkan peranan penting dalam mencipta proses tersebut.

Henri Nestlé bersara pada 1875 namun syarikat tersebut yang di bawah pengurusan dan pemilikan baru mengekalkan nama Nestlé sebagai nama syarikat.

4. Maggi

maggi mee malaysia mee segera

Sumber Foto: megaziniam.blogspot.my

Maggi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, terutama mereka yang belajar di sekolah asrama penuh mahupun universiti. Memasak Maggi adalah mudah dan cepat, menjadi makanan asas ketika peperiksaan menjelang.

Maggi sebenarnya adalah sebuah jenama, bukannya sebuah produk sahaja. Selalunya kalau orang menyebut Maggi, pasti terbayang mee segera berperisa kari. Penulis sendiri masih tidak percaya yang Maggi ini bukan produk tempatan.

Maggi diasaskan oleh Julius Maggi pada tahun 1884 di Switzerland, setelah beliau mengambil alih kilang ayahnya. Produk Maggi dengan cepat mendapat tempat di hati rakyat penduduk pada ketika itu, dan beliau menjadi pengasas kepada industri pembuatan makanan. 

Debunk: Makan maggi tidak menjadikan anda lembab, ia menjadikan anda kenyang.

5. Bata

bata kasut malaysia

Sumber Foto: batamsia.wordpress.com

Hampir setiap daripada kita pasti pernah memiliki kasut Bata. Sebahagian daripada rakyat Malaysia menganggap memakai kasut Bata sebagai tidak cool seperti jenama-jenama lain kerana ia produk tempatan. Ramai yang ingat nama Bata itu ialah batu bata yang digunakan untuk membuat pembinaan. 

Sebenarnya Bata telah diasaskan oleh 3 orang adik beradik iaitu Anna, Tomas dan Antonin Bata di Republick Czech pada tahun 1894. Kini, syarikat ini berpangkalan di Switzerland. 

Untuk mengetahui sejarah Bata yang lebih terperinci, sila KLIK SINI

6. Pilot 

pensil shaker mechanical pilot

Sumber Foto: aliexpress.com

Pada zaman sekolah dahulu, sekiranya anda memiliki pen atau pensil mekanikal Pilot (kita panggil pensil shaker), anda seorang yang cool. Masihkan anda ingat perasaan apabila hilang pensel jenama ini, betapa geramnya anda?

Pilot sebenarnya merupakan produk keluaran Jepun. Nama pilot itu sendiri langsung tidak menggambarkan bahawa ianya dari Jepun, lebih kepada barat. Pilot sebenarnya diasaskan oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918 dengan nama syarikat Namiki Manufacturing Company.

Kini, produk keluaran Pilot digunakan di seluruh dunia terutamanya di Eropah seperti di Jerman, Perancis dan United Kingdom. 

Pengalaman paling best semasa kecil adalah kehilangan pensil shaker, terasa nak mengamuk bila hilang.

7. Horlicks

horlicks malaysia sedap 956

Sumber Foto: healthierlife4uandme.blogspot.my

Horlicks menjadi kegemaran penulis sendiri. Minum sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1869, William Horlick telah berpindah ke Amerika Syarikat dari United Kingdom. Pada tahun 1873, James Horlick yang merupakan seorang ahli farmasi, telah ke Amerika Syarikat untuk bersama abangnya membuka sebuah syarikat iaitu J & W Horlick.

Syarikat ini mengeluarkan minuman susu malt sebagai minuman alternatif kepada susu ibu. Kini syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat British iaitu GlaxoSmithKline (GSK).

GSK merupakan syarikat yang sama yang menghasilkan Ribena, satu lagi produk yang ramai rakyat Malaysia tersalah anggap produk tempatan. 

8. Lipton

lipton malaysia

Sumber Foto: unilever.com

Siapa yang tidak suka minum teh terutamanya teh ais di Malaysia ni? Lipton merupakan jenama yang dikaitkan dengan teh, dan ramai di antara kita tersalah anggap bahawa Lipton berasal dari Cameron Highland. Tidak!

Lipton sebenarnya diasaskan di Scotland pada tahun 1871, dan ia bermula sebagai rangkaian supermarket dan bukannya pengeluar teh. Pengasasnya, Thomas Lipton hanya mula menceburi bidang teh ini 9 tahun selepas mengasaskan Lipton, dengan membeli sebuah taman teh di Sri Lanka. 

Lipton kini dimiliki oleh sebuah syarikat Belanda-British, iaitu Unilever. 

9. Giordano

giordano jenama hong kong

Sumber Foto: insideretail.asia

Di Malaysia, kedai Giordano dapat dilihat di merata-rata pusat beli belah, dan penulis pun rasa yang jenama ini merupakan produk Malaysia. Ternyata salah tanggapan tersebut. Giordano diasaskan pada tahun 1981 oleh Lai Chee-Ying (atau dikenali sebagai Jimmy Lai) seorang usahawan Hong Kong.

Sebagai sebuah jenama yang makin popular di seluruh pelusuk dunia, rakyat negara lain turut tersalah anggap yang Giordano ini merupakan jenama tempatan negara mereka juga. 

10. Tropicana

jus tropicana juice 263

Sumber Foto: tropicana.com

Jus Tropicana yang popular ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1947 oleh Tropicana Producs Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini kini dimiliki oleh PepsiCo, syarikat yang sama memiliki Pepsi dan Gatorade.

Sejarah Tropicana bermula oleh seorang pemuda berbangsa Itali iaitu Anthony T. Rossi. Dengan berbekalkan sijil sekolah menengah, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan ketika berusia 21 tahun.

Beliau pernah menjadi pemandu teksi, peruncit di New York, peladang di Virginia dan akhirnya berpindah ke Florida pada tahun 1940. Di sana, beliau terlibat dalam industri citrus. Bermula dari sinilah bagaimana syarikat Tropicana diasaskan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)