Rusia sememangnya tidak asing lagi merupakan peneraju dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang pembedahan perubatan. Bidang ini adalah antara yang paling sukar di dunia namun dikuasai dengan baik oleh negara ini sudah hampir 1 dekad.
iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca mengenai 2 eksperimen sains yang dilakukan oleh saintis di Rusia (Kesatuan Soviet) terhadap anjing yang mana boleh dianggap sebagai gila.
Anjing berkepala dua
Vladimir Demikhov merupakan perintis pakar bedah dan tanpa sumbangan beliau kepada sains dan perubatan, pemindahan organ dan pembedahan koronari mungkin tidak berkembang seperti sekarang.
Namun fakta ini tidak begitu diketahui kerana kertas ditulisnya dalah bahasa Rusia ketika tinggal di zaman Perang Dingin dan Perang Dunia Kedua. Dan beberapa rakan sekerjanya lebih terkenal daripada beliau
Christiaan Neethling Barnard, pakar bedah jantung Afrika Selatan yang melakukan pemindahan jantung manusia ke manusya yang pertama berjaya di duniaa berkata pada tahun 1997 :
"Saya selalu berpendapat bahawa jika ada gelaran "Bapaa pemindahan jantung dan paru-paru", maka Vladimir Demikhov layak untuk mendapat gelaran ini,".
Vladimir adalah orang pertama yang menjalankan pembedahan pintasan arteri koronari yang berjaya pada makhluk berdarah panas, namun menjadi lebih terkenal dengan ekspimen anjing berkepala dua.
Banyak eksperimennya dilakukan ke atas anjing, termasuklah pemindahan jantung dan paru-paru, mengeluarkan organ-organ untuk melihat berapa lama anjing-anjing boleh hidup dan melihat reaksi mereka dengan organ-organ baru.
Dan setakat ini eksperimen dan pembedahan yang paling luar biasa adalah pemindahan kepala, atau separuh badan. Pada tahun 1948, beliau menulis mengenai "gabungan pembedahan dua haiwan dengan penciptaan satu peredaran".
Dalam imej ini, Vladimir menunjukkan kepada jurugambar bagaimana beliau menjahit kepala dan bahagian atas badan anak anjing berusia 2 bulan ke atas anjing jenis Mongrel, Mukhtar, yang berusia 4 tahun.
Kerja-kerja itu dilakukan di dalam makmal reanimasi Institut Fisiologi A.A.Bogomolets Akademi Sains Ukraine. Pada tahun 1968, Vladimir melakukan transplan satu lagi kepala anak anjing ke leher anjing yang lain.
"Makhluk" tersebut mampu bertahan selama 38 hari sebelum mati. Badan anjing-anjing tersebut kemudiannya diberikan kepada Muzium Sejarah Perubatan Riga pada tahun 1988.
Anjing zombie
Satu lagi eksperimen yang sangat menakjubkan dijalankan oleh saintis Rusia (Kesatuan Soviet) dikenali sebagai "anjing zombie". Eksperimen ini telah dirakam pada tahun 1940. Video ini bermula dengan saintis British, J.B.S. Haldane berbincang bagaimana beliau sendiri pernah melihat prosedur ini dilakukan dalam filem dan telah menyelamatkan banyak nyawa ketika perang.
Eksperimen ini bermula dengan jantung anjing yang ditunjukkan sedang diasingkan daripada tubuhnya. 4 tiub bersambung kemudian disambungkan dengan jantung tersebut. Menggunakan radas, jantung ini berdegup sama sebagaimana di dalam organisma yang hidup.
Kemudian, terdapat satu paru-paru di dalam dulang yang dikendalikan dengan meniup angin ke dalammnya, yang mengoksigenkan darah. Kedua-dua jantung dan paru-paru ini kemudian digunakan dalam menghasilkan mesin jantung-paru-paru, terdiri daripada sepasang pam linear diafragma, vena dan arteri, bertukar oksigen dengan takungan air.
Bagi membuktikan eksperimen ini berhasil, seekor anjing dimatikan secara klinikal dengan mengeluarkan keseluruhan darah daripada badannya. Anjing tersebut dibiarkan selama 10 minit dan disambungkan dengan mesin jantung-paru-paru tadi.
Selepas beberapa minit, jantung mula bergerak dan berfungsi seperti biasa. Pernafasan pada anjing ini juga dilihat seperti biasa dan mesin ini dicabut. Selepas 10 hari, anjing tersebut pulih daripada prosedur ini dan menjalan kehidupan seperti biasa.
Menurut video ini, beberapa ekor anjing telah "dihidupkan" semula menggunakan teknik ini, termasuk salah satu yang merupakan anak kepada ibu dan bapa anjing yang kedua-duanya melalui proses "menghidupkan" kembali ini.