Para pekerja adalah faktor yang menggerakkan dan mengembangkan potensi sesebuah syarikat.

Dan dengan itu, mereka seharusnya dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya.

Di Malaysia, terdapat pelbagai hak undang-undang pekerja yang wujud dan telah diwartakan dalam Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955).

Namun, tak ramai daripada kita yang menyedari tentang hal ini, menyebabkan penindasan oleh majikan berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 10 hak undang-undang pekerja di Malaysia yang anda wajib tahu.

1. Tatacara pembayaran gaji

bayar gaji pekerja tak lebih tempoh

Majikan sepatutnya membayar gaji bulanan kepada para pekerja tidak lewat daripada hari ke-7 selepas pembayaran gaji bulan lalu.

Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan bersamaan denhan RM5.05 sejam berkuat kuasa 1hb Januari 2019.

2. Tempoh bekerja

tempoh bekerja yang disyorkan

Untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efisyen dan kondusif, bekerja lebih daripada 8 jam sehari di Malaysia adalah tidak digalakkan untuk para pekerja.

Ia turut termasuk bekerja lebih daripada 48 jam seminggu atau bekerja selama 5 jam berturut-turut tanpa rehat.

3. Kerja lebih masa (OT)

kerja lebih masa 2

Kerja lebih masa haruslah dibayar dengan gaji yang lebih daripada biasa.

Majikan perlu membayar gaji sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda pada hari biasa dan 2 kali ganda pada hari cuti berehat.

Bayaran sebanyak 3 kali ganda pula perlu diterima pekerja jika bekerja pada hari cuti umum.

4. Jumlah cuti rehat

hak undang undang pekerja di malaysia

Dalam persekitaran bekerja, rehat adalah salah satu perkara yang paling penting bagi memastikan produktiviti pekerja dalam keadaan baik.

Pekerja di Malaysia berhak untuk menerima cuti sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu.

Jika pekerja diarahkan untuk bekerja pada hari cuti ini, majikan perlu memberikan pampasan semula.

5. Peruntukan cuti tahunan

cuti tahunan

Bagi pekerja yang bekerja kurang daripada 2 tahun, mereka berhak menerima cuti tahunan sekurang-kurangnya 8 hari.

Bagi pekerja lebih daripada 2 tahun dan kurang dari 5 tahun, mereka layak mendapatkan cuti selama 12 hari dalam setahun.

Cuti tahunan sebanyak 16 hari diberikan kepada pekerja yang bekerja lebih daripada 5 tahun.

6. Peruntukan cuti sakit

cuti sakit

Sama seperti cuti tahunan, cuti sakit juga diberikan kepada para pekerja di Malaysia berdasarkan tempoh bekerja.

Cuti sakit sebanyak 14 hari diberikan kepada pekerja kurang daripada 2 tahun dan 18 hari bagi pekerja lebih daripada 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun.

Bagi pekerja lebih daripada 5 tahun, mereka berhak mendapatkan cuti sakit sebanyak 22 hari.

7. Hari cuti umum

cuti umum

Biasanya kebanyakan para pekerja bercuti pada hari cuti umum di seluruh negara.

Namun, masih ramai yang bekerja pada hari cuti umum dan mereka ini berhak dibayar gaji.

Malah, pekerja berhak untuk meminta cuti ganti ini jika terpaksa bekerja pada hari cuti umum.

8. Hak pekerja wanita

hak undang undang pekerja di malaysia 3

Pekerja wanita diberikan kelebihan yang berbeza berbanding pekerja lelaki.

Untuk kerja-kerja perindustrian, pertanian mahupun pekerjaan di bawah tanah, para pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja pada waktu di antara jam 10 malam hingga 5 pagi.

9. Notis penamatan kerja

notis penamatan kerja

Jika pekerja tidak menandatangani apa-apa perjanjian kontrak dengan pihak majikan, tempoh notis penamatan kerja bagi pekerja kurang daripada 2 tahun adalah 4 minggu.

Bagi pekerja di antara 2 dan 5 tahun, serta pekerja melebihi 5 tahun, tempoh penamatan pekerjaan masing-masing adalah 6 dan 8 minggu.

10. Faedah sampingan

bonus

Sistem bayaran bonus diwujudkan yang bertujuan menjadi perangsang kepada prestasi para pekerja.

Bonus ini juga diberikan berdasarkan tempoh pekerja bekerja dengan majikan.

Bonus 10 hari gaji harus diberikan kepada pekerja kurang daripada 2 tahun, 15 hari gaji bagi pekerja di antara 2 hingga 5 tahun dan 20 hari gaji bagi pekerja melebihi 5 tahun.

Rujukan:

1. Maukerja

2. Akta Kerja 1955

2. Wikikau




Hakcipta iluminasi.com (2017)