borat

Apabila bercakap tentang saiz, ramai yang agak sensitif lebih-lebih lagi melibatkan bahagian sulit lelaki.

Pelbagai mitos melibatkan saiz zakar wujud sejak dahulu lagi dan kebanyakan daripadanya adalah langsung tidak benar.

Terdapat terlalu banyak mitos dan salah faham mengenai mengenai setiap aspek seksualiti manusia sehingga mustahil untuk kita mengetahui mana satu yang benar. 

Dan disebabkan ini, ramai lelaki berasa sangat tidak selesa kerana berasakan bahawa saiz alat sulit mereka boleh diketahui oleh orang lain dari sifat fizikal lain.

iluminasi.com kongsikan 6 cara salah digunakan untuk mengganggarkan saiz alat sulit lelaki.

6. Saiz kasut

kaitan antara saiz kaki dan saiz zakar

Ini mungkin merupakan salah satu kaedah yang paling biasa digunakan untuk menilai ukuran saiz zakar lelaki. 

"Fetish" terhadap kaki mungkin memainkan peranan dalam membuatkan kepercayaan ini bertahan, atau mungkin hakikat bahawa ukuran kasut adalah salah satu ukuran peribadi yang paling jelas yang diketahui semua orang secara langsung.

Oleh itu, manusia membuat persamaan pelik dalam usaha mencari kaitan antara ukuran kaki lelaki dan panjang zakarnya.

Wanita (dan lelaki) membuat persamaan berbelit-belit dalam usaha mencari kaitan antara ukuran kaki lelaki dan panjang zakarnya. Namun, ini adalah tidak benar dan saiz alat sulit lelaki langsung tidak ada kaitan dengan saiz kaki.

Kajian tahun 1993 membandingkan ketinggian, panjang kaki, dan panjang zakar 63 lelaki di Kanada.

Walaupun para penyelidik mendapati hubungan yang sangat kecil antara kaki yang lebih besar dan zakar yang lebih panjang, namun mereka menyatakan bahawa hubungannya sangat lemah membuatkan ukuran kaki tidak boleh berfungsi sebagai pengukur kepada panjang zakar. sehingga "ukuran kaki tidak akan berfungsi sebagai pengukur praktikal panjang zakar.

Banyak kajian saintifik telah mengesahkan bahawa tidak ada hubungan yang signifikan secara statistik antara saiz kaki seseorang dengan panjang zakarnya. 

5. Ibu jari ke jari

kaitan saiz zakar dengan jari

Cara ini juga agak biasa digunakan, di mana apa yang perlu dilakukan adalah melakukan bentuk "L" menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.

Kemudian, ukur jarak antara hujung kedua-dua jari ini. Panjang jarak ini dikatakan adalah sama dengan ukuran saiz zakar anda.

Sebagai anggaran, panjangnya mungkin sama, namun apa yang diperoleh disini adalah purata saiz ukuran kemaluan kebanyakan lelaki.

Mungkin ia sama, dan mungkin juga tidak, yang pasti adalah ia tidak tepat.

4. Ketinggian

ketinggian dan saiz zakar kaitan

Sama seperti saiz kasut, ketinggian juga menjadi mangsa kepada cubaan untuk menentukan saiz zakar, namun ia langsung tidak menentukan apa-apa.

Secara saintifik, ia mungkin mempunyai kredibiliti yang paling hampir setakat ini, namun kajian yang menemui kaitan antara ketinggian dan saiz zakar adalah terlalu sedikit untuk kita pertimbangkan dengan serius.

Ini bermakna orang tinggi tidak semestinya mempunyai saiz zakar yang lebih panjang atau besaq, berbanding mereka yang lebih rendah.

3. Bangsa

kaitan bangsa dan saiz zakar

Bangsa boleh memainkan peranan yang besar dalam banyak stereotaip, secara positif dan negatif.

Ia bukanlah sentiasa berpunca daripada kebencian atau intoleransi tetapi hanya disebabkan oleh kurangnya pemahaman.

Dalam hal ini, orang Asia tidak semestinya mempunyai zakar kecil, orang Afrika tidak semestinya mempunyai zakar besar, dan sebagainya.

Manusia tidak dilahirkan dengan saiz tertentu berdasarkan bangsa, namun masih ramai yang percaya tentang mitos ini.

2. Suara "dalam"

kaitan suara dengan saiz zakar

Memang benar suara yang "dalam" kedengaran seperti menarik bagi wanita, namun ia bukanlah penanda kepada saiz zakar. Namun, masih ramai yang beranggapan bahawa saiz alat sulit lelaki.

Ini mungkin kerana suara yang lebih "dalam" ini dianggap lebih "jantan" atau macho, jadi ia secara tak langsung dikaitkan dengan sifat maskulin lelaki.

Walaupun begitu, tiada kajian yang mengesahkan teori ini dan jika anda mempunyai suara kecil, jangan risau ia tidak menentukan apa-apa.

1. Nisbah ukuran jari

nisbah ukuran jari dan saiz zakar

Ini berada di kedudukan pertama kerana ia diterbitkan dalam kajian baru-baru ini, dan membuatkan ramai orang yang percayakannya.

Kajian ini melibatkan para penyelidik di Korea Selatan yang melakukan pengukuran 144 zakar lelaki dalam keadaan lembik (tetapi dibentangkan) sebelum melakukan pengukuran saiz jari telunjuk dan jari manis mereka.

Hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang mempunyai zakar yang lebih pendek.

Ini kerana mereka percaya bahawa nisbah angka adalah petunjuk yang baik untuk pendedahan androgen dan testosteron.

Kajian khusus ini dilakukan hanya pada lelaki Korea Selatan yang akan menjalani pembedahan urologi, jadi kredibiliti kajian ini hanyalah tertakluk kepada kumpulan etnik lelaki yang terlibat sahaka. 

Jadi, ia tidak boleh mewakili seluruh kaum Adam dalam hal yang sangat sulit ini.

Rujukan:

1. Insider

2. WebMD

3. Healthline



Hakcipta iluminasi.com (2017)