Rekod dunia adalah salah satu cara masyarakat menghargai perkara yang sangat mengagumkan atau sangat tidak berguna.
Jika difikirkan, tak ada gunanya untuk anda berlari lebih laju daripada orang lain atau makan sandwic paling banyak di dunia jika tidak diberikan sebarang penghargaan, kan?
Tapi, tak semua rekod yang disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guiness, seperti yang disenaraikan dalam artikel ini.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 individu yang mencipta rekod paling menakutkan di dunia.
6. Kes bakar paling dahsyat dalam sejarah
Seorang rakyat Korea Selatan di pertengahan usia dan tidak bekerja, mencipta rekod yang sangat menakutkan. Pada tahun 2003, dia membeli RM20 minyak tanah dan kemudian menaiki kereta api bawah tanah.
Ketika kereta api yang dinaiki berhenti di sebuah stesen, Kim menyalakan tong minyak tanah dan melemparkan ke arah penumpang lain.
Kereta api tersebut terbakar dengan api yang marak serta-merta, membuatkan kerusi kereta api yang terbakar melepaskan kepulan asap gas toksik ke platform.
Kereta api yang tiba di platform sebelah juga disambar api. Pemandu yang terkejut secara tak sengaja mengunci pintu kereta api, membuatkan para penumpang terperangkap.
Dalam masa kurang dari sejam, 125 orang penumpang terbunuh. Ketika Kim disabitkan kesalahan, jumlah mangsa yang terbunuh meningkat kepada 189 orang.
5. Tempoh paling lama manusia dikurung
Bayangkan anda dikurung berseorangan dalam bilik kecil selama 23 jam sehari. Berapa lama anda rasa anda boleh bertahan? Sebulan? 2 bulan?
Rekod paling lama manusia pernah dikurung dipegang oleh seorang lelaki bernama Albert Woodfox, yang hidup dalam pengasingan di bilik kurungan lebih daripada 41 tahun.
Merupakan bekas ahli parti politik Black Panthers, Albert dihumban ke sel penjara pengasingan di penjara Louisiana selepas seorang pengawal penjara dibunuh.
Terlibat bersamanya adalah dua tahanan lain, Robert King dan Herman Wallace. Robert dibebaskan selepas 29 tahun dikurung bersendirian manakala Herman dibebaskan selepas 40 tahun dikurung, yang mana meninggal 3 hari selepas dibebaskan.
Alex Woodfox masih dikurung, walaupun Amnesty International melaporkan bahawa tiada bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut.
Ketiga-tiga mereka dipersalahkan atas pembunuhan itu selepas cuba untuk melakukan mogok. Malah, isteri kepada pengawal yang dibunuh sendiri mengatakan bahawa Alex tidak bersalah.
4. Pembunuh upahan termuda pernah disabitkan kesalahan
Perang dadah di Mexico yang berterusan telah mencetuskan banyak kekejaman. Tetapi mungkin tidak ada yang lebih menakutkan daripada kebangkitan pembunuh remaja.
Masih belum baligh, para pembunuh muda ini telah mendapat reputasi keganasan yang dahsyat. Reputasi ini lebih buruk dengan kisah Edgar Jimenez Lugo.
Di usia 14 tahun, Lugo adalah salah seorang pembunuh upahan termuda yang pernah diketahui dalam sejarah dan pembunuh upahan termuda yang pernah disabitkan kesalahan.
Pada tahun 2009, dia ditangkap kerana memenggal kepala 4 lelaki di Morelos, Mexico dan menggantung mayat mereka di sebuah jambatan.
Semasa perbicaraan, diketahui bahawa Lugo sebenarnya membunuh mangsa pertamanya ketika berusia 11 tahun dan di bawah kontrak dengan geng terkenal dengan bayaran RM800 sebulan.
3. Pembunuh paling tua
Pada tahun 2009, Laura Lundquist yang berusia 98 tahun menjadi pembunuh paling tua di Amerika Syarikat selepas dia mencekik teman sebiliknya yang berusia 100 tahun sehingga mati.
Fakta-fakta yang menyelubungi kes itu tidak begitu jelas sehingga sekarang, tetapi ia kelihatan seperti Laura menderita penyakit demensia dan mahukan bilik yang mereka tinggal untuk dirinya sendiri.
Setelah bertahun-tahun didakwa menghina rakan sebiliknya dan mengancam untuk membunuhnya, akhirnya Laura menggunakan beg plastik untuk menamatkan riwayat rakan sebiliknya.
Walau bagaimanapun, rumah jagaan yang menempatkan mereka berdua menegaskan bahawa kedua-duanya adalah sahabat yang sangat rapat dan berkata "Saya sayang kamu" setiap malam sebelum tidur.
Pembunuhan itu mungkin tidak disebabkan permusuhan, tetapi masalah mental.
2. Diktator termuda di dunia
Walaupun mereka mempunyai kecenderungan untuk mewariskan kepada keluarga, pemerintahan diktator yang tulen berbeza dari monarki mutlak kerana mereka jarang melantik seorang remaja untuk memegang "takhta".
Malah, Kim Jong-Un, dipilih sebagai pengganti di usia lewat 20-an.
Tetapi apabila diktator Haiti, François "Papa Doc" Duvalier meninggal dunia pada tahun 1971, anaknya Jean-Claude ("Bébé Doc") dengan cepat merampas kawalan ke atas negara terbabit, ketika dia masih remaja.
Malang sekali bagi penduduk Haiti, usianya dan pengalaman tidak diterjemahkan untuk menyembuhkan penyalahgunaan era bapanya. Malah, Jean-Claude lebih memburukkan keadaan.
Amnesty International kini menuduhnya di atas beribu-ribu penyeksaan, kehilangan penduduk secara paksa dan hukuman mati haram semasa pemerintahannya, tak termasuk lagi penyelewangan di tahap tertinggi.
Jean-Claude adalah seorang presiden yang mengerikan sehingga orang-orang Haiti memberontak dan membuangnya pada tahun 1986.
Dia kemudiannya melarikan diri ke Perancis dengan sebahagian besar wang negara. Jean-Claude meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4 Oktober 2014, di usia 63 tahun.
1. Kes bunuh diri paling mengerikan dalam sejarah
Dalam era serangan bunuh diri dan tembakan sekolah yang berakhir dengan pembunuh membunuh diri sendiri, bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi kita untuk membaca tentang berita bunuh diri yang melibatkan jumlah mangsa yang besar.
Malah, pengebom berani mati pun tidak dapat menandingi jumlah mangsa seperti mana dibunuh oleh Gamil el-Batouty.
Sebagai seorang juruterbang bagi EgyptAir pada tahun 1999, Gamil telah membunuh mangsa lebih banyak daripada mana-mana individu bukan pengganas dalam sejarah.
Walaupun hampir berusia 60 tahun, Gamil mempunyai selera seksual yang ganas di mana dia melakukan gangguan seksual terhadap pekerja wanita. Pihak pengurusan penerbangan muak dengan perangai Gamil dan memutuskan untuk memecatnya.
Malang sekali, mereka memberitahu perkara ini ketika Gamil sedang menerbangkan pesawat.
Walaupun butiran kejadian tidak jelas, dipercayai bahawa Gamil bertindak balas terhadap berita pemecatannnya dengan sengaja menjunamkan pesawat ke dalam laut.
Kesemua 217 penumpang pesawat meninggal dunia di tempat kejadian. Jumlah mangsa yang terbunuh dalam insiden ini jauh lebih tinggi berbanding pengeboman kereta api bawah tanah London Underground atau pengeboman Kereta Api Madrid.
Walaupun banyak teori dikeluarkan, namun tiada bukti yang pernah ditemui yang membuktikan Gamil adalah seorang pengganas.